Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali
Dulu, semasa aku mula-mula berkenalan dengan blog, forum Weblogs Center (domain telah expired) yang dikendalikan oleh saudara Syaiful merupakan tempat di mana aku berkenalan dengan ramai blogger di Malaysia. Di situlah tempat kami berbincang, bertanyakan pendapat, dan meminta pertolongan dalam menyelesaikan masalah blog kami.
Tetapi, setelah domain itu expired dan saudara Syaiful hilang entah ke mana, forum Weblogs Center telah pupus dan tidak lagi menjadi tempat perbincangan bagi blogger-blogger di Malaysia. Disebabkan rasa kekurangan dalam dunia blog, aku dan beberapa blogger tanah air yang juga dulunya merupakan ahli Weblogs Center kini membangunkan semula forum tersebut dengan nama baru, Weblogs Centre (WBC).
