Sibuk Bersama Digital Camera

Dah lama aku tak update blog aku ni. Blog dekat CypherHackz.Net pun sudah lama aku biarkan. Sejak berada di bumi orang, aku tidak berkesempatan untuk mengupdate blog-blog aku. Banyak yang terbiar. Semuanya berpunca apabila internet di tempat yang aku tinggal ni berkelajuan yang sangat tinggi. 1.8MBps apabila menggunakan Internet Download Manager untuk mendownload movie. Movie yang bersaiz 700MB siap dalam masa 2 - 3 minit sahaja. Amat pantas!

Sony DSC-H50
Sungguh batal apabila beg yang orang tu berikan adalah beg Nikon.

Ada dikalangan para blogger sudah tahu pasal perkara ini. Aku baru sahaja membeli sebuah digital camera yang bukan DSLR mahupun SLR. Ianya hanyalah sebuah digital kamera yang biasa tetapi mendapat rating yang paling teratas dalam kategori megazoom model. Digital camera yang aku maksudkan adalah, Sony DSC-H50.

Kalau mengikut harga pasaran di Malaysia, harga digital camera ini adalah RM1599. Tetapi di Korea, harga kamera ini adalah 380,000won atau RM950 sahaja. Sangat murah kalau korang ingin beli barang-barang digital di sini. Perbezaan yang amat ketara kalau beli di Malaysia. Aku ada juga usha DSLR, tetapi kalau ikut nafsu aku, sudah mestinya nak pilih DSLR yang paling canggih dan terkini. Tetapi mengikut budget yang ada, aku tidak membeli DSLR.

Ochang Korea
Pemandangan salah sebuah bangunan di bandar Ochang, Korea.

Disebabkan aku sudah mempunyai digital camera, maka bermulalah episod baru dalam diri aku. Gila menangkap bergambar. Ke mana sahaja aku pergi, akan aku bawa DSC-H50 bersama-sama dengan aku. Setiap hari, ada sahaja pemandangan dan keadaan yang menyebabkan aku ingin tekan punat yang ada di DSC-H50 aku. Dan setiap gambar-gambar yang ditangkap akan aku analyze before disimpan di dalam hard disk.

Dan gambar-gambar yang menarik pula, akan aku upload di Flickr. Disebabkan aku banyak mengupload gambar, jadi, terpaksa aku membeli akaun Flickr Pro bagi memudahkan aku menguruskan album gambar online aku tu. Bila ada akaun pro ni, boleh la aku create collections, sets dan juga upload gambar sebanyak-banyak mungkin. Korang boleh lihat gambar-gambar yang aku telah upload di sini, CypherDigicam. Kalau korang ada akaun Flickr, add la aku sebagai contact korang. Boleh aku menambah bilangan rakan di Flickr nanti.

Macro Flower
Percubaan untuk menangkap gambar macro dengan Sony DSC-H50.

Bagi kepada kawan-kawan blogger seperti Lan Rasso, Fahmishah, Aisyah dan lain-lain yang ada kamera yang gempak-gempak tu, aku nak mintak la tunjuk ajar daripada korang semua. Walaupun kamera aku tak la secanggih korang, tetapi aku rasa happy dengan kamera ni. Rasa macam pro walaupun bukan DSLR. Tetapi jangan main-main… Mengikut kata pendapat seorang user di forum ini, Sony DSC-H50 lagi hebat daripada DSLR yang digunakan oleh sesetengah orang. Maybe DSLR yang digunakan adalah DSLR yang lama. Itu pasal DSC-H50 boleh jatuhkan DSLR dengan mudah.

Namun begitu, apabila kau mempunyai digital camera, ia merupakan satu kepuasan apabila kau dapat mendapat tangkap gambar yang menarik dan juga kena dengan gaya kau. Tetapi…amatlah rugi apabila tidak banyak gambar kau yang ditangkap dengan menggunakan digital camera kau itu. Lagi-lagi bila gambar yang diambil tidak seperti yang kau mahukan. Cis!

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

28 Responses to “Sibuk Bersama Digital Camera”

  1. happy fhotography

    tang mana yg dia boleh kalahkan dslr?

    October 26th, 2008 | 9:07 am | Quote
  2. Entah. Dia kata orang yang guna DSLR nak kene set itu ini, tapi DSC-H50 terus dapat tangkap gambar. Nak set pun sikit2 je.

    October 26th, 2008 | 10:52 am | Quote
  3. Tahniah bro… rupa nya lu kat Korea… wa ingat kat Mesia…
    perghhh…. :d

    Ko lame lagi tak sana? Leh gak ako kirim lens ker??? hahaha

    Teruskan perjuangan bro…. Shoot banyak2…. nnt tak menyesal….

    October 26th, 2008 | 11:19 am | Quote
  4. emptyspace

    ko lame ke kat korea? boleh tolong tengokkan harga utk model nikon dslr terpaling murah? kalu harga mentarik, aku nak minta tolong ko belikan sekali.. :x

    October 26th, 2008 | 11:39 am | Quote
  5. wahh…bestnya…nak order satu.huhuhu:d

    October 26th, 2008 | 8:55 pm | Quote
  6. aku ingatkan kau berada di seri kembangan nun. rupanya di korea nun. best best… dapat jumpa awek2 korea yang pastinya cun cun

    October 26th, 2008 | 10:43 pm | Quote
  7. rasso on October 26, 2008 at 11:19 am said:

    Tahniah bro… rupa nya lu kat Korea… wa ingat kat Mesia…
    perghhh…. :d

    Ko lame lagi tak sana? Leh gak ako kirim lens ker??? hahaha

    Teruskan perjuangan bro…. Shoot banyak2…. nnt tak menyesal….

    Lama memang lama. Nak kirim lens ke? Wah…takkan kirim je… :d

    emptyspace on October 26, 2008 at 11:39 am said:

    ko lame ke kat korea? boleh tolong tengokkan harga utk model nikon dslr terpaling murah? kalu harga mentarik, aku nak minta tolong ko belikan sekali.. :x

    DSLR ada banyak jenis bro. Kau nak model yang macam mana?

    lut on October 26, 2008 at 8:55 pm said:

    wahh…bestnya…nak order satu.huhuhu:d

    Cis! Nak order satu kunun…

    aeropama dot com on October 26, 2008 at 10:43 pm said:

    aku ingatkan kau berada di seri kembangan nun. rupanya di korea nun. best best… dapat jumpa awek2 korea yang pastinya cun cun

    Tak cun dowh. Serius tak cun. Jepun lagi ok.

    October 27th, 2008 | 7:08 am | Quote
  8. gempak.. :o

    October 27th, 2008 | 5:04 pm | Quote
  9. recce harga body nikon D90 kat sana… kalau releven… wa nak… ekeke… lens nanti lah…

    October 27th, 2008 | 5:55 pm | Quote
  10. rasso nak beli d90?ahhaa,,,tak takut ker pasal warranty?mesia tak terima beb international warranty..owh lagi satu nikon mesia suck…aku tahu la sebab aku pengguna nikon

    October 27th, 2008 | 9:16 pm | Quote
  11. Anyoung…wah bestnya ader kamera baru….amikla semua bende korea…bunga die udara die awan die pokok, dan semua yang ade kat korea…tapi yang paling penting amik gambar awek korea sebanyak-banyaknye..

    October 28th, 2008 | 8:23 am | Quote
  12. aku masih menanti budget utk dapatkan DSLR kamera huhu. tu hari pun aku dapat hadiah, jenama sony juga model DSC-H1. masih lagi dok seronok tangkap gambar makro.

    tak tahu la pulak bagaimana ia berfungsi sepenuhnya. aku rasa kurang info untuk teknik menggunakan kamera sebegini. kamera pun mempunyai kebolehannya yang tersendiri jika kita tahu mengadaptasikan penggunaannay.

    ps : kirim awek cun korea sorang bleh? :-|

    October 28th, 2008 | 10:49 am | Quote
  13. waa.. bestnya..

    ada DSLR..

    nak gak~ nak gak~

    eh.. off topic jap

    thanks sebab bagitau pasal link tu..

    :)

    October 30th, 2008 | 9:15 pm | Quote
  14. alone on October 27, 2008 at 5:04 pm said:

    gempak.. :o

    Biasa2 je ni bro. Hu3.

    rasso on October 27, 2008 at 5:55 pm said:

    recce harga body nikon D90 kat sana… kalau releven… wa nak… ekeke… lens nanti lah…

    Wah…duit?

    xmindfreakx on October 27, 2008 at 9:16 pm said:

    rasso nak beli d90?ahhaa,,,tak takut ker pasal warranty?mesia tak terima beb international warranty..owh lagi satu nikon mesia suck…aku tahu la sebab aku pengguna nikon

    Suck macam mana pulak? Aku tak tahu pulak pasal Nikon nih.

    elvinado on October 28, 2008 at 8:23 am said:

    Anyoung…wah bestnya ader kamera baru….amikla semua bende korea…bunga die udara die awan die pokok, dan semua yang ade kat korea…tapi yang paling penting amik gambar awek korea sebanyak-banyaknye..

