Gathering SEMERA 2009 di Sg Congkak, Hulu Langat
Pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan dengan 7 Februari 2009, aku telah mengikuti rombongan ke Sg Congkak, Hulu Langat untuk gathering reunion kawan-kawan sekolah lama aku. Kami semua merupakan bekas-bekas pelajar SMK Raja Ali, Jalan Ipoh batch tahun 1999 – 2004.

Semua tidak sabar-sabar nak masuk.
Kami tiba di sana dalam pukul 12 tengahari macam itu. Janji untuk tiba di sana dalam pukul 10 pagi. Tetapi disebabkan beberapa masalah kelewatan peserta rombongan, menyebabkan perancangan kami semua tergendala.
Aku tidak tahu pula yang nak masuk ke Hutan Rekreasi Sg Congkak ini dikenakan bayaran. RM1.00 untuk satu kepala. Selain daripada itu, tandas juga dikenakan bayaran. RM0.30 untuk sekali masuk. Tak pernah-pernah pulak aku tahu yang kita dikenakan bayaran untuk berekreasi.

Cucuk-cucuk dengan kayu sahaja, Afif berjaya hidupkan api.
Bila sampai sahaja di sana, kami semua berehat tetapi ada juga yang ringan tulang untuk menyiapkan tempat BBQ. Kami semua sangat-sangat bernasib baik kerana kami mempunyai seorang budak pengakap. Beliaulah satu-satunya yang pakar dalam menghidupkan api untuk BBQ itu. Terima kasih kepada saudara Afif.

Batch ayam yang pertama untuk diBBQ.
Setelah agak-agak bara telah mencukupi, kami semua pun terus beramai-ramai meletakkan ayam-ayam di atas hamparan dawai yang telah panas itu. Dalam kesibukan mengibas-ngibas kipas bagi menaikkan bara arang, tiba-tiba kami dikejutkan dengan dua ekor ayam yang belum dipotong. Siapa la empunya angkara ini. Haih…

Nyanyian lagu beramai-ramai oleh ahli rombongan.
Sementara menunggu ayam-ayam itu masak, kami sempat berhibur bersama-sama. Bergelak ketawa sambil menyanyi. Entah apa-apa lagu yang budak-budak ini nyanyikan. Aku tidak turut serta sebab sibuk menembak telatah-telatah mereka semua ni.

Gembira sehingga tiada siapa yang tengok-tengokkan ayam-ayam ni.
Bila ayam sudah masak, semuanya terus sambar satu per satu ayam itu. Mungkin mereka tidak bersarapan pagi menyebabkan semua kelihatan seperti singa kelaparan.

Wajah-wajah gembira dapat mandi di sungai.
Ada juga yang tidak sabar-sabar untuk terjun ke sungai. Mereka-mereka inilah di antara orang yang terakhir naik ke atas. Seronok sangat berendam di dalam sungai itu mungkin.

25 orang semuanya. 19 orang di dalam gambar. 5 orang balik awal.
Seorang photographer (aku la tu).
Aktiviti gathering ini tamat dalam pukul 5 petang. Walaupun ianya hanya sehari, tetapi pengalaman berjumpa dengan rakan-rakan sekolah yang lama ditinggalkan membuatkan ianya perjumpaan yang amat mengembirakan. Diharapkan kalian tidak lupa kenangan kita bersama di Sg congkak ini. Ada masa, kita berjumpa lagi.
ps: Lihat gambar-gambar yang lain di Flickr - Gathering SEMERA 2009.
pps: Kepada rakan-rakan gathering yang ingin download gambar tersebut, sila tunggu sehingga aku habis muatnaik koleksi gambar itu ke server.
Entri Lain Yang Berkaitan
- Shoot Outing di International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta - Pada hari Sabtu yang lalu, aku berkesempatan untuk mengikuti...
- Di Hong Kong – Berbeza Dengan Malaysia - Pada 7 November yang lalu, aku telah berpeluang untuk ke...
- Kenangan di Hari Pertama ke Sekolah - Hari ini seperti yang kita semua tahu merupakan hari pertama...
11 Responses to “Gathering SEMERA 2009 di Sg Congkak, Hulu Langat”
Leave a Reply



pengakap lah beb,bukan pengangkap,:d
Erks! Sudah dibetulkan…
aku sudah lama tak ke sungai congkak.. rindu pula.
padahal rumah x jauh pun nak pg sana
sg congkak?
kat mane ek?
macam biasa dengar lak.. hehe..
penah pegi kot..
dekat ngan kg aku kot..
2004.. baru 4 tahun..
tak bez ar wat gathering.. hehe..
Arghhh D90. Arghhh..bbq. Arghhh ambil gambar.
Semua best. Tahniah untuk D90 sebagai kamera pertama. Berbaloi bukan untuk gambar-gambar dan moment yang diambil?
Lepas ni mesti bersemangat jalan-jalan cari subjek.
Pergi la bro. Kalau dah dekat tu, sepatutnya kena pergi.
Ulu Langat la mat… Hu3. Dorang memang la 4 tahun. Tapi aku start keluar daripada sekolah tu masa Form 4.
Benar… Banyak betul tempat2 yang aku nak pergi untuk shooting.
woho.. rindu untuk ke sana!
zaman sekarang ni mana ada yang free, bro. hahah :d
beb..kte abes 2003 la..apeda..batch 1999-2003
eh…
ade pic aku la dlm tu…
wah……bestnya g sungai congkak.
lam x g la……
kene bayaran dh yek sekarang,.,.,.,.,.,.,.
sebaik lepas mandi pun x kene bayar,.,.,.
kalu x lagi parah….
skrg nie sume pakai duit kan??
huhuhu……….
seronokkan dapat jumpa dengan kawan2 lamanie…untuk pengetahuan awak saya bersama rakan2 yang lain dari mahkamah sesyen shahalam telah camping 2 kali di sungai congkak.. kami sewa telah sewa 3 tapak dengan harga RM10 bagi satu tapak…kami camping 3 hari 2 malam… memang seronok sangat sebab kemudahan semua tersedia. pendek kata disini kami enjoy sangat dengan perkemahan kami di sungai congkak…