Masih Cuba Mencari Keseimbangan
Aku masih lagi mencuba untuk mengembalikan semula keseimbangan kehidupan di Malaysia. Setelah dua bulan berada di Korea atas urusan kerja, menyebabkan aku memerlukan lebih masa untuk mengatur semula masa-masa kehidupan aku.
Di Korea, pada siangnya aku sibuk dengan urusan latihan kerja dan pada malamnya pula penuh dengan aktiviti dan ‘makan angin’ di sana-sini. Tetapi di Malaysia, kehidupan aku berubah. Siang harinya, bekerja. Malamnya pula, berehat tanpa buat apa-apa.
Pelbagai perancangan yang telah aku rancang, tergendala akibat banyak perkara yang berlaku secara drastik. Pulang ke kampung, kereta kemik, kemas bilik yang bersepah, dan bermacam-macam lagi.
Blog-blog aku banyak yang tidak terusik sehinggakan ada yang menegur aku sampai bila nak biarkan ia berhabuk? Aku hanya dapat senyum dan mengatakan, “Tunggulah…”.
Jadi, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat pulang ke tanah air pada diri aku sendiri… (owh…sedihnya…)
Baca Yang Ni Pulak
- Kreativiti Dalam Mencari Perspektif - Camera: Nikon D90 Exposure: 0.05 sec (1/20) Aperture: f/4.8...
- Menjenguk Makanan Korea - Sudah sebulan aku berada di Korea atas urusan kerja dan...
- Aku dah pulang… - Disebabkan kat bilik aku kat UTM tu dah takde internet,...
- Budaya Hidup Masyarakat Korea - Pada entri yang lepas, aku ada menceritakan mengenai makanan yang...
- Negara Kita Dah Jadi Negara Mereka - Kalau kau perasan, setiap kali cuti umum mahupun hujung minggu,...













Selamat Pulang ke Malaysia
Selamat.. .selamat..
haha..selamat pulang ke tanah air..
aaiii…angin apa pulak yg bawak balik dari korea tu..sampai tak stabil…hehe..apa2 pon..tahniah dan selamat kembali..
tinggal la kenangan jiwa kelajuan internet kat sana…sabar la..
SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR MALAYSIA>…..
selamat pulang…angin awek korea ikut sekali kot!sampai kemik kereta…jangan diharus…
selamat pulang :d
wah.. ini mesti banyak pengalaman nih.
mesti banyak gambar neh, 2 bulan tuh..hehe..x nak kongsi ke?:-|