
Pada hari Sabtu yang lalu, aku berkesempatan untuk mengikuti shoot outing bersama-sama dengan ahli-ahli dari PhotoSkool (PS) ke 1st International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta di Putrajaya.
Janji untuk berkumpul di dataran pada pukul 8 pagi tetapi jam 7.45 pagi, hanya aku dan juga Hakimy (penganjur) sahaja yang berada di sana. Disebabkan takut terlepas peluang untuk mengambil gambar belon udara panas secara dekat, kami bersetuju untuk terus ke tapak pelepasan tanpa menunggu mereka-mereka yang lambat.
Nak baca sambungan dia…
Baru-baru ini, aku ada menerima luahan perasaan yang disampaikan oleh sebuah forum. Forum yang dahulunya menjadi tempat aku berkenalan dengan blogger-blogger veteran tanah air kini telah ditinggalkan keseorangan.
Aku pernah ceritakan pada kau mengenai sebuah forum yang diwujudkan bagi menjadi sebuah tempat perbincangan mengenai blog. Aku tidak pasti samada kau pernah membaca mengenainya ataupun tidak. Tetapi ingin aku katakan bahawa forum itu sedang bersedih kerana tiada seorang pun ingin menjenguk dirinya. Sihatkah, sakitkah, tiada siapa yang peduli.
Jadi, dikesempatan ini, aku ingin menjemput kau ke forum tersebut bagi memeriahkan suasana yang sepi itu. Sekiranya kau ada masa yang lebih, sudi-sudikanlah diri itu untuk mengwar-warkan forum tersebut di blog kau.
Nak baca sambungan dia…

Siapa dekat sini tahu pasal Facebook? Yang pasal Facebook berpuaka dah tahu ke belum? Kalau belum, teruskanlah membaca. Aku ada kisah yang menarik nak diceritakan ni. Mana la tau kalau-kalau korang pun pernah terkena…
Sebelum ni aku tak tahu langsung pasal Facebook. Apa la yang menarik sangat Facebook ni sampaikan si Dia dan juga kawan-kawan aku sibuk meracun aku untuk join Facebook. Mula-mulanya memang aku tak ambil tahu sangat Facebook ni. Aku lebih suka menggunakan Friendster sebenarnya. Tetapi setelah menggunakan Facebook untuk beberapa hari, terasa pulak macam diri aku ni dirasuk untuk terus menggunakannya. Lagi, dan lagi. Hari ni dan esok. Sampaikan Friendster pun aku dah jarang sekali bukak. Nak tidur malam pun takut.
Dalam sedar tak sedar, dalam sehari tu boleh dikatakan aku bukak Facebook lebih daripada 9 kali. Kenapa 9? Kenapa tak 7? Kenapa tak 11? Kenapa tak 18? Ikut suka.
Nak baca sambungan dia…

Kenangan semasa aku muda-muda dulu.
Cuba teka yang mana satu aku?
Sudah lama aku ingin menaikkan isu ini. Tetapi disebabkan selalu sahaja ada perkara lain yang perlu aku buat, membuatkan aku kerap terlupa untuk membincangkan mengenai keistimewaan pada sebuah universiti.
Sejak dari kecil lagi, kita telah ditanamkan dengan satu cita-cita iaitu untuk belajar sehingga ke menara gading, yakni universiti. Ada yang belajar bertungkus lumus, tidak tidur malam, mata bengkak-bengkak disebabkan tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan tempat di universiti.
Ada pula ibu bapa di kampung yang sanggup menggadaikan tanah dan harta pusaka bagi membiayai kos perbelanjaan anak mereka belajar di universiti. Dulu, memang sangat sukar untuk kita menjejakkan kaki ke universiti. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
Tetapi cuba lihat sekarang. Universiti ada di mana-mana sahaja. Mereka yang tidak mempunyai keputusan yang cemerlang pun dapat belajar di universiti. Setiap orang bila ditanya belajar di mana, mesti akan kata belajar di universiti itu, universiti ini. Seperti universiti tidak ada lagi keistimewaan kerana mudahnya untuk kita masuk ke universiti tersebut.
Nak baca sambungan dia…