
Camera: Nikon D90
Exposure: 0.05 sec (1/20)
Aperture: f/4.8
Focal Length: 42 mm
Seorang rakan aku pernah berkata,
“Kamera tak penting. Yang penting cara kita menggunakan kamera tu.”
Memang benar apa yang dia katakan itu. Walau secanggih mana pun kamera yang kita ada, walau sehebat mana pun aksesori kamera yang kita beli, tidak semestinya gambar yang kita tangkap itu adalah menarik.
Dalam mengambil gambar, kita perlu mencari perspektif yang menarik. Cuba cari sudut-sudut yang di luar dari kebiasaan kita melihat gambar. Kalau selalunya kita ’shoot’ gambar secara tepat pada titik tengah, cuba kali ini kita larikan subjek ke bahagian kiri atau kanan gambar. Ianya akan menjadi pelik tetapi hasilnya adalah menarik.
Kita juga mesti ada kreativiti yang unik dan juga tersendiri. Macam aku, aku suka tangkap gambar yang ‘natural’ dan bersahaja. Bermaksud, gambar yang aku ambil itu bukanlah gambar lakonan atau dibuat-buat. Dengan ini, gambar yang diambil itu kelihatan hidup dan tidak kaku.
Nak baca sambungan dia…
Sebelum ini, aku sangat-sangat janggal dengan istilah DSLR. Kalau rakan-rakan menceritakan perihal kehebatan kamera DSLR, aku diibaratkan seperti budak kecil yang diceritakan mengenai isu-isu politik di Malaysia. Langsung tidak tahu apa-apa.
Tetapi, sejak aku mempunyai kamera digital pertama aku, Sony DSC-H50 yang aku beli di Korea pada bulan Oktober yang lalu, baru aku tahu betapa hebatnya DSLR. Di Sony DSC-H50, memang aku boleh ubah ’settings’ yang sedia ada bagi mendapatkan gambar yang menarik tetapi sampai satu tahap, kreativiti aku tersekat. Ini membuatkan diri aku teruja untuk memiliki kamera DSLR.
.jpg)
Nikon D90 – Kamera DSLR pertamaku…
Setelah menanyakan pendapat dan pandangan dari rakan-rakan yang memang arif dalam dunia DSLR, aku mengambil keputusan untuk membeli Nikon D90 sebagai kamera DSLR pertama aku.
Dengan berbekalkan duit simpanan sebanyak RM4500, aku telah membeli Nikon D90 Kit yang datang bersama-sama dengan lens 18-105mm. Dengan duit sebanyak itu, aku telah memiliki:
- Nikon D90
- Lens AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR
- Nikon 4GB memory card
- Nikon extra battery
- Cleaning kit
- Filter
- Screen protector
- Winer Backpack
Bagi aku, aku sangat-sangat berpuas hati dengan wang yang aku laburkan untuk membeli kamera Nikon D90 ini. Kehebatannya sangat mengagumkan sehinggakan rakan aku turut teruja untuk memilikinya.
Nak baca sambungan dia…
Sejak bermula peristiwa kekejaman Israel pada penduduk Gaza, ramai masyarakat dunia mengambil langkah memboikot barangan-barangan yang dikeluarkan oleh negara Yahudi dan sekutunya itu. Kita sendiri sedia maklum kekejaman yang dilakukan oleh Israel pada saudara-saudara seagama kita. Setiap hari, ada sahaja berita-berita kematian terbaru yang dilaporkan oleh media cetak dan media massa.
Kenapa kita perlu boikot?
Mungkin ada di antara kita yang bertanya, “Kenapa kita tidak perang je mereka? Kenapa kena boikot-boikot pulak?”. Kalau kita boleh angkat senjata, sudah tentu ramai yang akan pergi menolong perang bersama-sama menentang Israel itu. Tetapi disebabkan kita tidak mampu untuk mengangkat senjata dan tidak mempunyai teknologi yang serba moden, maka apa yang kita boleh buat hanyalah dengan memboikot disamping menyuarakan pendapat ketidakpuashatian kita kepada dunia.
Dengan memboikot, ekonomi mereka akan jatuh. Ini disebabkan Israel tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup bagi meneruskan misi mereka dalam memusnahkan negara dan nyawa rakyat yang tidak bersalah.
Nak baca sambungan dia…