Happy Birthday yang ke-21

Aku terpaksa tulis entri ini pada hari ini kerana semalam aku penat dan tak dapat nak mengarang entri ini. Setiap kali tiba 21 Februari pada setiap tahun, umur aku akan tambah setahun. Dan semalam, 21 Februari 2008 merupakan tarikh ulang tahun aku yang ke-21. Sudah tua dah aku ni. Dah layak dah pun untuk mengundi. Tapi aku baru je masuk umur 21, takkan kena gak mengundi? Hu3.

Malam semalam aku telah berkesempatan untuk keluar date dengan bakal isteri aku bagi menyambut birthday aku ni ha. Kitorang terpaksa keluar malam sebab pada siangnya, bakal isteri aku ini ada test. So kitorang pun keluar pada waktu malam untuk dinner bersama-sama.

Korang nak tahu tak apa yang dia berikan pada aku. He3. Tapi sebelum itu, mari aku tunjukkan pada korang “hadiah” yang aku beli pada diri aku sendiri. Bukan license key Kaspersky, tapi ianya jauh berbeza dan lagi besar daripada license key.

Printer Canon iP3500

birthday-01

Tu dia, printer Canon iP3500 yang berharga RM265 setelah dapat diskaun RM3 di Cytech. Satu petang aku mengkaji printer apa yang nak dibeli. Samada Canon iP1880 atau pun iP3500. Last-last aku decide beli yang iP3500 sebab member aku dah ada printer iP1880 tu. Dah la member aku itu duduk depan bilik aku, takkan la aku nak beli printer yang sama kan… Tak best bagi aku.

Apa yang menarik dengan printer ni adalah, dari segi speed dia yang laju. Selain daripada itu, dia ada dua tray. Korang boleh masukkan kertas daripada depan mahupun daripada belakang. Printer ini juga dibuat khusus untuk photo printing. So dijangkakan memang lawa la kalau print gambar dekat glossy paper. Tapi aku tak pernah try lagi la.

birthday-02

Yang paling menarik sekali bagi aku adalah, catrige dia berlampu bila ia diletakkan di printer itu. Ianya sebagai penunjuk samada catridge tersebut berfungsi dengan baik mahupun tidak. Memang cool… Lawa kan?

Pelancaran CypherFS Network

Tetapi bukan hadiah printer je yang aku beli, aku juga turut melancarkan domain aku lagi satu. Domain untuk network aku yang aku gelarkan sebagai CypherFS Network. Ianya akan mempunyai link-link ke semua website aku. Tapi ada gak website-website aku yang lain yang tak dilistkan dalam network tu. Saje tak nak bagitahu korang website-website aku yang tu. Tapi yang penting, dengan ada domain ni, dah cukup aku mempunyai 10 domain kesemuanya.

Hadiah daripada si Dia

Ok, so berbalik pada hadiah yang diberikan oleh bakal isteri aku ni. Hadiah itu datang dengan satu beg kertas yang berwarna merah. Berkilau-kilau beg tu. Korang mesti tak percaya kan… Korang dapat tak lihat reflect bayang aku di beg itu? Kalau tak nampak, cuba korang condongkan monitor korang sebanyak 45 darjah.

birthday-03

Di dalamnya terserlah dengan pelbagai barangan. Kad ucapan birthday (bukan sebarangan kad ucapan tau), satu patung teddy bear kecil yang diamanahkan untuk aku untuk menjaganya. Bakal isteri aku pun ada satu, tapi yang girl punya la teddy bear tu. Dan satu bungkusan kertas yang di dalamnya sungguh special bagi aku. Bungkusan kertas ini dijaga oleh lagi satu teddy bear kecil. Korang nampak kan teddy bear kecil di atas bungkusan kertas warna biru itu? Kalau tak nampak, cuba condongkan semual monitor korang 45 darjah ke arah yang berlawanan.

birthday-04

Korang nak tahu tak apa yang ada di dalam bungkusan kertas itu? Di dalamnya ada satu bar chocolate (aku suka chocolate) dan satu perfume yang aku nak sangat-sangat yang hanya terdapat di Body Shop, Kistna namanya.

birthday-05

Dah lama dah aku nak beli perfume ni. Setiap kali aku gi jenjalan and terjumpa kedai Body Shop, mesti aku singgah and cari perfume ni. Buat-buat macam nak beli. Even aku dah tahu yang bau dia macam mana and harga dia, aku tetap ingin bertanya dengan promoter kedai tu.

