Kenapa ramai blogger baru yang kecundang?

Ramai blogger baru yang wujud setiap hari. Semuanya disebabkan mereka terpengaruh dengan blogger-blogger yang sudah “well-established”. Ala, korang pun tahu la kan, blogger-blogger yang veteran seperti Azhar Ahmad, Mohd Ismail, Fahmishah dan lain-lain semuanya sudah mempunyai income sendiri dari blog mereka. Dan blogger-blogger veteran inilah punca utama kenapa ramai blogger baru kecundang di pertengahan jalan.

Pertama sekali, cuba korang fikir. Kenapa ramai orang ingin menjadi blogger? Dari pandangan aku, kebanyakkan mereka-mereka ini terpengaruh dengan banyaknya duit yang blogger-blogger veteran ini dapat dari blog mereka. Dan disebabkan itulah ramai yang ingin buka blog sendiri. Mereka fikir mereka akan dapat duit yang banyak sekiranya mereka mempunyai blog. Tetapi tahu tak kamu semua betapa susahnya blogger-blogger veteran ini untuk mendapat duit yang sebanyak itu?

Aku mengikuti perkembangan blogger-blogger veteran ini sejak dari dahulu lagi. Aku tahu sedikit sebanyak bagaimana mereka boleh muncul, berkembang dan berjaya menjadi seorang blogger yang memperoleh income bulanan yang lumayan. Bukan senang untuk menjadi senang, kawan-kawan.

Nak baca sambungan dia…

Best – Meet the Spartans

Aku baru sahaja balik dari City Square, JB untuk menonton filem komedi Meet the Spartans bersama-sama dengan Ayep, Hakim dan Yazid. Ranking untuk cerita ini aku berikan 3 daripada 5 bintang dan aku berikan tanda “Best” je. Sebab utama yang menyebabkan website ni dapat “Best” daripada yang sepatutnya adalah, cerita dia sekejap sangat. 1 jam je cerita ni. Tak puas bayar RM10.

Tapi kalau korang nak tengok cerita Epic Movie, korang kena tengok cerita Narnia terlebih dahulu. Dan kalau korang nak tengok Meet the Spartans, korang kena tengok cerita 300. Kalau tak, tak best la nanti sebab korang tak tahu part mana yang ditiru oleh cerita ni dan part mana yang tidak. Kalau korang dah tengok cerita 300, mesti korang akan tergelak terbahak-bahak bila aksi-aksi di dalam 300 diubahsuai menjadi komedi.

Nak baca sambungan dia…

Jangan Salahkan Celcom

Kepada kawan-kawan aku sekalian, kalau korang semua ada baca entri aku yang lepas mengenai, Celcom Broadband buat hal, aku ingin nyatakan di sini yang tu bukan masalah Celcom. Rupa-rupanya masalah firmware yang aku baru upgrade tu. Firmware baru tu masih tidak compatible sepenuhnya dengan network kita kat Malaysia ni. Kalau network di negara lain maybe ok. Cuma dekat negara kita sahaja yang ada masalah.

Jadi sekarang ni aku sudah downgrade aku punya firmware dan kelihatan internet aku dah kembali stabil. Tiada lagi internet terputus. Semuanya ok-ok berlaka. Tapi aku tak bolej jamin lagi yang masalah ini sudah selesai. Mana la tau kot-kot bukan masalah firmware kan…

Jadi kepada kawan-kawan sekalian yang mahu guna broadband, tetapi tidak tahu hendak pilih provider yang mana satu, aku cadangkan korang guna Celcom. Coverage ok, HSDPA network pun luas, dan laju. Cuma customer support je la yang kurang sikit. Tapi atleast ok la sebab tak selalu sangat ada masalah.

Celcom Broadband buat hal

Dua tiga hari yang lepas, aku telah upgrade firmware dan juga dashboard Huawei E220 USB Modem aku ke yang latest version. Firmware yang baru ini telah membolehkan aku untuk surf internet dengan top speed sebanyak 7.2Mbps. Di Malaysia, 7.2Mbps masih dalam peringkat perancangan. Dengar cerita, Celcom akan lancarkan package baru 7.2Mbps pada bulan April nanti.


Image ini disebat dari website cypherhackz.net. Jangan bagitau owner dia pulak yang aku sebat dari website dia. ;))

Namun begitu, sejak aku mengupdate firmware aku tu, internet asyik selalu sangat down. Boleh kata dalam 5 minit, sebanyak 3 kali internet aku putus. Aku pun risau juga mana la tau kalau-kalau disebabkan aku upgrade firmware tu and telah menyebabkan internet aku selalu sangat putus.

Nak baca sambungan dia…

Best – Cloverfield

Semalam aku, awek aku, Ina, Dayah dan Lim telah berkesempatan untuk ke City Square, Johor Bahru. Pada asalnya memang tidak terlintas pun untuk kami semua pergi ke CS itu. Tujuan sebenar adalah hendak pergi ke Zoo Johor. :(|) Tetapi disebabkan hujan, aku terpaksa menghampakan Ina yang nak sangat pergi ke Zoo Johor itu. ;))

Kami tiba di CS jam 5.20 petang. Mula-mula ingatkan dapat la tengok cerita Meet the Spartans yang dikatakan lawak sangat itu tetapi cerita itu sudah mula pada pukul 5 petang tadi. Tayangan seterusnya adalah pada jam 7 malam. Disebabkan takut tidak sempat ke Larkin untuk menghantar Lim ke stesen bas, aku pun decide tengok cerita Cloverfield tayangan 6 petang. < :-p

Owh, pening! :-& Aku memang sudah tahu yang cerita itu hanya menggunakan sebuah kamera sahaja dan dirakamkan oleh orang yang tidak berpengalaman. Walapun pening, tetapi aku masih boleh tahan lagi. Tetapi, awek aku, Ina, Dayah dan Lim semua dah pegang-pegang kepala. Tidak tahan dengan gerakan-gerakan kamera yang sungguh amatur itu. Lim siap tertidur lagi disebabkan tidak tahan dengan pusingan kamera yang 360 darjah itu. |-)

Nak baca sambungan dia…