Negara Kita Dah Jadi Negara Mereka

Kalau kau perasan, setiap kali cuti umum mahupun hujung minggu, kau akan rasakan yang diri kau sedang berada di negara mereka sekiranya kau pergi ke Kota Raya yang berdekatan dengan Pudu Raya itu. Aku sangat terkejut dengan suasana tersebut kerana begitu ramai sekali orang-orang mereka berkumpul di sana sehinggakan langsung tidak kelihatan orang-orang kita.

Aku tidak tahu bagaimana boleh berlaku lambakkan warga asing di negara kita ini. Sehinggakan ada sesetengah rakyat kita berasa takut di negara sendiri. Walaupun Malaysia merupakan negara kita, tetapi apabila mereka beramai-ramai berkumpul di sana, kita seakan takut dengan mereka.

Pada siapa yang harus kita tuding jari? Adakah kepada kerajaan? Adakah kepada majikan? Atau kepada masyarakat kita sendiri?

Di bawah ini merupakan petikan yang aku ambil daripada seorang blogger warga asing yang kini menetap dan bekerja di Malaysia:

“Kalau sekiranya rakyat Malaysia terlalu mempermasalahkan banyaknya pekerja asing, tanyakan sendiri kepada kerajaan anda. Apakah seluruh pekerja asing di Malaysia ini perlu dikembalikan ke negaranya masing-masing? Apa mau rakyat Malaysia kerja kasar sekiranya seluruh pekerja asing dipulangkan? Pekerja asing itu hanyalah manusia biasa yang memerlukan kehidupan yang baik dan layak serta hiburan, yang tidak mereka dapatkan di kampung halamannya. Kalaupun ada yang berbuat jenayah/ kriminal itu tidak mencerminkan sifat keseluruhan pekerja asing, hanya sebahagian kecil (inilah yang disebut sebagai nila setitik yang merusakkan susu sebelanga).” – CyberLawyer

Itu pendapat daripada beliau. Mungkin ada benarnya.

Tetapi, aari apa yang aku lihat pula adalah, memang ya, kerajaan banyak membenarkan warga-warga asing ini masuk ke negara kita. Ini disebabkan kehendak majikan yang menginginkan pekerja bagi melaksanakan projek-projek di negara ini. Majikan pula terpaksa ambil mereka sebagai pekerja, kontraktor contohnya, disebabkan masyarakat kita tidak mahu kerja-kerja seperti itu. Masyarakat kita terlalu memilih dan inginkan gaji yang tinggi dan mereka merasakan kerja-kerja seperti itu hanya sesuai untuk warga-warga asing ini.

Dan itu sebablah berlaku masalah seperti ini. Itu sebablah kita berasa takut walaupun kita berada di negara kita sendiri. Dan itu sebablah kita merasakan diri kita ini seperti berada di negara mereka.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

8 Responses to “Negara Kita Dah Jadi Negara Mereka”

  1. Betul, tak perlu berbangga-bangga dengan KLCC kalau bukan rakyat kita sendiri yang menyusun batu-bata’nya.

    December 24th, 2008 | 11:46 pm | Reply
  2. Hu3. Betul apa yang kau katakan itu.

    December 25th, 2008 | 9:29 pm | Reply
  3. sindrom “memandang rendah” terhadap pekerjaan tersebut masih lagi tak dapat diubati…

    December 30th, 2008 | 12:17 am | Reply
  4. sikap memandang tinggi pada diri sendiri pada masa yang sama memandang hina pada org lain adalah punca trauma dalam diri rakyat kita. takut pada bayang-bayang sendiri. :-|

    -err… tukar link ye…

    December 30th, 2008 | 7:31 pm | Reply
  5. stended melayu la. nk kaye dgn goyang kaki. hehe

    December 31st, 2008 | 3:00 am | Reply
  6. kerajaan perlu mengawal lambakan warga asing di sini.. mereka menjadi semakin berani jika warga mereka bertambah..

    January 1st, 2009 | 12:35 am | Reply
  7. apa2 pun..kita kena cermin diri kita gak, ada ke rakyat Malaysia sanggup buat apa yang dorang buat? kadang2 kita ni terlalu ego dengan diri sendiri sampai lupa tanggungjawab sendiri. bila sesuatu dah dikebas orang, kita mula melatah..hmm..sekadar pandangan peribadi..=|

    January 1st, 2009 | 8:40 am | Reply
  8. nazraku

    betul2 klcc tu da mcm tpt org asing plak…aku pown tak nak g…kalau PM bawak 1Malaysia..skung malaysia dah jd 1dunia.. :XO:

    October 24th, 2009 | 9:59 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: