Perubahan dan Hala Tuju 2009

Semua orang sibuk menceritakan azam tahun baru mereka. Di kala anak-anak muda seusia aku melepak dan keluar bersama-sama dengan rakan-rakan, aku pula melepak dan berehat di rumah dengan tenang. Aku tidak suka meletihkan diri di waktu rehat sebegini. Lebih baik aku berehat dengan secukupnya apabila ada peluang.

Pelbagai perkara yang telah berlaku sepanjang kita berada di tahun 2008. Ada yang menarik dan ada yang tidak. Pengalaman suka dan duka yang kita tidak dapat lupakan sampai bila-bila. Walaupun kita bersungguh-sungguh ingin mencampak ia jauh ke pelusuk dunia. Memang tidak akan dapat hilang pengalaman yang kita lalui sepanjang kehidupan kita.

Di dalam tahun 2009 yang akan tiba ini, ada beberapa perancangan yang telah aku sediakan. Ada perkara yang akan mengalami perubahan dan ada juga yang akan dikekalkan. Blog-blog aku yang tidak terurus, akan aku berikan masa kepadanya. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, tetapi penulisan tetap diteruskan.

Akhir kata dari aku, selamat menyambut tahun baru 2009.

Negara Kita Dah Jadi Negara Mereka

Kalau kau perasan, setiap kali cuti umum mahupun hujung minggu, kau akan rasakan yang diri kau sedang berada di negara mereka sekiranya kau pergi ke Kota Raya yang berdekatan dengan Pudu Raya itu. Aku sangat terkejut dengan suasana tersebut kerana begitu ramai sekali orang-orang mereka berkumpul di sana sehinggakan langsung tidak kelihatan orang-orang kita.

Aku tidak tahu bagaimana boleh berlaku lambakkan warga asing di negara kita ini. Sehinggakan ada sesetengah rakyat kita berasa takut di negara sendiri. Walaupun Malaysia merupakan negara kita, tetapi apabila mereka beramai-ramai berkumpul di sana, kita seakan takut dengan mereka.

Pada siapa yang harus kita tuding jari? Adakah kepada kerajaan? Adakah kepada majikan? Atau kepada masyarakat kita sendiri?

Di bawah ini merupakan petikan yang aku ambil daripada seorang blogger warga asing yang kini menetap dan bekerja di Malaysia:

Nak baca sambungan dia…

Masih Cuba Mencari Keseimbangan

Aku masih lagi mencuba untuk mengembalikan semula keseimbangan kehidupan di Malaysia. Setelah dua bulan berada di Korea atas urusan kerja, menyebabkan aku memerlukan lebih masa untuk mengatur semula masa-masa kehidupan aku.

Di Korea, pada siangnya aku sibuk dengan urusan latihan kerja dan pada malamnya pula penuh dengan aktiviti dan ‘makan angin’ di sana-sini. Tetapi di Malaysia, kehidupan aku berubah. Siang harinya, bekerja. Malamnya pula, berehat tanpa buat apa-apa.

Pelbagai perancangan yang telah aku rancang, tergendala akibat banyak perkara yang berlaku secara drastik. Pulang ke kampung, kereta kemik, kemas bilik yang bersepah, dan bermacam-macam lagi.

Blog-blog aku banyak yang tidak terusik sehinggakan ada yang menegur aku sampai bila nak biarkan ia berhabuk? Aku hanya dapat senyum dan mengatakan, “Tunggulah…”.

Jadi, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat pulang ke tanah air pada diri aku sendiri… (owh…sedihnya…)

Beli Domain Lagi

Dulu, aku pernah menceritakan mengenai diri aku yang gila pada domain. Sudah sekian lama tabiat untuk beli domain itu terhenti, akhirnya perasaan untuk membeli domain itu kembali wujud dalam diri aku.

Baru-baru ini, aku telah membeli sebuah lagi domain daripada Name Cheap. Dengan menggunakan kupon yang hanya sah pada bulan November yang lalu, aku telah membeli domain yang aku agak sangat menarik bunyinya. Namun, kekasih aku mengatakan sebutan domain tersebut seperti percakapan orang Indonesia lagaknya. Aku tidak peduli!

Untuk setakat ini, hanya kekasih aku seorang sahaja yang tahu mengenai domain ini dan apa yang aku ingin lakukan dengannya. Sekarang ini pun, aku dalam proses untuk membangunkan sebuah blog yang akan menambahkan satu lagi koleksi peribadi aku.

Nak baca sambungan dia…