Sinar FM Semakin Membosankan Dengan Iklan

Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, aku akan membuka radio Hot FM bagi menghiburkan suasana sunyi dalam kereta. Mendengar suara garau Faizal Ismail dan telatah manja si Farah Fauzana membuatkan aku tersengih sendirian dalam kesesakan lalu lintas. Bagi aku, Hot FM sangat menghiburkan.

Pada petangnya pula, dalam perjalanan pulang ke rumah aku akan menekan punat nombor 2 di radio. Punat ini telah aku tetapkan untuk siaran Sinar FM. Sinar FM banyak menyiarkan lagu-lagu lama dan juga lagu-lagu yang bergenre rock kapak. Which is, layan bila mendengarnya…

Tetapi, sekarang ini aku rasakan seperti Sinar FM lebih banyak menyiarkan iklan daripada lagu. Boleh kata, dalam setiap 3 minit lagu, akan diselitkan 5 ke 8 minit iklan. Kalau hari-hari dengar iklan yang sama pun, boleh menyampah jadinya.

Mungkin Sinar FM ingin mengaut keuntungan dari iklan yang disiarkan. Tetapi mereka mesti ingat, apa yang pendengar mahukan adalah lagu dan bukannya iklan yang membosankan.

Tetapi, tidak menjadi kesalahan untuk menyiarkan iklan-iklan tersebut. Cumanya berpada-padalah. Hot FM dan juga stesen-stesen radio yang lain pun ada juga menyiarkan iklan-iklan sebegitu. Tetapi mereka lebih banyak mengutamakan lagu. Iklan hanya diselitkan sekali sekala dan tidak terlalu lama.

Cypher: Sekarang ini mendengar hiruk pikuk Jawa Rangers setiap petang dalam perjalanan ke rumah.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

14 Responses to “Sinar FM Semakin Membosankan Dengan Iklan”

  1. ok le tu dapat pilih siaran radio berbahasa melayu lagi.
    aku kat sini nak dapat dgr radio melayu pun tara bole, kena buat playlist sendiri. Tak best jugak sebab iklan-iklan radio ni biasanya kelakar macam DJ-DJnya jugak :D

    August 4th, 2009 | 4:30 pm | Reply
  2. hohohoh pg2 aku wajib dengar drama sebabak kt era… xboleh blah si din beramboi tu…

    August 5th, 2009 | 6:05 am | Reply
  3. mrahfa – Engkau ni duduk dekat mana? Kenapa tak boleh dengar radio melayu pulak?

    topo – Era pun bagi aku tak berapa best sangat. Lawak Din Beramboi yang mengarut kadang2 tu membuatkan aku terasa sedikit meluat nak dengar. Huhuhu.

    August 6th, 2009 | 10:01 pm | Reply
  4. Sinar pun da jadi Iklan.FM ke? Aku jarang dengar Sinar, slalu FLY fm jek. Dulu selalu dengar ERA pastu derang da jadi Iklan.FM, pastu tuka HOT fm, derang pun da jadi Iklan.FM, pastu last2 masuk CD. Hahaha. Puas ati.

    August 11th, 2009 | 10:10 am | Reply
  5. Dah jadi Iklan FM dah pun Sinar FM ni. Bersepah-sepah iklan dia. Buat aku rasa malas nak mendengar radio kadang-kadang. :down:

    August 13th, 2009 | 10:13 pm | Reply
  6. kalau time pagi , aku dengar ERA.FM – celoteh din beramboi ngan pak nil , belah petang lak , aku dengar HITZ.FM

    August 14th, 2009 | 10:37 pm | Reply
  7. sinar x best,layan pagi di eralah best..hot ke

    August 16th, 2009 | 3:01 am | Reply
  8. sumi suker dengar Hot FM
    nak pulak panggilan hangit……
    hehehee

    August 19th, 2009 | 5:16 pm | Reply
  9. ramjey

    suria.fm tak der ke yg minat?sya minat ngan tuah dan zizi..hehe :lol: :up:

    August 21st, 2009 | 8:56 am | Reply
  10. aku layan fafau ngan fbi. cuma 6.45am layan ceramah agama kejap kat 97.2 klfm. hehe :)

    August 31st, 2009 | 6:21 pm | Reply
  11. Diorang nak buat duit la tu. Iklan kan sumber pendapatan utama diorang..

    September 15th, 2009 | 10:57 pm | Reply
  12. huhuh…
    apedaaa..masuk bab delio lain plak..
    aku sokong cyperhacker… aku peminat agak setia dgn sinar.fm.. skrg aku agak jemu dah..penuh dgn iklan…kalau dulu,dgr sinar.fm rasa perjalanan tu dekat jerr…skrg ni aku bleh ngantok plak bila dgr..apa2 pon.. aku dgr sinar time tgh mlm jer.. blh kate 0.9 la iklan dia..sbb dah pagi sgt kot..hehehehe

    pada SINAR.FM, jgn le play iklan byk sgt..kot nanti dah trkurang pendengarrr…huhuhuhuh

    slmt ari raya admin dan blogers sumer…

    September 25th, 2009 | 3:20 pm | Reply
  13. sundel bolong

    ha..ha..ha.. pasal sinar fm tu memang betul,diaorang mmg iklan makanan stesen radio mereka,klu takde iklan mkn asap dan batu lah diorang,stesen radio sekarang tak mcm dulu,mahlumlah ,dulu takde internet mcm hari ni,apa nak hairan,itu trademark sesetengah stesen radio,jgn hukum mereka wahai pendengar2 yg dihormati sekalian,anyway kita banyak pilihan utk memilih stesen radio yg kita sukai… salam dunia

    November 5th, 2009 | 11:50 am | Reply
  14. ct

    aku suka sinar..best..tp sebelah pg jer..kril, kak engku dgn sy..sebelah ptg aku layan 104.9.. linda onn tak best sgt..dia byk gelak sendri..hoohh

    December 19th, 2009 | 11:01 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: