Semua orang sibuk menceritakan azam tahun baru mereka. Di kala anak-anak muda seusia aku melepak dan keluar bersama-sama dengan rakan-rakan, aku pula melepak dan berehat di rumah dengan tenang. Aku tidak suka meletihkan diri di waktu rehat sebegini. Lebih baik aku berehat dengan secukupnya apabila ada peluang.
Pelbagai perkara yang telah berlaku sepanjang kita berada di tahun 2008. Ada yang menarik dan ada yang tidak. Pengalaman suka dan duka yang kita tidak dapat lupakan sampai bila-bila. Walaupun kita bersungguh-sungguh ingin mencampak ia jauh ke pelusuk dunia. Memang tidak akan dapat hilang pengalaman yang kita lalui sepanjang kehidupan kita.
Di dalam tahun 2009 yang akan tiba ini, ada beberapa perancangan yang telah aku sediakan. Ada perkara yang akan mengalami perubahan dan ada juga yang akan dikekalkan. Blog-blog aku yang tidak terurus, akan aku berikan masa kepadanya. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, tetapi penulisan tetap diteruskan.
Akhir kata dari aku, selamat menyambut tahun baru 2009.


ak sebenarnya x suka nk gi tempat2 yang crowded ni..tgk2 konsert ni..bukan taste ak…huhuu..
baik ak duk rumah, tengok apa2 program yang patut..rileks..enjoy cuti secukupnya..bukan selalu dapat cuti..
Salam….
TQ pasal mai kat Dangau…
Uhuhu, kadang2 perubahan itu yang mendewasakan kita………
Salam….
TQ pasal mai kat Dangau…
Uhuhu, kadang2 perubahan itu yang mendewasakan kita………
=|
tidak usah lah menyambut tahun baru dengan berparti di luar…
cukup lah hanya sekadar merenung seketika dan bermuhasabah diri…
tak gitu bro?
cam ustaz lak aku*
he3…skarang ni pakai hosting ape ek?
salam tahun baru 8-|