WTH! Jana duit dengan blog?

Mukadimah: Aku ingat nak guna title WT* tapi disebabkan aku ni kan sopan… Bertolak ansur… Dan berbudi bahasa… So aku guna la WTH. Ahaks!

make-money-roadsign

Pada suatu hari yang lalu (aku tak ingat hari apa), aku ada ternampak satu iklan di TV pasal ada slot tayangan mengenai menjana duit dengan blog. Entah kenapa, aku tidak suka dengan iklan tu. Mana tak nye, blog bukan untuk jana duit semata-mata tetapi untuk berkongsi cerita dan pengetahuan antara penulis dengan pembaca.

Dulu kalau tak silap aku, dorang punya la ban blog neh. Even ada cerita yang aku dengar, siapa-siapa yang nak buat blog kena daftar dengan kementerian. Aku tak pasti la betul ke tidak. Tetapi macam tu la yang aku dengar. Ha…korang pun mesti tak tahu kan…

Then tiba-tiba, dorang naikkan pulak nama blog nih. Punya la puji pasal blog nih. Tu pun selepas Dr Khir Toyo dengan Tun Mahathir bukak blog. Lepas tu pulak, heboh pasal menjana duit dengan blog.

Nak baca sambungan dia…

Mmmmmuuuaahhh kat badan dia…

Korang ingat, korang je ke yang ada bini? Aku pun ada jugak la. Siap boleh peluk dan cium-cium lagi badan dia. Kalau nak best lagi, aku boleh geletek-geletek badan dia. Pastu, dia pun akan nyanyi taw. Sedap pulak tu suara dia. Muhahahaha…

20080508 05
Tu dia, cop Yamaha

Aku sebenarnya dah lama nak beli gitar (yang aku maksudkan bini tu, gitar ler. Mampus la kalau gf aku tau yang aku dah ada bini). Setelah lama kumpul duit akhirnya, aku berjaya juga mendapatkan gitar aku sendiri. Gitar akustik Yamaha. Taknak gempak pulakkan jenama Yamaha ni. Hape? Korang ingat Yamaha ni just tahu jual moto je ke? Gitar pun dorang ada jual taw.

20080508 01
Sampai bilik je, terus aku snap gambar ni

Terima kasih la kepada member aku, Kibaw atau juga dikenali dengan nama Khairul Izwan. Dia la yang tolong aku untuk pilih gitar mana yang best. Bagi aku, dia memang power dalam bab-bab gitar nih. Kat bilik dia je dah ada 4 biji gitar. Tu belum yang kat rumah lagi. Dem sungguh! Kalau dia takde, memang aku tak tahu gitar apa yang nak dibeli. Aku tahu main je. Gitar mana yang best, gitar mana yang tak best, aku tak tahu.

Dan thanks jugak pada Dekan sebab sudi ikut sekali dan tolong pegang gitar aku masa on the way nak balik ke bilik aku tu. Dan thanks jugak pada Syah sebab datang memberikan aku semangat untuk beli gitar. (Kalau tak letak nama dorang ni, kang ada yang nanges. So baik aku letak)

Nak baca sambungan dia…

Dah tak reti nak update ke hape?

Hamik kau tajuk… Tu la, sape suruh buat blog banyak-banyak… Kan tak terupdate. Padan muka kau! Kepada sesiapa yang terasa tu, pandai-pandai la korang mengupdate blog korang tu ye… Ngada-ngada sangat nak ada blog banyak kunun…

Aku baru je siap menyiapkan segala urusan aku di UTM ni ha. Tesis yang telah siap dijilid dan source code yang telah siap di’burn’ dalam CD sudah aku hantar ke pusat sumber fakulti aku. Then, aku juga telah selesai menghantar tesis untuk profesor aku. Sempat la sekejap borak-borak dengan dia. Tapi…kenapa dia tak ajak aku gi makan pisang goreng eh? Takkan borak-borak kosong je? Hurm…

Dan petang tadi juga aku telah berjumpa dengan co-supervisor aku dan student-student Master and PHD profesor aku untuk ucapkan terima kasih pada dorang sebab sudi tolong aku selama ni. Kalau dorang takde dan tak sporting, sudah tentu akan bertambah sukar untuk aku menyiapkan final year project aku ni ha. So skang ni, aku duk sengap je la kat UTM ni.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton - Iron Man

Semalam 30hb April 2008, merupakan tarikh kelahiran cerita Iron Man di panggung-panggung seluruh Malaysia. Dan apa lagi, aku pun mengambil peluang untuk menonton cerita Iron Man ini bersama-sama dengan gf aku. Hu3.

Memang best! Memang cara! Memang tak terungkap dengan kata-kata!

Cerita Iron Man ini memang patut aku bagi 5/5 bintang dengan taraf Wajib Tonton. Sungguh jarang aku nak bagi 5/5 bintang ni. Even cerita I Am Legend pun aku bagi 4.5/5 bintang je. Gf aku pulak siap bagi terlebih-lebih bintang. 11.5/10 bintang katanya. Nampak sangat cerita ini best.

Kenapa best? Well…aksi-aksi yang terdapat dalam cerita ini sungguh mengagumkan. Korang akan cakap “Waa….”, “Woo….”, “Best, best…” bila korang tengok cerita ini. Memang aku tak tipu. Giler punye best cerita ini. (Habis promote la kan aku ni…)

Nak baca sambungan dia…