Wajib Tonton: Transformers – Revenge of The Fallen

Sudah lama aku tak review movie-movie yang menarik untuk ditonton. Kehidupan yang sibuk membuatkan kadang-kadang kita terasa malas dan tiada mood untuk mengupdate blog bukan? Ah, sudah la… Toksah nak menipu… Aku tahu siapa korang…
Movie yang hangat kini diperkatakan, Transformers – Revenge of The Fallen telah selamat aku tengok pada dua hari yang lalu. Punya semangat sampaikan sanggup beli tiket sehari awal. Cerita-cerita macam ni, kalau nak beli dan tengok pada hari tu jugak, memang tak dapat.
So nasihat kepada mereka-mereka yang belum tengok cerita ni lagi, pergi la beli tiket cepat. Beli la tiket untuk minggu depan. Confirm dapat seat yang best!
Al-kisahnya seperti yang korang semua sedia maklum, pergaduhan antara robot-robot yang boleh bertukar bentuk menjadi kenderaan dan sebaliknya. Selain daripada part lawan, ada jugak adengan yang tak senonoh dan tak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Dan ada jugak scene-scene yang menggelikan hati sampai memecahkan suasana panggung wayang yang sunyi sepi ke riuh rendah.
Walaupun cerita ni best, tetapi ada part yang membosankan. Semasa peperangan di Egypt. Entah kenapa, tuan director memanjangkan sangat pergaduhan tu. Jenuh tunggu entah bila robot-robot ni nak habis bergaduh. Dah tu pulak, cepat sangat pulak The Fallen tu mati. Ingatkan kuat. Rupa-rupanya lembik.
Kesimpulan, aku berikan status Wajib Tonton dengan rating 4.8 daripada 5 bintang. Ok la tu kan… Tak boleh nak bagi full mark sebab nanti dorang dah tak nak buat cerita sambungan dah.
Entri Lain Yang Berkaitan
- Wajib Tonton – The Proposal - Selalunya lelaki yang akan propose untuk berkahwin dengan wanita. Tetapi...
- Wajib Tonton – Papadom - Seseorang ibu bapa sudah pasti akan mencuba yang terbaik untuk...
- Wajib Tonton – Adnan Sempit - “I don’t want banana fruit two time.” Itulah salah satu...
- Wajib Tonton – Senario The Movie 2 (Beach Boys) - Aku baru sahaja pulang dari menonton filem Senario The Movie...
- Wajib Tonton – Avatar - Sebuah lagi filem yang wajib ditonton sebelum tahun 2009 melabuhkan...
7 Responses to “Wajib Tonton: Transformers – Revenge of The Fallen”
Leave a Reply


bila agaknye dynobot nak muncul?
adeh aku tak berjesempatan nak pegi tgk hu3
Pergi tengok dol. Kalau tak rugi…
tak tgk lagi
..huhu…dengar ramai orang kata best..huhu..
Memang best. Puas hati dengan efek dan juga grafik dia.
part mane yg xsenonoh nye yek?
bes je tgk..hehehe