Ke mana CypherHackz menghilang?
Dah lama aku tak mengupdate blog aku ni ye kawan-kawan? Ramai yang menghantar email kepada aku dan komen-komen bertanyakan ke mana aku menghilang. Even blog-blog aku yang lain pun tidak terupdate menambahkan lagi kegusaran pada hati para peminat aku. Ye, korang la tu.
Jadi, bagi mengembalikan semula kecerian hati korang semua, mari aku ceritakan ke mana aku menghilang…
Semuanya bermula apabila Celcom broadband (Celcom broadband lagi? Takde cerita lain ke CypherHackz oi…) ni menjadi begitu lambat sehinggakan aku nak bukak page Google.com pun mengambil masa yang begitu lama. Aku rasa, website yang paling laju dan cepat untuk dibuka adalah website Google.com. Tak tahu la kalau ada website lain yang dapat kalahkan kepantasan Google.com ini. Tetapi bagi aku, Google.com merupakan website yang paling ringan dan yang paling cepat untuk dibuka.
Video sekadar hiasan
Bayangkan la, aku bayar RM98 untuk pakej 3.6Mbps, tetapi apa yang aku dapat adalah bawah 10kbps sahaja. Perkara ini berlaku selama 5 minggu. Disebabkan itu, aku ketiadaan mood untuk mengupdate website. Nak lawat blog-blog peminat aku pun payah. Nak bukak page dorang pun mengambil masa yang lama. Tu yang korang tak dapat balasan komen dari aku tu. Maaf ye wahai peminat-peminat ku sekalian. Oh sebelum itu, diingatkan kelambatan ini hanya berlaku di UTM Skudai sahaja kerana congested berlaku di kawasan ini.
Dan sejak 2 hari lepas, Celcom broadband aku kembali pulih. Peminat-peminat nak tahu bagaimana Celcom broadband ini dapat kembali seperti sedia kala? Kalau korang nak tahu, Celcom sedang menjalankan promosi Celcom broadband di Pesta Konvo yang ke-40 di UTM Skudai. So, disebabkan dorang buat promosi Celcom broadband, dorang terpaksa menyegerakan proses penaiktarafan hardware dorang di UTM Skudai ini. Kalau tidak, bukan namanya promosi kalau nak jual barang tapi barang yang dijual tidak seperti yang diceritakan. Sape yang nak beli kalau macam tu kan…
Kesimpulan, walaupun aku telah buat banyak gile report pada Celcom nih, dorang hanya akan mulakan kerja apabila dorang sendiri yang merasa masalah tersebut. Dorang bukan kisah sangat pun masalah customer ni. Banyak kali dah aku call Celcom, dorang just cakap kami dalam proses penaiktarafan hardware. Dah lebih sebulan aku mendengar jawapan itu. Cis!
Entri Lain Yang Berkaitan
No related posts.
22 Responses to “Ke mana CypherHackz menghilang?”
Leave a Reply


heran tul aku ngan company yg provide broadband kat mesia ni.. xde satu pun yg betul2 puaskan hati customer..
memang pun..streamyx pun gtu gak..kadang-kadang naik geram lak..macam mana nak lawan syarikat luar negara..kalau perkhidmatan yang diberi kepada anak sendiri tidak memuaskan.
haha baru ko tau! bukan celcom aje.. mane2 ISP m’sia
aku mmg tak berminat celcom broadband sbb aku dah pernah try office aku punye.. result mmg cam tahi,, :d
Woah, RM98 dapat poor services? :((
My friend told me Celcome more better than Maxis….Maxis Broadband lagi teruk…..
lo ak ingat ko g kursus kawin ke… g honeymoon ke… lme xmuncul…/:)/:)
La.. Lain kali gune r google reader na baca blog orang lain.. kuikui :d
maklan ni…kalau dah google.com pun tak ble nak load,apetah lagi reader dia..hehe..tul ke cypher…?
tu la…kau datang la studio aku..habis cerita..ko nak update je,datang sini…rasai kelajuan speed lan fakulti…hehe…owh lupa..ko desktop kan..hurm…ko datang je laa…aku cari desktop tuk ko…
*sambil berjoget-joget*
Dan saya bahagia dengan DiGi yang berharga RM66, walaupun hanya EDGE….
