Pelancaran Blog Baru – Pengendali Blog

Bagi kepada mereka-mereka yang mengikuti Facebook aku, mesti korang sudah mengetahui yang aku sudah melancarkan sebuah blog baru pada 1hb Mei yang lalu.
Pengendali Blog merupakan sebuah blog yang bakal memberikan panduan dan tips kepada para blogger di Malaysia dalam menjadikan seorang blogger yang berkualiti dan mempunyai personaliti tersendiri. Di dalam blog tersebut, akan aku kongsikan sedikit sebanyak pengalaman aku mengendalikan blog sepanjang aku menceburi dunia blog seawal tahun 2005 sehinggalah sekarang ini.
Tetapi, tidak semestinya tips dan panduan yang aku kongsikan memenuhi cita rasa setiap orang. Sekiranya korang ada tips dan panduan yang ingin dikongsikan, korang bolehlah hantarkan pada aku bagi membolehkan untuk aku upload tips-tips yang menarik di laman Pengendali Blog. Dan sudah semestinya kredit akan diberikan kepada mereka-mereka yang sudi mengongsikan tips-tips yang berguna itu.
Jadi, kepada korang yang ingin mempelajari teknik berblog dan juga bagaimana untuk menjadi seorang blogger yang berkualiti dan berpersonaliti, bolehlah lawati laman Pengendali Blog. Tetapi untuk setakat ini, ianya masih lagi kosong. Namun begitu, aku akan update entri-entri menarik tidak lama lagi. Jadi…langganlah RSS laman Pengendali Blog sekarang!!!
Entri Lain Yang Berkaitan
- Selamat Tahun Baru 2010 - Alhamdulillah dan bersyukur kita kerana telah dipanjangkan umur oleh-Nya dan...
- CoolBlog – ‘Blog’ Yang Sangat Cool - Bagi korang yang mengikuti aku di Facebook, pasti perasan sejak...
- Ramai Tidak Berpuas Hati Dengan P1 Wimax - Laman P1 Wimax dengan iklan “potong” mereka. Disebabkan bandwidth...
- Ini Baru Dinamakan Cuti Raya 1 Malaysia - Sudah lama blog ini tidak berupdate. Terasa sunyi sepi bila...
One Response to “Pelancaran Blog Baru – Pengendali Blog”
Leave a Reply


cool…tak lama lagi, satu lagi blog berkaitan blog dari aku lak..hehe