Festival Layang-Layang Antarabangsa 2009

Pada hari Ahad yang lalu, aku telah berkesempatan untuk membuat “shoot outing” di Festival Layang-Layang Antarabangsa 2009, Pasir Gudang, Johor Bahru. Terima kasih diucapkan kepada saudara Megat kerana membuat post mengenai festival ini di blog beliau. Jika tidak, sudah pasti aku tidak mengetahui langsung akan kewujudan festival peringkat antarabangsa ini.


Macam mengkarung je aku tengok.

Aku tiba di sana pada jam 11 pagi bersama-sama dengan si Dia. Itu merupakan pengalaman pertama kami pergi ke sana. Sepanjang aku menuntut di Johor Bahru selama empat tahun dahulu, tidak langsung aku mengetahui akan adanya festival seperti ini. Jadi, aku mengambil peluang yang ada ini untuk belajar dan menambahkan lagi ilmu aku dalam fotografi.

Terik matahari menyebabkan ramai yang membawa payung sebagai alat untuk berteduh. Kami juga tidak terkecuali. Nasib baik si Dia tolong payungkan aku. Kalau tidak, terkenyit-kenyit mata aku disebabkan kilauan matahari yang sangat terik itu. Terima kasih my dear


Kecil-kecil saja layang-layang yang ada.

Aku mengharapkan banyak layang-layang besar yang berterbangan di langit, tetapi hanya beberapa layang-layang kecil sahaja yang ada. Yang besar-besar semuanya terdampar di atas padang yang luas. Memang pada ketika itu, tiupan angin tidaklah sekuat mana. Jadi peserta-peserta yang mempunyai layang-layang yang besar terpaksa menunggu angin yang kuat bagi menerbangkan layang-layang mereka itu.


Dekat sini pun boleh belajar buat layang-layang.

Selain daripada aktiviti pertandingan layang-layang, terdapat juga gerai-gerai yang menjual beraneka macam barang. Bagi mereka-mereka yang ingin membuat layang-layang sendiri, terdapat juga gerai yang dibuka bagi membantu mereka dalam mereka bentuk layang-layang sendiri. Kalau malas, terdapat gerai yang menjual layang-layang pelbagai warna dan bentuk. Yang penting, sediakan pitisnya.


Besar sungguh layang-layang ikan pari ini.

Dalam suasana yang sesak di kawasan gerai, tiba-tiba si Dia ternampak sebuah (betul ke penjodoh bilangan yang aku gunakan ini) layang-layang besar sedang berterbangan di langit. Aku pun terus menghalakan Nikon D90 ke arah layang-layang yang berbentuk ikan pari itu.


Agak-agak, berapa panjang ye lens dia?

Tetapi gambar yang aku dapat tangkap tidaklah semenarik mana. Mungkin aku perlukan lens 300mm bagi mendapatkan gambar-gambar yang lebih mengancam seperti seorang photographer di atas.


Muzium Layang-Layang Pasir Gudang.

Disebabkan cuaca pada hari tersebut semakin terik dan tiada layang-layang besar yang berterbangan, aku dan si Dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Dalam jam 12.30 tengahari kami pulang dengan sedikit kecewa bersama-sama dengan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan kami di Festival Layang-Layang Antarabangsa 2009.

Cypher: Banyak lagi gambar di Festival Layang-Layang Antarabangsa set.

Comments

  1. says

    wah pergi tak ajak aku pun!? tak perasan lak kau ada kat sana. aku pun sibuk menembak menggunakan kamera semi pro aku.

    kelihatan disana penuh dengan penembak kamera pro! adeh cemburu aku langsung mempercepatkan keberadaan aku disana sebelum hujan.

  2. says

    angkat 70-200mm pun dah ok dah bro..hehe..

    ada duit lebih sikit..angkatlah pulak 300mm f2.8 ke..hoho..

    suka ngan contrast gambar kat atas…cun habis..:x

  3. Amy says

    tahun 2010 dah takde dah festival layang-layang kt pasir gudang… dieorg buat kat bandar dato onn plak… sdihnye…

  4. Early says

    Sorry, may I know when and where is the Festival Layang-layang Antarabangsa 2010? Got any website or contact number or not? Thanks for reply,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>