Hazwan – Cinta Tiga Segi aka Perangkap Cinta
Perhatian: Ada banyak persoalan yang dibangkitkan daripada lagu dan pencipta asal lagu ini. Aku pun tak tahu mana satu cerita yang benar. Ada yang cakap macam tu, ada yang cakap macam ni, ada yang kelentong itu, ada yang kelentong ini. Aku pun tak tahu. Kalau betul-betul penyanyi asal lagu ini berasal daripada Singapura, korang buat la press conference pasal lagi ini. Benda kat internet, macam-macam orang boleh cakap.
Korang dah tahu belum pasal cerita arwah Hazwan dengan lagunya sebelum beliau mati dihukum gantung? Well…aku mula-mula pun tak tahu pun pasal lagi Cinta Tiga Segi atau Perangkap Cinta ni. Aku tahu pun dari gf aku. Dia suruh aku dengar lagu tu.
Then pagi tadi baru aku berkesempatan dengar lagu dendangan arwah. Best jugak. Mendayu-dayu and syahdu even just gunakan gitar sebagai muzik. Tapi tengah aku layan dengar lagu tu, tengok-tengok sumber mp3 tu daripada blog Khai. Aku pun apa lagi, terus gi usha blog dia. Hamek kau! Sungguh hangat topik tu dibincangkan kat post dia tu.
Hazwan – Cinta Tiga Segi aka Perangkap Cinta
Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selaluTapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahuluMengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmuKau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menujuTapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahuluMengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmuKau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menujuDikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan
Kalau korang nak baca full story pasal kisah arwah Hazwan ni, korang boleh baca dekat post Khai tu. Tapi sini aku just nak ceritakan serba sedikit dari apa yang terdapat dekat blog Khai.
Arwah Hazwan dihukum gantung kerana membunuh bekas tunang dia dan juga ex-boyfriend tunang dia. Perkara ini terjadi kerana bekas tunang dia itu kembali kepada ex-boyfriend sebelum satu minggu dari tarikh Hazwan dan tunang dia itu bernikah. Mungkin sebab terlalu marah menyebabkan dia sanggup membunuh orang yang dia sayang.
Dan lagu Cinta Tiga Segi atau juga dikenali sebagai Perangkap Cinta itu pula merupakan lagu nyanyian arwah Hazwan sendiri. Sebelum dia dihukum gantung, dia telah meminta untuk diberikan sebuah gitar dan sebuah perakam daripada pegawai penjara sebagai permintaannya yang terakhir. Dan itulah nyanyian yang korang dengar sekarang ini.

