Best - Nim’s Island
Aku masih tiada mood jadi mari aku bawa korang semua mengenai sebuah kisah tentang sebuah pulau yang terletak di 30 darjah Utara dan 120 darjah Barat di Bumi ini. Tu pun, kalau aku tak silap la.
Nim’s Island merupakan sebuah kisah di mana pulau terpencil ini telah ditemui dan diduduki oleh seorang saintis, Jack dan anak perempuannya yang bernama Nim. Kehidupan mereka berdua amatlah gembira dan harmoni walaupun Nim telah kehilangan ibunya akibat ditelan oleh seekor ikan paus ketika Nim masih kecil. Hurm…macam tak logik kan? Tapi macam tu la kisah dia.
Di dalam cerita ini, korang akan dapat lihat binatang exotik seperti cicak yang faham bahasa manusia, burung undan yang tahu menolong orang dalam kesusahan dan juga anjing laut yang pandai tepuk tangan. Rileks… Rileks… Korang tak perlu tonyoh-tonyohkan mata korang itu kerana cerita ini betul-betul fantasi. So memang patut la korang akan lihat binatang-binatang sebegitu rupa.
Even Nim ini seorang gadis kecil tetapi dia tahu selok belok pulau itu. Even dia ada pengalaman memanjat gunung berapi dalam masa beberapa minit sahaja. Hebat kan dia ni? Dah la panjat gunung berapi, sekejap pulak tu dia panjat. Sorang-sorang lagi tu… Korang boleh ke buat? Huh!
Cerita ini memang best untuk ditonton dan aku bagi 3.5 bintang daripada 5 dan diberikan title sebagai BEST. So kalau korang pergi ke panggung wayang tetapi tak tahu nak tengok cerita apa, korang boleh tengok cerita ini. Memang best dan tidak membosankan.
Baca Yang Ni Pulak
- Wajib Tonton - The Dark Knight - Wah...cerita Batman - The Dark Knight ni memang wajib ditonton...
- Bila kau malas nak update… - Aku tak tahu kenapa minggu ni aku malas nak update...
- Best - Meet the Spartans - Aku baru sahaja balik dari City Square, JB untuk menonton...
- Impak Maksima, Kartun… - Semalam aku gi tengok cerita Impak Maksima. Cerita yang diarahkan...
- Best - Cloverfield - Semalam aku, awek aku, Ina, Dayah dan Lim telah berkesempatan...

ada kuar kat tv ke iklan dia?
Ada la. Baru semalam aku tengok kat tv iklan dia. Nape?
ape cerita cybersekuriti bro…hehe..saje je nak tau lebih lanjut..hehehe…post post..jgn malas2…. :”>
cmbest!!!
n cte cybersekuriti pun best.. ble nak sambung nyer..
bes sbb ade lawak2..
syg bg 2.5 je..hahaha
sbb jln cter die mcm xpuas nk tgk..
xbyk cter pasal alex rover pun kat nim’s island tu..
trus ending..
Rasa macam dah nampak.
cam best jer…

aku hampir hampir nak tengok citer ni..
nape ko tak bagi 5 bintang je?
last last aku hanya pilih untuk tengok citer SHUTTER versi english. em..
teringat watak nim dalam tv series surface yang horror tuh. hehe