Kreativiti Dalam Mencari Perspektif
Camera: Nikon D90
Exposure: 0.05 sec (1/20)
Aperture: f/4.8
Focal Length: 42 mm
Seorang rakan aku pernah berkata,
“Kamera tak penting. Yang penting cara kita menggunakan kamera tu.”
Memang benar apa yang dia katakan itu. Walau secanggih mana pun kamera yang kita ada, walau sehebat mana pun aksesori kamera yang kita beli, tidak semestinya gambar yang kita tangkap itu adalah menarik.
Dalam mengambil gambar, kita perlu mencari perspektif yang menarik. Cuba cari sudut-sudut yang di luar dari kebiasaan kita melihat gambar. Kalau selalunya kita ’shoot’ gambar secara tepat pada titik tengah, cuba kali ini kita larikan subjek ke bahagian kiri atau kanan gambar. Ianya akan menjadi pelik tetapi hasilnya adalah menarik.
Kita juga mesti ada kreativiti yang unik dan juga tersendiri. Macam aku, aku suka tangkap gambar yang ‘natural’ dan bersahaja. Bermaksud, gambar yang aku ambil itu bukanlah gambar lakonan atau dibuat-buat. Dengan ini, gambar yang diambil itu kelihatan hidup dan tidak kaku.
Selain daripada itu, kepantasan kita dalam memfokus pada sesuatu subjek juga perlu dijaga. Jika kita lambat, sudah pasti subjek yang ingin kita tangkap itu terlepas daripada sasaran. Contoh yang mudah yang pernah berlaku pada diri aku apabila ingin menangkap gambar seekor burung. Terlalu leka mencari fokus yang betul, akhirnya si burung itu terbang akibat kusyuknya memutar-mutar ‘lens’ kamera.
Jadi…walau apa jua kamera yang kita gunakan, yang penting adalah, kreativiti. Dengan kreativiti, ianya akan menjadi realiti.
Cypher: Curi idea satu post, satu gambar daripada blog Fahmishah.
Entri Lain Yang Berkaitan
- Majlis Perkahwinan – Farhan & Hazwani - Berbekalkan dengan Nikon D90 dan speedlight terpacak tegak di...
13 Responses to “Kreativiti Dalam Mencari Perspektif”
Leave a Reply



siapakah itu? hehe :d
saya sangat setuju dgn statement itu.. walau mahal sekalipun, teknik kena betul.
btw, kualiti gambar yang dihasilkan juga satu perkara yang penting.
~ adakah anda seorg designer?? kalau amik gmbr dari sudut perspektif memang akan memberi hasil yg lebih menarik. perspektif tuh pula ada banyak sudut, contohnya bird angle la, apa lagi ekh?? dah lupa. kehkehkeh… wish u good luck!! ~
PnS kamera sgt sesuai kalau mahu belajar composition.
selepas dah arif tentang composition, baru terapkan dalam slr.
jom outing
Uhuhuhu, hummm…. Masih lagi rule biasa… Cuba test composition untuk rule of third….
Ada la sorang tu…
Bukanlah cik kak. Bird angle? Ape tu eh?
Aku masih mencari kaedah yang betul untuk composition nih. Masih lagi mencari cara yang betul dalam bergambar.
Aah. Kadang kala aku menggunakan rule of third itu.
Harap2 itu bukan aku..
Ha ha ha..
aku pun selalu tido masjid cam model ko tu
Hak3. Aku ada je gambar dari depan if kau nak tengok. :p
Waa dah ade gak dSLR tu.. ramai btol dah pakai dSLR skrg ni ek. Aku still suke phone camera aku. Haha
PRO :d
ada tgk kat blog sape ntah..komposisi yang sama ngan bro punye..haha.. pakcik ni mesti suka tido kat situ.. glamer plak die..
sy boleh simpulkan, bro mesti suka ambik kandid ni..hehe.
Aah. Dah ramai dah yang gunakan DSLR. Dah jadi macam trend pulak aku rasa.
Masih amatur lagi nih… Hu3.
Selalu ceduk idea je. Tu yang sama tu.
Permulaan yang baik!
Sudut kreatif satu cabang penting. Bila dapat kuasai framing dan angle, jadi menariklah sesuatu subjek.
perspektif?kompo?masih lagi berusaha…d90…hebat…