Aku suka sangat dengan bau perfume ni sebab bau dia sama dengan bau perfume yang pernah aku guna pada suatu ketika dahulu. Dan sekarang ini, perfume itu sudah tidak dijual lagi.

Setelah lama aku asyik duk tanya promoter Body Shop tu, ada sekali tu bila aku dah decide nak beli perfume Kistna ni, dah takde pulak. Promoter tu kata perfume tu telah habis stok. Satu Johor aku cari, tapi takde (ye ke?).

Dan tidak disangka-sangka, perfume yang aku nak beli itu telah dibelikan oleh bakal isteri aku ni sebagai hadiah. Aku decide nak pakai perfume tu bila keluar atau berjumpa dengan dia je. Patut la pun masa aku keluar dengan dia semalam, perfume yang aku pakai (jenama Body Shop jugak) tak berbau sangat. Mungkin sebab dia tahu yang aku akan dapat perfume baru kot. Dats why dia ala-ala merajuk gitu. Perfume pun pandai merajuk kan…

birthday-06

Walaupun kami berdua meraikan birthday aku secara kecil-kecilan, tetapi bagi aku ianya sungguh bermakna. Thanks kepada si Dia sebab sudi menemani aku keluar makan bersama-sama dengan hadiah yang banyak ini. :*

So begitulah kisah yang berlaku pada hari semalam, 21 Februari 2008 bila umur aku genap 21 tahun. Bila pulak birthday korang? Hadiah apa pulak yang korang belikan/dapat untuk diri korang? ;))

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

21 Responses to “Happy Birthday yang ke-21”

  1. =| happy bithday..sebaya la kite..he3..

    February 22nd, 2008 | 7:39 pm | Reply
  2. shila

    Happy birthday…! Semoga terus berbahagia dengan si dia yang tercinta..:)

    February 22nd, 2008 | 10:49 pm | Reply
  3. eeheh.. happy birthday… ehemm… birthday aku next week… :D nantikan pulak posting aku yer.. :P

    February 23rd, 2008 | 10:31 am | Reply
  4. afham on February 22, 2008 at 7:39 pm said:

    =| happy bithday..sebaya la kite..he3..

    Kau pun umur 21 tahun ke? :D

    shila on February 22, 2008 at 10:49 pm said:

    Happy birthday…! Semoga terus berbahagia dengan si dia yang tercinta..:)

    Terima kasih… ;)

    azurt on February 23, 2008 at 10:31 am said:

    eeheh.. happy birthday… ehemm… birthday aku next week… :D nantikan pulak posting aku yer.. :P

    Worait! Aku nantikan entri kau itu. Buat interesting skek!

    February 23rd, 2008 | 11:46 am | Reply
  5. sayang bie =)

    cyg sgt2 kat bie syg nie.. >:d< :* :x
    jge teddy tu elok2 tau.. ;)

    February 23rd, 2008 | 4:01 pm | Reply
  6. aaaawh, sweetnya korang….

    happy belated birthday. ;)

    February 24th, 2008 | 1:05 am | Reply
  7. happy birthday bro.. erk.. bro ke…? ahaks.. aku tua setahun dari ko. haha.. tapi rase cam malas je nak mengundi…

    February 24th, 2008 | 2:45 am | Reply
  8. Happy besday… =|
    aku ingat ko beli printer jenis laser…

    February 24th, 2008 | 11:58 am | Reply
  9. hohooo suka plak aku tgok bear ko tu…bleh try mtk kt org ni…. :>:>

    February 24th, 2008 | 1:24 pm | Reply
  10. selamat hari lahir gak..banyaknya hadiah dia dapat :d

    February 24th, 2008 | 2:52 pm | Reply
  11. Owhhhh, kamu kanak2 lagi rupanya…..

