
Bagi kepada peminat-peminat cerita Star Wars, aku rasa korang mesti berminat untuk menonton TV series, Star Wars: The Clone Wars.
The Clone Wars merupakan siri animasi yang diadaptasikan dari filem Star Wars di mana Anakin Skywalker telah pun menjadi Jedi Master dan mempunyai seorang Padawan yang bernama Ahsoka Tano. Di dalam siri yang mempunyai 22 episod ini, cerita The Clone Wars bermula dengan Master Yoda dan tentera klonnya sedang berhadapan dengan tentangan daripada Asajj Ventress bersama-sama dengan tentera droid bagi memenangi perjanjian untuk mendapatkan kerjasama dari puak di planet Toydaria.
Nak baca sambungan dia…
Pada entri yang lepas, aku ada menceritakan mengenai makanan yang terdapat di Korea. Untuk entri kali ini pula, aku ingin berkongsi dengan korang semua mengenai budaya hidup masyarakat di Korea.
Sopan Santun
Memang terdapat perbezaan yang ketara yang aku dapat lihat di antara Malaysia dan juga Korea. Perbezaan yang ketara yang aku dapat lihat adalah sikap masyarakat Korea di sini lebih bersopan santun berbanding di Malaysia. Masyarakatnya ramah walaupun korang adalah orang luar. Mereka tetap layan dengan baik dan berbudi bahasa.
Tunduk Hormat
Selain daripada itu, sekiranya berjumpa antara satu sama lain, mereka akan menundukkan kepala tanda hormat antara satu sama lain. Ianya berbeza di Malaysia di mana kita lebih kepada bersalam-salaman sebagai mengeratkan persahabatan. Sekiranya korang masuk ke kedai atau restoran, mereka akan sambut dengan ucapan selamat datang atau salam sejahtera. Sanggat jarang perkara macam ini berlaku di Malaysia. Di Malaysia, kita datang tidak bersambut, pergi tidak dihiraukan.
Nak baca sambungan dia…
Google Pagerank (PR) merupakan satu penunjuk yang menentukan populariti sesebuah website atau blog di Google search engine. Sesebuah website itu dikatakan popular apabila PR website tersebut menunjukkan PR10. PR10 merupakan nilai PR yang paling teratas dan PR0 merupakan PR yang paling rendah.
Google menentukan PR sesebuah website dengan menggunakan pelbagai algorithm yang kita tidak ketahui. Hanya mereka-mereka yang bekerja dengan Google sahaja yang tahu apa formula yang digunakan oleh Google untuk menentukan PR sesebuah website. Tetapi persoalannya sekarang, adakah PR penting untuk sesebuah website?
Dulu ketika aku mula-mula blogging, aku sangat mementingkan PR kerana dengan PR yang tinggi kita dapat menjana duit dengan banyak. Selain daripada itu, kita juga dapat mendapat ranking teratas dalam Google.
Nak baca sambungan dia…
November 10th, 2008myLife8 Comments
Sudah sebulan aku berada di Korea atas urusan kerja dan langsung tidak berkesempatan untuk berkongsikan makanan-makanan yang terdapat di Korea. Tetapi, makanan yang aku tunjukkan di sini adalah makanan yang boleh dimakan. Tak mungkin aku akan makan b*bi even pernah la jugak ter-dibawa masuk dan makan di restoran yang jual b*bi itu. Tapi…aku tak bersalah…
Jadi, di antara makanan yang aku makan di Korea ini adalah…

Kimchi - Kimchi ni merupakan makanan kegemaran orang Korea. Di setiap restoran yang aku pergi, dorang akan serve Kimchi ni. Kimchi diperbuat daripada sayur kobis, atau apa-apa sayur yang dijeruk dan boleh tahan selama 4 bulan lamanya.

Bubur Seafood - Kalau terasa rindu nak makan bubur nasi dekat Malaysia, korang boleh makan bubur seafood ni. Harga dia dalam 8000won (RM20) sahaja. Kenyang gak la makan bubur ni sebab mangkuk dia besar dan banyak sotong, udang, kepah di dalamnya.

Nasi Ayam Tandori - Dekat Korea, jangan harap kau boleh makan ayam dengan sesenang hatinya sebab dorang tidak sembelih pun ayam atau daging tu. Kalau korang nak makan ayam atau daging, korang boleh pergi ke Itaewon, Seoul. Dekat sana memang ada masyarakat Islam di situ yang jual makanan yang halal. Tapi aku cadangkan jangan pergi pada waktu malam kerana korang mesti akan berasa gerun dan cuak.
Nak baca sambungan dia…
Dulu, semasa aku mula-mula berkenalan dengan blog, forum Weblogs Center (domain telah expired) yang dikendalikan oleh saudara Syaiful merupakan tempat di mana aku berkenalan dengan ramai blogger di Malaysia. Di situlah tempat kami berbincang, bertanyakan pendapat, dan meminta pertolongan dalam menyelesaikan masalah blog kami.
Tetapi, setelah domain itu expired dan saudara Syaiful hilang entah ke mana, forum Weblogs Center telah pupus dan tidak lagi menjadi tempat perbincangan bagi blogger-blogger di Malaysia. Disebabkan rasa kekurangan dalam dunia blog, aku dan beberapa blogger tanah air yang juga dulunya merupakan ahli Weblogs Center kini membangunkan semula forum tersebut dengan nama baru, Weblogs Centre (WBC).
Nak baca sambungan dia…