Sibuk Bersama Digital Camera
Dah lama aku tak update blog aku ni. Blog dekat CypherHackz.Net pun sudah lama aku biarkan. Sejak berada di bumi orang, aku tidak berkesempatan untuk mengupdate blog-blog aku. Banyak yang terbiar. Semuanya berpunca apabila internet di tempat yang aku tinggal ni berkelajuan yang sangat tinggi. 1.8MBps apabila menggunakan Internet Download Manager untuk mendownload movie. Movie yang bersaiz 700MB siap dalam masa 2 – 3 minit sahaja. Amat pantas!

Sungguh batal apabila beg yang orang tu berikan adalah beg Nikon.
Ada dikalangan para blogger sudah tahu pasal perkara ini. Aku baru sahaja membeli sebuah digital camera yang bukan DSLR mahupun SLR. Ianya hanyalah sebuah digital kamera yang biasa tetapi mendapat rating yang paling teratas dalam kategori megazoom model. Digital camera yang aku maksudkan adalah, Sony DSC-H50.
Kalau mengikut harga pasaran di Malaysia, harga digital camera ini adalah RM1599. Tetapi di Korea, harga kamera ini adalah 380,000won atau RM950 sahaja. Sangat murah kalau korang ingin beli barang-barang digital di sini. Perbezaan yang amat ketara kalau beli di Malaysia. Aku ada juga usha DSLR, tetapi kalau ikut nafsu aku, sudah mestinya nak pilih DSLR yang paling canggih dan terkini. Tetapi mengikut budget yang ada, aku tidak membeli DSLR.
