May 19th, 2009Projek14 Comments

Kepada kawan-kawan blogger dan para pembaca sekalian. Aku ingin meletak sebuah Shoutbox di sebuah laman web yang aku kendalikan. Untuk setakat ini yang ada dalam pemikiran aku adalah Shoutmix.
Jadi, kepada mereka-mereka yang menggunakan Shoutmix, adakah Shoutmix ini bagus untuk kita jadikan sebagai Shoutbox di laman web seperti blog, ataupun laman web biasa? Atau korang ada idea lain yang lebih menarik daripada Shoutmix?
Nak baca sambungan dia…

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 2 Mei 2009, aku berkesempatan untuk join tag along bersama-sama dengan saudara Bizcotz dan anak beranak (anak dia pun seorang photographer tau) di Seksyen 6, Kota Damansara. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan anak saudara beliau iaitu Hafizah bersama-sama dengan teman pasangan hidup, Mustaqim.
Majlis pernikahan Mustaqim dan Hafizah (Flickr set) berlangsung pada jam 10.30 pagi dan bersanding pada jam 12.00 tengahari. Selepas itu, diikuti dengan sesi outdoor pada sebelah petangnya di halaman rumah pengantin. Tetapi aku tidak mengikuti sesi outdoor kerana cuaca sangat panas dan aku ingin berikan peluang kepada official photographer untuk menjalankan tugasnya.
Nak baca sambungan dia…

Bagi kepada mereka-mereka yang mengikuti Facebook aku, mesti korang sudah mengetahui yang aku sudah melancarkan sebuah blog baru pada 1hb Mei yang lalu.
Pengendali Blog merupakan sebuah blog yang bakal memberikan panduan dan tips kepada para blogger di Malaysia dalam menjadikan seorang blogger yang berkualiti dan mempunyai personaliti tersendiri. Di dalam blog tersebut, akan aku kongsikan sedikit sebanyak pengalaman aku mengendalikan blog sepanjang aku menceburi dunia blog seawal tahun 2005 sehinggalah sekarang ini.
Nak baca sambungan dia…