Dari seorang Blogger kepada seorang Entrepreneur dan Investor.

Wajib Tonton – Kungfu Dunk

Hurm…adakah suatu hari blog aku ini akan menjadi blog hiburan? Lebih spesifik lagi, blog filem? Oh…tidak!!! Aku tidak mahu… Huk3. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini banyak pula aku mengulas filem-filem yang aku telah tonton. Untuk entri kali ini, aku ingin mengulas filem Kungfu Dunk.

Tetapi, sebelum korang semua meneruskan pembacaan, mari saksikan pra-tayangan (trailer dalam Bahasa Inggeris apa ya?) filem ini terlebih dahulu. Dibawakan khas dari YouTube.

Aku menonton cerita Kungfu Dunk ini pada hari pertama masyarakat kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Aku menonton bersama-sama dengan empat orang rakan sekelas aku iaitu, Hakim, Waneey, Yazid dan juga Shasha. Seperti biasa, aku menonton filem ini di City Square, Johor Bahru.

Nasib baik aku sudah menempah tiket secara atas talian, jadi tidak perlu aku beratur panjang dan berhimpit-himpit dengan manusia-manusia yang lain. Memang ramai orang pada waktu itu. Penuh sesak. Tetapi tidak di aras 7. Jadi sekiranya kamu ingin membeli tiket, belilah di aras 7. Tidak ramai orang di situ.

Kungfu Dunk ini memang menarik. Aku berikan 4/5 bintang dan aku anugerahkan ia dengan WAJIB TONTON. Kamu semua memang patut menonton filem ini sekiranya kamu suka aksi-aksi kungfu.

Pernah menonton filem Shaolin Soccer? Konsep filem adalah lebih kurang sama dengan filem tersebut cuma Kungfu Dunk ini fokus kepada permainan bola keranjang.

Dengan aksi gaduh dan lawan yang sungguh mengasyikkan menyebabkan aku kagum dengan jalan cerita filem ini. Ini ditambahkan lagi dengan bunyi efek pukulan ketika di satu babak sesi pergaduhan di sebuah pusat kelab malam. Memang menarik! Betul, aku tidak tipu.

Cuma ada sedikit ketidak-logikan telah mencacatkan filem ini. Itu sebabnya aku hanya bagi rating (rating dalam Bahasa Melayu apa ye?) 4 daripada 5 bintang. Tetapi secara keseluruhan, cerita ini memang menarik dan kamu semua tidak rugi membayar RM11 untuk menonton filem Kungfu Dunk ini.

Related Posts

No related posts.

Comments

  1. Aisyah says:

    wah… sangat menarik! mesti tuntun nih. ;))

  2. gie says:

    kau mesti org yg berkereta kan…?asik kuar wayang je…aduhai….aku plak,baru baper kali pegi wayang…boleh dikira…

  3. kucai says:

    kira ok apa.. dapat info jugak dari pengalaman.. bukan ke blog ni mencatat pengalaman empunya diri

  4. syia says:

    haritu asalnye nak tengok citer ni tapi tiket habis jadi tengok dunia baru.. aaa.. RM11 !! mak ai

  5. Azhar Ahmad says:

    Ahahahhah, saya tak suka cerita Kungfu Dunk, pasal banyak sangat matlamat….

  6. Mohd Ismail says:

    baik! kita tunggu Torrent! ha ha ha

    *tgh xde masa weh nak jenguk panggung.. huu*

  7. melayubuntu says:

    kaki wayang era nih…haha
    akeww kaki download jerr..=|

  8. neeziee says:

    tunggu versi percuma ajelah. :-|

  9. CypherHackz says:

    Apa barang download2. Tengok kat wayang je la… :))

  10. shadowX_19 says:

    @cyper tul tu.. layan wayang lagi masyuk a ngan kesan bunyi die.. :)>-

    aku tak dpt lagi tgk movie ni. nanti a kalo ade peneman insyallah tgk

  11. AMZAR says:

    azhar ahmad cite kung fu dunk tu sedapla

  12. AMZAR says:

    aisyah kamu kurus ke lala kurus jom datting

  13. AMZAR says:

    aisyah kamu kurus ke kalau kurus jom datting

  14. AMZAR says:

    aisyah umur awak bape

  15. AMZAR says:

    balas la

  16. Knicks were looking good for a second but its a reason Spurs have the best record in the NBA right now

Speak Your Mind

*