Mmmmmuuuaahhh kat badan dia…
Korang ingat, korang je ke yang ada bini? Aku pun ada jugak la. Siap boleh peluk dan cium-cium lagi badan dia. Kalau nak best lagi, aku boleh geletek-geletek badan dia. Pastu, dia pun akan nyanyi taw. Sedap pulak tu suara dia. Muhahahaha…

Tu dia, cop Yamaha
Aku sebenarnya dah lama nak beli gitar (yang aku maksudkan bini tu, gitar ler. Mampus la kalau gf aku tau yang aku dah ada bini). Setelah lama kumpul duit akhirnya, aku berjaya juga mendapatkan gitar aku sendiri. Gitar akustik Yamaha. Taknak gempak pulakkan jenama Yamaha ni. Hape? Korang ingat Yamaha ni just tahu jual moto je ke? Gitar pun dorang ada jual taw.

Sampai bilik je, terus aku snap gambar ni
Terima kasih la kepada member aku, Kibaw atau juga dikenali dengan nama Khairul Izwan. Dia la yang tolong aku untuk pilih gitar mana yang best. Bagi aku, dia memang power dalam bab-bab gitar nih. Kat bilik dia je dah ada 4 biji gitar. Tu belum yang kat rumah lagi. Dem sungguh! Kalau dia takde, memang aku tak tahu gitar apa yang nak dibeli. Aku tahu main je. Gitar mana yang best, gitar mana yang tak best, aku tak tahu.
Dan thanks jugak pada Dekan sebab sudi ikut sekali dan tolong pegang gitar aku masa on the way nak balik ke bilik aku tu. Dan thanks jugak pada Syah sebab datang memberikan aku semangat untuk beli gitar. (Kalau tak letak nama dorang ni, kang ada yang nanges. So baik aku letak)

Bila kotak dibuka, macam kene kapan dah gitar aku nih
Aku beli gitar ni dekat C&M Music Center Sdn Bhd dekat Taman U. Budak-budak UTM yang giler main alat muzik ni tahu la kat mana. Sebaris dengan Petronas Taman U tu je.
Budjet aku dalam RM400 je. Tak boleh nak lebih-lebih dari tu. Kang aku nak makan hape? Ish3. Dengan RM400 tu aku dapat, gitar Yamaha model F310, gitar strap, gitar stand, dua pick and ada la balance lagi beberapa puluh ringgit.

Mengiurkan sungguh badan dia, 28-24-36 (erks!)
Puas hati gak la aku. Best gak ngreng-ngreng dia. Ada la beberapa lagu yang aku ngreng-ngreng dengan gitar baru aku ni. Macam tak caya plaks aku dah ada gitar. Tapi…mak ayah aku tak tahu ni aku beli gitar. Mau aku kena tebas ngan mak ayah aku nanti. Buat-buatnya dorang suruh aku jual balik gitar tu, tak ke niaya. Harap-harap tak la…

Inilah gitar aku, Yamaha F310
So kepada pemain-pemain gitar kat Malaysia ni, sila beri tunjuk ajar pada aku. Aku budak baru. Newbie lagik. Tahu main beberapa kod je. Tapi boleh la. Banyak gak la lagu yang aku dah main. Cuma nak pro tu, belum lagi la. Jauh lagi.
Entri Lain Yang Berkaitan
No related posts.
24 Responses to “Mmmmmuuuaahhh kat badan dia…”
Leave a Reply


Yer..ko boleh nyanyi life nanti sambil petik gitar then masukkan ke youtube..masyuk
hu uh… pasni ko leh la jd cm marie digby yg famous dlm youtube tu. tak pun ko leh join ana raffali yg pakai konsep sm gak… mantap;)
amazing!!!!zuahahhahahah
j kidding.. :)>-
x sangka ak cypher juga peminat muzik.. ingat bab2 komputer je..huhu
ak petik gitar pun terketar2..wahahaha
woww.. RM400 haa.. not bad. actually, bagus jugak la ko beli yg F series ni sebab body dia kecik & ringan sikit.. senang pegang. tak macam certain folk gitar yg gedabak macam dreadnought type. Ada member aku pakai Yamaha FG series (tak sure yg mana) dia beli second hand dlm RM600. Tapi best la main. Fretboard width dia just nice Tak lebar sangat tak kecik sangat.
Aku pun ada satu gitar yamaha. Yamaha L-10. Ni gitar vintage tahun 1977 sekarang susah gila nak jumpa yg L-series ni. Aku dapat fr senior aku kat U dulu. Tapi satu la masalah gitar ni, bunyi dia mantap gila la tapi sebab body dia D type, so nk main sambil duduk tu lenguh jugak la.. Kalau pasang strap berdiri tu xpe la.
Tahniah atas kejayaan kesanggupan anda menabur duit untuk membeli gitar yang elok sikit dari gitar kapok cap kayu getah.. hahaha..
ok…ok…eerrmm..aku rasa laa kan..ko
try masok :
http://malayolga.name.my/
atau
http://chordbook.com/guitarchords.php :d
fuyooo..pojie ade gitar r..eee..wei..aku nk drg r ko main..aku nk request lagu bley..lagu bunga eh..
aku pnah gak wat balik gitar kerumah… sehari kemudian dah xtahu kemana jejak langkah gitar tersebut… bapak aku buang kot…. wakakak… smoga gitar ko pnjang umo…wahha:d
Bro~ Jom jamming!
pasai pa kebanyakkan mak-mak atau pak-pak akan tak suka kalau anak depa main gitar eyh?
hooo… nasiblah bapaku sorg kaki gitar juga dulu. rumah aku ade 2 bijik gitar. 1 lg gitar lektrik (dah rosak), satu lg gitar kapak cam ko punya la.
ermm… tp anak2 dia malas layan gitar2 ni
semua dok pakat main piano.
hahaha…congrats dude..still dreaming bout gibson SG argh…..
Hu3. Dua hari aku tak masuk blog aku nih, dah banyak komen yang aku dapat. Thanks kepada korang semua.
Oh ya, mak ayah aku tak marah pun. Dorang lagi suka sebab terkenang nostagia ayah aku main gitar masa dulu2. Ke3.
bini? :-w [-( 8-|
ha.. orang umah dah bagi komen ke tuh? isu sensetip nie…. sib baik cik abg tuh gile gitar kak long oi.. kalau gila ke lain.. kan ke kak long susah
*bukan kaber line..
ko minat gitar..aku plak minat dslr…
G, kite men band jiwang2 nak? aku men keyboard ko gtar. Hik2.. Hai cik S, praktikal kat Ipoh ek. Ade keje kosong x? (jgn mara ye G.. hik2) :p
hoi….ko nie stylo la…ak ske bce ay ko
=|
:d:-|
hoi…ko ingat ko jer ke ske gitar??????
ak kalo dapt tali gtar pon da besyukor taw..
boring la….asyk gtar jerk… ak nak bdn gtar……
ak plok2…nak belai2…………nak cium,,,,,,
dah jadi pemuzik pulak…hahaha…best best…. request lagu yg ko nyanyi…rakam..raw file pun takde….
keje kosong? ade 2 tmpt kosong rasa nye…
tp kne tanye HQ la ye…hik3
not bad la jgak..:)
meh aku ajar ko lagu Plain White Ts “Hey There Delilah..”
lagu 2 je aku tau… haha aku perform main masa bbq ari 2.. eh ko ader ke xder hah?
Ape yang ada takde?
Free amateur teen girls on cam just go here!!! Best amateur teen girls on the net mynaughtyphotos.info , one click away sexiest girls you have ever seen