Banyak wayang yang aku tonton sejak akhir-akhir ini. Minggu lepas, salah satu cerita yang aku tonton adalah cerita Jumper. Kawan-kawan aku katakan yang cerita Jumper ini menarik, jadi aku tempah la tiket untuk menonton bersama-sama dengan rakan-rakan aku yang belum menonton cerita ini.
Jumper mengisahkan seorang budak yang selalu kena buli ketika dia di bangku persekolahan dan secara tidak sedar dia rupa-rupanya mempunyai kuasa yang boleh teleport dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Itu pun dia sedar selepas dia terpaksa menyelamatkan diri dia dari mati lemas di bawah sungai yang telah beku di permukaannya.
Setelah David Rice, si budak teleport ini mendapati yang dia mempunyai kuasa yang unik menyebabkan dia menyalahgunakan kuasa yang dia ada. Cuba korang semua bayangkan apabila korang boleh teleport dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan sekelip mata. Dan sekelip mata itu juga bilik korang penuh dengan wang-wang kertas yang boleh memberikan kekayaan. Itulah yang berlaku pada si budak teleport ini.
Aku terpaksa tulis entri ini pada hari ini kerana semalam aku penat dan tak dapat nak mengarang entri ini. Setiap kali tiba 21 Februari pada setiap tahun, umur aku akan tambah setahun. Dan semalam, 21 Februari 2008 merupakan tarikh ulang tahun aku yang ke-21. Sudah tua dah aku ni. Dah layak dah pun untuk mengundi. Tapi aku baru je masuk umur 21, takkan kena gak mengundi? Hu3.
Malam semalam aku telah berkesempatan untuk keluar date dengan bakal isteri aku bagi menyambut birthday aku ni ha. Kitorang terpaksa keluar malam sebab pada siangnya, bakal isteri aku ini ada test. So kitorang pun keluar pada waktu malam untuk dinner bersama-sama.
Korang nak tahu tak apa yang dia berikan pada aku. He3. Tapi sebelum itu, mari aku tunjukkan pada korang “hadiah” yang aku beli pada diri aku sendiri. Bukan license key Kaspersky, tapi ianya jauh berbeza dan lagi besar daripada license key.
Aku sendiri pun tak percaya dengan apa yang aku buat. Dulu sebelum ni aku menggunakan Kaspersky Internet Security dengan hanya menggunakan key-key yang aku dapat dari website warez. Dan semalam, key yang aku telah gunakan selama lebih 5 bulan itu telah diblacklist oleh pihak Kaspersky.
Dan pagi tadi aku telah mengambil keputusan untuk membeli license key dan menggunakan perisian Kaspersky Internet Security itu secara sah. Fuh! Betul-betul aku tak percaya dengan apa yang aku buat.
Nasib baik ada pembayaran secara Paypal. Kalau tak, memang aku tak dapat nak beli Kaspersky nih. Dulu aku ada teringin nak beli Nod32, tapi disebabkan dia tak support Paypal untuk bayaran, aku pun terus menolak untuk membeli Nod32.
Hurm…adakah suatu hari blog aku ini akan menjadi blog hiburan? Lebih spesifik lagi, blog filem? Oh…tidak!!! Aku tidak mahu… Huk3. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini banyak pula aku mengulas filem-filem yang aku telah tonton. Untuk entri kali ini, aku ingin mengulas filem Kungfu Dunk.
Tetapi, sebelum korang semua meneruskan pembacaan, mari saksikan pra-tayangan (trailer dalam Bahasa Inggeris apa ya?) filem ini terlebih dahulu. Dibawakan khas dari YouTube.
Aku menonton cerita Kungfu Dunk ini pada hari pertama masyarakat kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Aku menonton bersama-sama dengan empat orang rakan sekelas aku iaitu, Hakim, Waneey, Yazid dan juga Shasha. Seperti biasa, aku menonton filem ini di City Square, Johor Bahru.
Cerita Alvin and The Chipmunks ini ditayangkan di panggung tanah air pada tahun lepas. Tetapi aku berkesempatan untuk menonton cerita ini pada hari ini. Well, cerita ini aku berikan status Wajib Tonton dan diberikan 4.5 bintang daripada 5.
Chipmunks yang comel — Simon, Alvin dan Theodore
Jalan cerita yang tidak membosankan dan dipenuhi dengan lawak jenaka comel dari Alvin, Simon dan Theodore. Korang mesti tergelak punya la bila tiga Chipmunks ni buat hal. Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku, aku suka part dorang nyanyi.