Hu3. Standard la tu brader. Tiada satu pun yang betul2 memberikan kepuasan kepada pelanggan. Tak ISO langsung dorang nih.
Benda yang simple pun tak terhandle. Ni kan pula nak bende2 yang susah2. Aduh la…
Masa tu time bile kau gune Celcom broadband bro? Kau ada buat report tak?
Totally agree with you. Maxis lagi teruk daripada Celcom. :d
Kursus kahwin dah gi dah la brader. Ish3. Kau je yang tak tahu. Hu3.
Sedangkan Google pun payah nak bukak, ni kan pulak Google Reader. Google reader lagi banyak script daripada website2 aku.
Skang internet dah ok dah brader. Tadi pun aku baru je sound orang Celcom dekat pesta konvo tu. Hu3.
Patut la kau dapat update website melalui handphone. Tapi macam mana kau buat eh? Ada ape2 software tak?
aku dah bagitau aritu yg Celcom broadband ni pun cam abang dia si Streamyx tu la… sama je perangai dua beradik tu… =|
Guna sahaja Opera Mini. Dia boleh cascading CSS. Blog kita pun boleh bukak wp admin. Takyah nak melalui email segala…
Hu3. Memang pun sama brader. Tapi nak buat macam mana. Dah aku nak guna internet sangat kan… Pandai betul dorang ni buat duit. Cis!
Pergh…banyak tu duit aku mengalir nanti. Hu3. 1Kb dah kene tolak 1sen. Kalau mula dari aku bukak page admin, post, close, mahu habis dalam RM2. Ish3.
betui tuh.. aku menggunakan celcom broadband rm68 sebulan.. memang betui… sejak kebelakangan nie terlalu slow terutama time malam… time siang ok skit.. tapi biasanya aku online pon hanya waktu malam.. rasa nak tukar line streamyx je.. tapi apekan daya.. rumah sewa ku takde line telefon…
bile la celcom broadband nie nak kembali pulih…..
sib baik aku tak beli awal-awal..
huhu.. aku baru nak beli sikit sikit..
geram juga takda internet laju nih..
ooo…ko blaja kat UTM skudai rupenye? baru aku tau…aku dulu duk Taman U tu je…tapi sekarang dah x duk lg kat sane…kadang2 je aku balik sane kalau ade hal….
Nasib baik aku tak ambik Streamyx + Celcom Broadband tu….aku dengar orang cakap celcom broadband ni kureng skit dr maxis…maxis allow activity p2p 12a.m – 6p.m….
Celcom Ngan TM, 2 2 bukan same ke? dulu celcom kan under TM jugak kan? tu yang lembab semacam je…
Hehe.. Ye ke tuh.. Cypherhackz ngah pening benda len tuh. :p
time konvo je ke ok..ces…mmg tak jage hati kastemer betul [-( …jom..tukar combo plak…mael suggest pakai kombo…sorg2 pomot,ape citer ni…hehe…
Kene check jugak kau tinggal dekat mana. Certain area ada problem sebab ada ramai orang yang gunakan dalam satu masa. Macam dekat UTM ni ha.
Depends on place brader. Kene check dulu kau tinggal kat mana dengan Celcom center. Ada place yang bermasalah and tak support 3.5G.
Kau sebat yang D68 tu pun dah ok brader. Dah laju dah tu.
Cis!
Rasa2 nye la. Time konvo je yang ok. Hari ni aku dah merasai dah kelembapan dia. Dem!
aku guna jaring..so tak merasa lagi..mungkin lepas abis study baru merasa perangai adik beradik nie
=| idop streamyx dan seangkatanya.. suci bersih dan laju :)>- sedap pulak aku main emotikon ni.
:(( Aku dah beli broadband tp speed dia lembab gile,xde cr2 lain blh buat supaya dia laju,sket..::((:-?