Shoot Outing di International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta

Pada hari Sabtu yang lalu, aku berkesempatan untuk mengikuti shoot outing bersama-sama dengan ahli-ahli dari PhotoSkool (PS) ke 1st International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta di Putrajaya.

Janji untuk berkumpul di dataran pada pukul 8 pagi tetapi jam 7.45 pagi, hanya aku dan juga Hakimy (penganjur) sahaja yang berada di sana. Disebabkan takut terlepas peluang untuk mengambil gambar belon udara panas secara dekat, kami bersetuju untuk terus ke tapak pelepasan tanpa menunggu mereka-mereka yang lambat.

Dari jauh sudah kelihatan beberapa biji belon udara panas telah kembang menjadi besar dan bersedia untuk terbang. Terus aku dan Kimy bawa keluar senjata rahsia kami lalu menembak satu per satu belon yang ada sehingga ‘meletup’.

Walaupun tidak dapat ambil gambar di bahagian dalam pagar, tetapi aku sangat berpuas hati kerana dapat melihat sendiri belon udara panas dan mengambil gambar-gambar yang menarik ketika di sana.

Mungkin ada dikalangan kalian yang turut berada di tempat kejadian. Kalau ada, sudi-sudikanlah berkongsikan gambar-gambar yang kalian tangkap. Ingin juga aku melihat gambar-gambar sambil mendapatkan idea-idea sudut yang menarik untuk ‘menembak’.

Banyak lagi gambar di Flickr .

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

15 Responses to “Shoot Outing di International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta”

  1. pergH!
    memang best la kalao dapat naik belon panas….
    nak jugak rase sesekali..
    :d

    March 24th, 2009 | 8:33 pm | Reply
  2. teringin betlu aku nak naik belon panas nih.

    belum pernah kesampaian lagi :-?

    March 25th, 2009 | 12:58 am | Reply
  3. hohoho best la plak amek gambar belon.. heheheh pasni nak carik belaon gak la.. hahahha:-?

    March 25th, 2009 | 2:29 am | Reply
  4. …dan kenapakah semua hasil gambar dari Nikon menjadikan warna langit tu mengiurkan..adoi.. kawan ak nyer gambar dari D50 pun jadi camni gak..hoho..

    tp tu yang cantik tu…hahaha, nice la..nnt nk share gak r..bz sket skrang..hehe

    March 25th, 2009 | 1:08 pm | Reply
  5. Jelesnya… teringin betul aku nak tengok..
    :((

    March 25th, 2009 | 4:48 pm | Reply
  6. loq – Memang best bro. Tapi aku tak naik pun belon udara panas tu.

    alone – Rilek… Tahun depan ada lagi.

    topo – Tu la pasal. Kau tak pergi pulak shooting hari tu.

    izzat – Ada rahsia di sebalik kejadian warna biru itu. Hu3.

    fazrewl – La…hari tu tak datang tengok ke?

    March 25th, 2009 | 5:32 pm | Reply
  7. owh..guna filter ke? hohoo…ke photoshop? tp apa2 pun…cun2…

    March 25th, 2009 | 6:21 pm | Reply
  8. huu.. gambar macam kat luar negara laa… :)

    :o

    March 25th, 2009 | 10:23 pm | Reply
  9. izzat3114 – Tak guna filter. Just edit gambar je.

    ikoko – Gambar yang mana satu eh?

    March 27th, 2009 | 8:28 am | Reply
  10. aku pegi Ahad pagi…
    tunggu punya tunggu belon tak naik2 lagi kat udara kecuali yg 1 tu utk org naik…
    sebab busan dan banyak hal lain, aku chow je…
    tak kesampaian hajat aku… huhu…

    March 28th, 2009 | 1:52 am | Reply
  11. Hu3. Standard dalam pukul 8.10 baru belon2 tu naik terbang.

    March 30th, 2009 | 11:45 am | Reply
  12. huhu… nk nagis pn ada. aku tak sempat pegi padahal opis aku kat dengkil je :( sabtu ahad lak aku balik kg jenguk anak bini.. xpelah… tgk yg ko amik ni pun dh sejuk hati aku :d

    March 30th, 2009 | 5:42 pm | Reply
  13. aku tak dapat nak join ada benda lebih penting dari belon udara plak..huhuhu..rugi2

    April 3rd, 2009 | 5:20 pm | Reply
  14. alian

    sy pun ada kt sana.plan nk ride balloon tu,tp tiket dh abis even baru kul 7 pagi..huhu..
    dapt amik gambo aje…anyway..u bole masuk dlm pagar tu.organiser bagi can pada
    yg ada camera/amatur cameraman to take picture dlm pagar tu.i smpat masuk n
    take photos of the balloon yg baru nk kembang….hehehhe :D

    May 15th, 2009 | 1:37 pm | Reply
  15. Shima

    macam mana nak edit bagi awan tu biru?

    March 24th, 2010 | 6:00 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: