Pada hari Ahad yang lalu, aku telah berkesempatan untuk membuat “shoot outing” di Festival Layang-Layang Antarabangsa 2009, Pasir Gudang, Johor Bahru. Terima kasih diucapkan kepada saudara Megat kerana membuat post mengenai festival ini di blog beliau. Jika tidak, sudah pasti aku tidak mengetahui langsung akan kewujudan festival peringkat antarabangsa ini.

Macam mengkarung je aku tengok.
Aku tiba di sana pada jam 11 pagi bersama-sama dengan si Dia. Itu merupakan pengalaman pertama kami pergi ke sana. Sepanjang aku menuntut di Johor Bahru selama empat tahun dahulu, tidak langsung aku mengetahui akan adanya festival seperti ini. Jadi, aku mengambil peluang yang ada ini untuk belajar dan menambahkan lagi ilmu aku dalam fotografi.
Terik matahari menyebabkan ramai yang membawa payung sebagai alat untuk berteduh. Kami juga tidak terkecuali. Nasib baik si Dia tolong payungkan aku. Kalau tidak, terkenyit-kenyit mata aku disebabkan kilauan matahari yang sangat terik itu. Terima kasih my dear…
Nak baca sambungan dia…
Aku telah menggunakan perkhidmatan jalur lebar Celcom 3G sejak bulan Oktober tahun 2007. Sudah hampir satu tahun empat bulan aku menggunakan perkhidmatan ini bagi memudahkan urusan aku dalam blogging. Pelbagai masalah dan konflik telah aku lalui sepanjang penggunaan jalur lebar Celcom 3G sehinggakan aku dapat berkongsikan tips-tips bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.
Tetapi, sejak Celcom mengaplikasikan User Fair Policy ke atas pengguna-pengguna jalur lebar Celcom 3G, membuatkan aku terasa ingin menamatkan perkhidmatan ini. Setahun yang lalu, aku masih dapat melayari Internet dengan pantas dan kelajuan yang aku perolehi untuk muat-turun sesuatu perisian adalah 200Kbps.
Tetapi sejak awal tahun ini, kelajuan internet aku dikurangkan apabila penggunaan Internet mencecah 5GB. Ianya disebabkan User Fair Policy akan mengehadkan penggunaan Internet kepada 384kbps (aku menggunakan pakej 3.6Mbps) sekiranya data yang aku muat turun untuk bulan tersebut melebihi 5GB. Ini menyebabkan aku tidak dapat kepuasan dalam melayari Internet kerana hanya dapat kelajuan dalam 10kbps sahaja.
Bayangkan hidup seorang blogger tanpa Internet. Sudah pasti kacau bilau serta runsing memikirkan masalah-masalah ini. Jadi, aku ingin bertanyakan kepada para bloggers sekalian, apakah pendapat kalian mengenai jalur lebar 3G yang kalian gunakan? Adakah bagus?
Cypher: Memikirkan untuk beralih ke dunia Streamyx.
Pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan dengan 7 Februari 2009, aku telah mengikuti rombongan ke Sg Congkak, Hulu Langat untuk gathering reunion kawan-kawan sekolah lama aku. Kami semua merupakan bekas-bekas pelajar SMK Raja Ali, Jalan Ipoh batch tahun 1999 – 2004.

Semua tidak sabar-sabar nak masuk.
Kami tiba di sana dalam pukul 12 tengahari macam itu. Janji untuk tiba di sana dalam pukul 10 pagi. Tetapi disebabkan beberapa masalah kelewatan peserta rombongan, menyebabkan perancangan kami semua tergendala.

RM1.00 untuk seorang. Mahal?
Aku tidak tahu pula yang nak masuk ke Hutan Rekreasi Sg Congkak ini dikenakan bayaran. RM1.00 untuk satu kepala. Selain daripada itu, tandas juga dikenakan bayaran. RM0.30 untuk sekali masuk. Tak pernah-pernah pulak aku tahu yang kita dikenakan bayaran untuk berekreasi.

Cucuk-cucuk dengan kayu sahaja, Afif berjaya hidupkan api.
Bila sampai sahaja di sana, kami semua berehat tetapi ada juga yang ringan tulang untuk menyiapkan tempat BBQ. Kami semua sangat-sangat bernasib baik kerana kami mempunyai seorang budak pengakap. Beliaulah satu-satunya yang pakar dalam menghidupkan api untuk BBQ itu. Terima kasih kepada saudara Afif.
Nak baca sambungan dia…
Kepada rakan-rakan blogger yang tinggal di sekitar Lembah Klang sekalian, anda semua ada perancangan tak pada hari Isnin nanti? Apa kata kita beramai-ramai ke Batu Caves untuk tangkap-tangkap gambar semasa Thaipusam itu nanti?

Image by Edward Chan.
Fahmishah, Topotato, Aeropama, dan lain-lain, kalau kalian tiada halangan, ayuh kita ke sana! Kalau nak ajak rakan-rakan yang lain pun ok. Tiada masalah…