    February 25th, 2008 | 12:34 am | Reply
  12. ah, aku dah lupa di saat aku masih 21. haha. epi bday bro.

    February 25th, 2008 | 10:25 am | Reply
  13. hepy besday bro….hurm..ko 21…aku 23…haha…jeles gile dowh ade awek ni..ampeh la ko…saje je wat aku jeles….rasso pun dah ade cewek cantik….aduh…nampaknyer aku sorg la pasni :( sob sob…agaknyer azmie dah ade ke belom…?dulu pakatan kelab single….

    February 25th, 2008 | 9:29 pm | Reply
  14. #Mucuk Sayang – He3. Thanks for the gifts my dear… Cayang sangat2 kat die neh. :*

    #Aisyah – Biasa la kiorang… He3. Thanks, thanks.

    #shadowX_19 – Gi ngundi dowh… Laksanakan tanggungjawab untuk memilih siapa pemimpin kita. Hu3. Anyway, thanks.

    #Wizurai – Aku beli yang biasa-biasa je brader. Nak beli yang laser pun aku nyer ni bukan office pun. Kecik je bilik aku. :p

    #topo – Kau mintak je. Tapi jangan mintak kat aku or awek aku. Satgi aku star-light kau satgi.

    #kita – Aah. Banyak. Hu3. Jeles la tu. :-\”

    #Azhar Ahmad – Aku dah dewasa dowh… Mana ada kanak2 lagi. Ces!

    #affuan – Thanks bro. Hu3. Thanks for the wish.

    #gie – Kau dah la nak grade. Takkan tak kenal sape2 kat UTM tu. Sebat je budak coursemate kau. Tak pun jiran coursemate pun boleh. :)>-

    February 26th, 2008 | 8:15 am | Reply
  15. ayu

    sy trjumpa la blog awk ni…
    sweet sgt…
    anyways happy birthday to you…
    walaupun sy tatau nama awk…
    seroniok bc blog awk ni…happy :):)

    February 27th, 2008 | 10:42 am | Reply
  16. wuuu..aku terlambat.. happy bday bro… :d mogo dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. :d

    aku ade ip1880.. sakit ati sebab ink cepat abih.. hohoho..

    February 27th, 2008 | 11:53 am | Reply
  17. ayu on February 27, 2008 at 10:42 am said:

    sy trjumpa la blog awk ni…
    sweet sgt…
    anyways happy birthday to you…
    walaupun sy tatau nama awk…
    seroniok bc blog awk ni…happy :):)

    @ ayu… cuba la baca blog saya pulak… http://mylifeastopo.fwenz.info hohohohoho promot2….:-|:-|
    @ cypher…. xpnah terpikir plak aku nak mtak drpd ko…. tp bila ko dah usulkan ni mcam nak try la plak… hohohoho seb baek la sayang ko tu xde blog…… hohohoohoh

    February 27th, 2008 | 8:26 pm | Reply
  18. hepi belated besday. dh lama x masuk blog ko.
    eh, ko baru 21 rupanya. aku igt 23 eheh.
    menarik hadiahs yg ko dpt..jeles pulak aku rasa

    February 27th, 2008 | 8:49 pm | Reply
  19. aiseh, lambat lak nak wish.. neway happy belated besday ye bro.. huhu.. korang mmg sweet la.. jgn banyak makan coklat taw.. nanti gemuk.. hehe

    March 3rd, 2008 | 5:16 am | Reply
  20. hmmm….muda remaja lg rupanya…tengah sedap bercinta la ni ye…. ok la selamat panjang umur dimurahkan rezeki, semoga di permudahkn urusan dunia. Jauh lagi perjalanan, semoga dpt menempuhnya dengan tabah dan berhati. Pastikan masa depan yang gemilang

    March 4th, 2008 | 2:51 pm | Reply
  21. Hu3. Thanks for the wish bro.

    March 25th, 2008 | 10:31 am | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: