Dah tak reti nak update ke hape?
Hamik kau tajuk… Tu la, sape suruh buat blog banyak-banyak… Kan tak terupdate. Padan muka kau! Kepada sesiapa yang terasa tu, pandai-pandai la korang mengupdate blog korang tu ye… Ngada-ngada sangat nak ada blog banyak kunun…
Aku baru je siap menyiapkan segala urusan aku di UTM ni ha. Tesis yang telah siap dijilid dan source code yang telah siap di’burn’ dalam CD sudah aku hantar ke pusat sumber fakulti aku. Then, aku juga telah selesai menghantar tesis untuk profesor aku. Sempat la sekejap borak-borak dengan dia. Tapi…kenapa dia tak ajak aku gi makan pisang goreng eh? Takkan borak-borak kosong je? Hurm…
Dan petang tadi juga aku telah berjumpa dengan co-supervisor aku dan student-student Master and PHD profesor aku untuk ucapkan terima kasih pada dorang sebab sudi tolong aku selama ni. Kalau dorang takde dan tak sporting, sudah tentu akan bertambah sukar untuk aku menyiapkan final year project aku ni ha. So skang ni, aku duk sengap je la kat UTM ni.
Aku akan meninggalkan UTM ni pada hari Sabtu ini. Kepada mereka-mereka yang mengenali aku di luar sana, tidak kira di mana jua, kalau ada yang masih kenal aku di luar sana, aku broadcast maklumat ini melalui BlogAku.Net. Aku akan berada di Balai Cerap pada tengahari ketika matahari tegak di kepala, setiap hari. Aku boleh provide makanan, tempat tinggal dan keselamatan untuk korang. Sekiranya ada yang mengenali aku, tolonglah, korang tidak keseorangan. (ada macam cerita I Am Legend tak? Hua3.)
Hurm…sekarang ni aku dah tak tahu nak buat apa dah kat UTM ni. Nak kemas, aku rasa malas lagi. Maybe hari Khamis ni kot baru aku nak kemas-kemas barang-barang kat bilik aku ni. Rasa macam banyak je yang nak bawak balik. Mau dua kali pusing ni KL-JB. Jenuh la…
ps: Yang sebenarnye, tajuk kat atas tu, aku cakap dekat diri sendiri. Ish3.
Entri Lain Yang Berkaitan
No related posts.
8 Responses to “Dah tak reti nak update ke hape?”
Leave a Reply


biasa la final sem, final year…
bizi nak kemas barang…
mana ada masa nak apdet…
=|
Hu3. Tau takpe.
bro..biasak la. klu dh byk sgt blog nk mainten.lgpn ko br abis xm kn.
tang nk kemas brg tu. ko kemas ke? ntah2 ko cmpak je masuk dlm boot kete ko. hhehehhe:d
selamat meniggalkan UTM huhuhu
G, ‘atas moto bersama dekan’. haha
Skang ni aku dalam proses mengemas2. Mari2 tolong aku mengemas.
kekkeke..masalah biasa dikalangan blogger yg berlambak weblog. :)>-
aku pun dah terjadi malas dan takde mood…adoi…