    Awek2 korea dekat sini biasa je. Kat Malaysia lagi cantik.

    megat on October 28, 2008 at 10:49 am said:

    aku masih menanti budget utk dapatkan DSLR kamera huhu. tu hari pun aku dapat hadiah, jenama sony juga model DSC-H1. masih lagi dok seronok tangkap gambar makro.

    tak tahu la pulak bagaimana ia berfungsi sepenuhnya. aku rasa kurang info untuk teknik menggunakan kamera sebegini. kamera pun mempunyai kebolehannya yang tersendiri jika kita tahu mengadaptasikan penggunaannay.

    ps : kirim awek cun korea sorang bleh? :-|

    Tu yang kena belajar tangkap gambar dengan kamera2 yang biasa macam ni dulu. Hu3.

    ikoko on October 30, 2008 at 9:15 pm said:

    waa.. bestnya..

    ada DSLR..

    nak gak~ nak gak~

    eh.. off topic jap

    thanks sebab bagitau pasal link tu..

    :)

    Bukan DSLR la cik kak. Ish!

    October 30th, 2008 | 9:57 pm | Quote
  15. emptyspace

    nikon d60.. kalu kat sini RM2500++.. kat sane brape?

    October 30th, 2008 | 10:06 pm | Quote
  16. :)) sorry la.. orang tak tengok tul2 tadi..
    ingatkan DSLR..

    tu pun dah ok apa..

    NIKON best.

    ni aku punya NIKON … E3700 .. aku masih berfikir-fikir untuk menjualnya. Sebab ambik gambar still sweet.. walau hanya 3.2megapixel..

    sux… mungkin dari segi “gegar” … kalau tak kena gaya, memang senang je “Gegar” gambar kita. :)

    October 31st, 2008 | 1:41 pm | Quote
  17. eh.. cypher.. ko takmoh buat pixelpost page ke?

    huhu.. start la buat gallery..

    aku tak sabar ni nak tengok gambar yg ko shot guna camera ni..

    eh.. jap jap.. ni bukan camera NIKON ek.. ni SONY ek..

    wakakakak.. aku tersilap lagi..
    sorry sorry.,.

    October 31st, 2008 | 1:44 pm | Quote
  18. Congrats dah ada camera baru…
    Beza DSLR ngan camera biasa ialah manual mode… dulu waktu I belajar photocom, memang susah nak ambik guna manual, tapi hasilnya, sangat memuaskan.. leh buat panning, slow shutter, fast shutter… then kalau ambik guna manual, flash memang lansung tak digunakan, sebab tu gambar akan lebih cantik.. sebab cahaya semuanya digunakan dari persekitaran…

    DSLR jugak leh add on lens & flash.. so, kerja ambik gambar lagi mudah… kalau dah beli DSLR, pastu nak tanya apa2 jgn segan tanya k..

    Happy snapping!!!

    October 31st, 2008 | 2:57 pm | Quote
  19. Lisa tak tau pun cypher di Korea.. hehe

    Tahniah dah ada camera baru. boleh la ambil gambar banyak2 lepas ni. :d

    October 31st, 2008 | 3:42 pm | Quote
  20. Wahh tahniah²! kerana sudah memiliki kamera yang agak hebat! Orang kater…kamera tak semestinya hebat. Skill ngan composition tu kena meletop. :D

    Maner awek² Korea????!

    October 31st, 2008 | 4:57 pm | Quote
  21. pasni masuk alam kamera la plak.. pastu bukak plak blog pasal kamera..huh…:x

    November 2nd, 2008 | 6:14 am | Quote
  22. Awek2 Korea kat sini biasa2 je mat-mat sekalian. Aku banyak tangkap gambar je dekat sini. Korang boleh tengok dekat friendster aku kalau nak tengok gambar day by day. Kalau nak tengok banyak gambar lagi, tengok dekat Flickr aku tu. :D

    November 4th, 2008 | 11:11 pm | Quote
  23. Teringin jugak dan pernah jugak usha dslr, tapi kalau aku beli, kebiasaannya, aku akan gila dalam dua bulan, pastu aku akan boring dengan gadget gadget tu.

    November 8th, 2008 | 4:55 pm | Quote
  24. wei poji, awat hg xbeli Nikon D90??
    yg tu lagi mantap siut….
    ditambah lagi dengan wide lens RM6K ++

    November 10th, 2008 | 12:39 pm | Quote
  25. Tak larat la brader nak beli Nikon D90. Hu3. Habis duit aku nanti…

    November 10th, 2008 | 11:24 pm | Quote
  26. Wei,bro….
    belikan untuk aku satu..
    aku pun nak..
    bleh???

    November 13th, 2008 | 5:07 pm | Quote
  27. Sorry la kawan. Tak dapat nak tolong eh.

    November 13th, 2008 | 6:52 pm | Quote
  28. CypherHackz on November 13, 2008 at 6:52 pm said:

    Sorry la kawan. Tak dapat nak tolong eh.

    ala..apesal plak?
    aku pun nak gakk..:((

    November 17th, 2008 | 11:13 pm | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »