Photoshoot Nana di Taman Tasik Perdana

Dalam mengharungi dugaan ketika berpuasa, boleh pulak si Glizzy mengajak aku pergi shooting di Taman Tasik Perdana. Ada model katanya.

Aku yang tidak pernah langsung shoot model segera bersetuju untuk ikut shooting bersama-sama dengan Badangz dan Arelan pada hari Ahad yang lalu. Model kali ini merupakan kakak kepada Glizzy sendiri. Nana namanya.

Aku yang kurang berpengalaman dalam shoot model kurang memberikan arahan. Pada hari itu, Badangz la yang paling banyak memberikan arahan suruh model posing itu dan ini. Suruh duduk macam itu, macam ini. Aku dan Arelan menanti dan snap saja.

Tak banyak gambar menarik yang aku dapat pada hari tersebut. Mungkin ini kali pertama shoot model membuatkan aku terasa kekok untuk menonggeng, menyorok dan sebagainya untuk mendapatkan angle yang sesuai.

Sesi shooting tamat dalam pukul 5.30 petang. Tu pun selepas tragedi “terjatuh” membuatkan mood seorang kawan kami hilang. :x

Flickr Set: Nana @ Tasik Perdana

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

    No related posts.

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

19 Responses to “Photoshoot Nana di Taman Tasik Perdana”

  1. adeh jeles, jeles. bilalah agaknya aku sampai ketahap seperti ini? hu3.

    cun! memang ini lah penangan DSLR!

    August 30th, 2009 | 4:02 pm | Reply
  2. Aku dah cakap dah suruh angkat DSLR. Kau tak nak… :P

    August 30th, 2009 | 4:05 pm | Reply
  3. ~ Wuishh, tragedi yg masih blum m’dpt kabar berita dr servis centre.. (,”)

    August 30th, 2009 | 5:43 pm | Reply
  4. Hahaha… Standby la khabar berita yang mendukacitakan itu… :halo:

    August 30th, 2009 | 5:46 pm | Reply
  5. :up:
    Err.. tragedi “terjatuh” :?:

    August 30th, 2009 | 10:27 pm | Reply
  6. Aah. Tragedi “terjatuh” yang sangat menyayat hati. Huhuhu…. Kalau Saffa tau pun, mesti geleng kepala punya. :x

    August 30th, 2009 | 10:29 pm | Reply
  7. wow, damn…. :XO:
    memang seksi… bukan Nana.. tapi DSLR tu.. hee..

    tapi walaupun DSLR, tanpa Photoshop memang tak kan jadi perfect jugak.. betul tak bro? :D

    anyway, teknik shooting gambar tu memang cantik. aku pun sekarang tengah belajar amik gambar. ada 2-3 buah buku aku beli pasal digital photography. blog darren rowse yang digital photography school pun banyak menolong…

    August 31st, 2009 | 3:00 am | Reply
  8. Hahaha… Tapi aku tak guna pun Photoshop. Guna Photoshop just untuk resizekan gambar je. Untuk photo editing, aku lebih gunakan Lightroom. :up:

    August 31st, 2009 | 5:46 am | Reply
  9. lightroom aku tak penah guna lagi. setakat ni guna PS and AI je. hee..
    memang lightroom khas untuk photo editing ke? apa beza dengan PS tu bro?

    August 31st, 2009 | 12:34 pm | Reply
  10. Beza dia seperti kau bawak kereta manual dengan kereta auto. Dalam PS (kereta manual), kau kena ubah setting2 dia untuk dapatkan gambar yang menarik.

    Kalau dalam LR pulak (kereta auto), kau just gerakkan sliding dia je, then nanti LR akan automatic ubah setting2 dia untuk dapatkan gambar yang superb. Bergantung pada editor tu jugak la nak pilih yang mana, PS atau LR.

    August 31st, 2009 | 12:44 pm | Reply
  11. owh macam tu. faham dah. tq bro.. :D
    berapa rege lightroom ori eh? rasa macam nak try guna la.. hee..
    lepas dapat dslr lagi semangat nak ber-ambik gambar ni.
    utk newbie mcm aku, dslr apa suggestion bro? model nikon..

    August 31st, 2009 | 12:54 pm | Reply
  12. Yang ori aku tak pasti berapa harga dia dalam RM1000 lebih.
    Kalau kau tanya aku pasal kamera, aku cadangkan angkat Nikon la. D90. :up:

    August 31st, 2009 | 1:05 pm | Reply
  13. owh d90. macam yang bro reezluv pakai tu. hari tu ada tanya dia jugak pasal kamera. dia guna nikon d90. memang cantik, sbb kecil je kan. rege pun kira orait la.. sesuai sangat utk newbie mcm aku. hee..

    ok thanks a lot cypherhackz… blog cypherhackz mmg menjadi rujukan aku sejak dulu lagi klau bab comp n tech.. :) – bukan blog ni yg aku maksudkan, tapi blog cypherhackz.net :D

    August 31st, 2009 | 1:17 pm | Reply
  14. Huhuhu… Terima kasih la… Tu pun dah lama tak update CypherHackz.Net tu. Tengah kering idea nak update pasal apa. :x

    August 31st, 2009 | 4:53 pm | Reply
  15. giler lama ah aku x pergi ke tasik perdana ni. dah ada macam2 ek. hehe :)

    August 31st, 2009 | 6:21 pm | Reply
  16. jeles tengok korang shoot. salam kenal. link anda dah ditukar di blog hamba :lol:

    September 1st, 2009 | 8:21 pm | Reply
  17. KNizam on August 31, 2009 at 6:21 pm said:

    giler lama ah aku x pergi ke tasik perdana ni. dah ada macam2 ek. hehe :)

    Erk! Aku baru first time pergi sana. So tak tahu apa yang berubah apa yang tak. :x

    luthtextile on September 1, 2009 at 8:21 pm said:

    jeles tengok korang shoot. salam kenal. link anda dah ditukar di blog hamba :lol:

    Huhuhu… Jeles bro… Rilek… 8)

    September 1st, 2009 | 10:20 pm | Reply
  18. :?

    September 2nd, 2009 | 8:33 am | Reply
  19. yuyui

    not bad at all lah……….
    what i like the most is pix yg model tuh dok sorg2 senyom………..
    nice pix,great model………..
    huhuhuhu

    April 22nd, 2010 | 3:52 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: