Facebook Yang Berpuaka

facebook-01

Siapa dekat sini tahu pasal Facebook? Yang pasal Facebook berpuaka dah tahu ke belum? Kalau belum, teruskanlah membaca. Aku ada kisah yang menarik nak diceritakan ni. Mana la tau kalau-kalau korang pun pernah terkena…

Sebelum ni aku tak tahu langsung pasal Facebook. Apa la yang menarik sangat Facebook ni sampaikan si Dia dan juga kawan-kawan aku sibuk meracun aku untuk join Facebook. Mula-mulanya memang aku tak ambil tahu sangat Facebook ni. Aku lebih suka menggunakan Friendster sebenarnya. Tetapi setelah menggunakan Facebook untuk beberapa hari, terasa pulak macam diri aku ni dirasuk untuk terus menggunakannya. Lagi, dan lagi. Hari ni dan esok. Sampaikan Friendster pun aku dah jarang sekali bukak. Nak tidur malam pun takut.

Dalam sedar tak sedar, dalam sehari tu boleh dikatakan aku bukak Facebook lebih daripada 9 kali. Kenapa 9? Kenapa tak 7? Kenapa tak 11? Kenapa tak 18? Ikut suka.

Jadi berbalik pada kisah puaka Facebook ni. Sekejap-sekejap, bukak. Bila dah habis join berforum, aku bukak lagi Facebook. Terasa macam Facebook ni betul-betul berpuaka. Serius…

Tambah-tambah lagi bila setiap kali ada je kawan-kawan aku yang hantarkan komen, nak je aku bukak Facebook tu lagi. Hebat betul puaka Facebook ni. Kalau korang campak kemenyan pun, belum tentu lagi puaka Facebook tu nak lari.

Korang pernah tak alami perkara seperti apa yang aku rasa? Ha…korang ada Facebook tak? Tak nak add aku ke dalam Facebook korang? (kan aku dah cakap Facebook ni berpuaka)

ps: Banyak betul singkatan yang aku gunakan dalam entri kali ini.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

26 Responses to “Facebook Yang Berpuaka”

  1. aku takde facebook nie..
    bagi aku blog pon dah cukup merasuk aku sehingga lupe diri.. huhu..
    :d

    March 10th, 2009 | 12:15 am | Reply
  2. hoho. memang berpuaka.

    tambah2 bila dah add friend banyak2. hoho :d

    March 10th, 2009 | 4:03 am | Reply
  3. menteil – Aku rasa kau belum cuba lagi Facebook ni. Nanti bila kau dah cuba, kau mesti akan terasa kepuakaan dia.

    alone – Ha3. Ni salah seorang mangsa yang terkena sumpahan puakan Facebook.

    March 10th, 2009 | 8:40 am | Reply
  4. aku ade facebook. nanti aku add ko fauzi. skang ni tak boleh la sbb kat opis aku ni, dia dah blocked facebook. haish

    March 10th, 2009 | 9:06 am | Reply
  5. Aku ada tp lama gak lah tak aktif kat situ.biasanya 8-10 kali dok open facebook jerk..gile lah..:-?

    March 10th, 2009 | 4:44 pm | Reply
  6. Syam – Aku rasa aku dah add kau dah bro. Cuba kau tengok.

    catzer – Hahaha… Lagi teruk kena rasuk daripada aku. :p

    March 10th, 2009 | 4:49 pm | Reply
  7. MR LED

    mcm ku kenal jek muka fauzi tu…pojie UTM ke? hahhaha
    ;))

    March 10th, 2009 | 9:31 pm | Reply
  8. MRguest

    aah laaa,
    aku xdak friends pon boleh bukak several times daily,
    what a puaka kan?:o

    March 10th, 2009 | 10:28 pm | Reply
  9. sayang bie..

    hahaha..
    ade org tu kn,dh mcm xnk bkak fb die dh..
    konon berpuaka la fb tu kn.. :p

    March 11th, 2009 | 1:05 am | Reply
  10. MR LED – Erks! Siapakah kau?

    MRguest – Kena ada kawan ramai la kawan…

    sayang bie.. – Bluwek! Huh! Jeles la tu…

    March 11th, 2009 | 8:38 am | Reply
  11. MR LED

    da dok jauh ek skrg poji
    tnggl awk kt UTM
    haizz
    ;p

    March 11th, 2009 | 3:07 pm | Reply
  12. Benar wahai saudara…

    March 11th, 2009 | 9:00 pm | Reply
  13. MR LED

    watashi acap itech dlu2 la

    bz eh skrg? keja apa la?

    March 11th, 2009 | 10:46 pm | Reply
  14. aku sedang mengalaminya =|

    March 12th, 2009 | 11:56 am | Reply
  15. MR LED – Owh…mana la aku nak tau kawan… Ape cer?

    ejon – Bagus2. Biarkan diri tu diselubungi misteri.

    March 13th, 2009 | 10:02 am | Reply
  16. berpuaka ke?
    aku dah lame dah tak check facebook..dah bersarang da tuh..btw facebook lebih slow load brbanding fs..:-|

    March 15th, 2009 | 1:01 pm | Reply
  17. hati2 sket guna facebook sbb data2 kita ada org dok monitor antaranya US military…

    March 16th, 2009 | 8:51 pm | Reply
  18. huuhuhu…aku pn cm ada skit perasaan camtu kt facebook ni mula2 dftar aritu… :d .. aku daa ko.

    March 21st, 2009 | 6:46 pm | Reply
  19. mmg btul facebook ni berpuaka…
    aku dh bt akaun kt facebook..
    klu satu hr x login mmg x senang duduk
    aku pn x tau apa yg best sgt..

    April 8th, 2009 | 7:25 pm | Reply
  20. Seriesss.. orang invite aku dah lama join facebook, tapi baru last year aku aktif berFB.. giler ah.. aku dah add ko kat FB anyway.. kat office ni, aku bukak FB dari pukul 8am-6pm.. sebab… gile tak? ahahaah

    April 28th, 2009 | 9:10 am | Reply
  21. azurt – Ok sis. Aku dah accept. 8)

    April 29th, 2009 | 6:55 pm | Reply
  22. afiq

    haha betul bro..giler laa sapa buat FACEBOOK tue..aku mcm kene santau daahhh :x ..nih pun still on9 lagi facebook sbb tue komen org lain……demm bahaya betul keadaan sekarang :-)

    May 21st, 2009 | 2:43 pm | Reply
  23. yariennisha

    Hoho.. saye suka fb sebab buleh main Mafia Wars..
    :-)
    tapi tu la.. berpuaka dan lagho sungguh~
    :roll:

    *Chumel gile icon utk comment kat blog ni.. n__n

    May 22nd, 2009 | 12:21 pm | Reply
  24. Hahahaha… Jangan jeles…

    June 3rd, 2009 | 9:55 pm | Reply
  25. mmg facebook tu berpuaka…disebabkan kepuakaannye itu ..sampai aku x masuk … takut siottt..hhahahaha ( apsal aku rase mcm x best je facebook neh ) :?

    August 14th, 2009 | 10:39 pm | Reply
  26. What are some fun facebook games to play? I like games on Facebook like Christmas Crunch [the mindjolt games], Tetris, TV Show Trivia, Parking Wars, Scavenger Hunt. Are there any anime games (applications) on Facebook?

    June 18th, 2010 | 7:05 am | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: