Apa benda yang besar kecik tu?

Aduh… Macam-macam jawapan yang aku dapat untuk entri lepas. Tapi satu pun tak betul. Korang kena berfikiran terbuka dan jangan kecikan skop pemikiran pada benda alah tu je. Kita kena buka minda kita. Bak kata penjajah, “Think out of the box”.

Jawapan dia adalah bende ni ha…

20080109 01
Pendrive Kingston 4Gb

Tu pun tak reti nak teka. Tah ape-ape la korang ni. (Suka-suki aku je nak sound-sound orang kan… Hak3. Pedulik! )

Aku beli hari tu. Sebelum ni aku nyer pendrive saiz 256Mb je. Kecik je saiz die. Masa dulu-dulu takde pun orang nak beli saiz yang besar-besar sebab mahal. Tapi skang ni saiz yang besar dah murah dah.

Nak baca sambungan dia…

Dulu aku punye kecik, tapi sekarang dah besar

Ucapan: Sebelum apa-apa hal, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 1429 kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Diharapkan korang dapat melaksanakan matlamat korang untuk tahun ini dengan jaya nye. ;)

Dulu semuanye kecik-kecik je. Takde pun terpikir nak yang besar-besar. Aku pun tak tahu. Maybe masa tu tak popular sangat kot saiz yang besar-besar ni. Entah la… Tapi ada orang kata, lagi besar, lagi best.

Aku punya dulu kecik je. Takde pun nak besar-besar ni. Nak buat apa kan kalau besar-besar? Walaupun member-member aku punye besar, tapi dorang pun tak tahu nak buat apa sangat ngan saiz yang besar tu. Last-last, terbiar je macam tu. Lebih baik saiz kecik je kan, macam aku punye?

Tapi setelah beberapa tahun aku punye asyik kecik je, so hari ni aku tekad dan telah mempunyai saiz yang besar. Giler punye besar berbanding dengan aku punye sebelum ni. Entah berapa kali lipat aku pun tak tahu. Aku ingat nak yang besar lagi, tapi tak dapat la pulak.

Lagipun, member aku ada cakap, lagi besar, lagi tak elok. Hurm…betul gak cakap dia. Aku setuju dengan pendapat die tu. So aku pun pilih la yang kedua terbesar. Baru puas kalau kita punya besar kan…

Tapi…apa yang kecik, besar tu?

Tak Best – Alien vs Predator 2

Aku baru je balik kuar dengan gf aku nih. Hu3. Gi tengok wayang cite Alien vs Predator 2 dekat Tebrau City. Hurm…bagi aku, aku bagi 2.5 daripada 5 bintang untuk cerita ini. Memang betul cakap kawan aku, cerita ni tak best. Aku ingatkan die saje cakap tak best sebab die memang tak suke tengok cite-cite macam ni. Rupe-rupenye, memang betul tak best. Rugi je tengok.

Alien vs Predator 2 mengisahkan pergaduhan antara Alien dengan Predator. Dan yang sadisnye adalah, dorang jadikan Bumi ni sebagai tempat pertarungan dorang. Apa ke pelik dorang ni. Banyak-banyak tempat, kat Bumi jugak dorang landing. Ish3. Bermula dari terhempasnya kapal angkasa Predator ke Bumi telah menyebabkan spesis-spesis alien membiak dengan banyaknya di sebuah bandar yang bernama Gunnison, Colorado.

Nak baca sambungan dia…

Pelancaran Ubuntu Newbie Malaysia

Ubuntu Newbie Malaysia

Alhamdulillah… Akhirnya terlaksana jugak hasrat aku untuk membuat website yang khusus untuk Ubuntu ini. Setelah menerima beberapa pandangan dan pendapat untuk website Ubuntu tu, aku berjaya melancarkan website Ubuntu tersebut. Terima kasih kepada korang semua yang membuat undian untuk website Ubuntu aku itu. Terima kasih.

Ubuntu Newbie Malaysia merupakan sebuah lagi website yang dihandle oleh aku. Oh, banyaknye website aku. Hu3. Website Ubuntu ini akan fokus kepada Ubuntu dan aku akan kongsikan segala tips dan kaedah yang aku pelajari sepanjang aku menggunakan Ubuntu ini.

Nak baca sambungan dia…

Selamat Tahun Baru 2008

Dem! Aku tak tahu nape aku nak kene tulis entri untuk tahun baru 2008 nih. Tengok ramai orang buat, aku pun terikut-ikut nak buat. Aku tak boleh macam ni. Tak boleh! Mana boleh orang lain mempengaruhi pemikiran aku. Dorang yang sepatutnye kene dipengaruhi oleh aku. Dia, dia, dia, dia, dia, dia dan dia ini lah yang bersalah. Dorang ni memang bijak. Sehingga aku terpengaruh untuk buat entri ni.

Walau apapun, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua pembaca dan blogger di Malaysia ini. Dan tak lupe juga kepada semua rakyat Malaysia yang bersepah-sepah di merata dunia. Kalau korang baca entri aku ni, tahniah aku ucapkan dan terima kasih sebab ianya bemaksud, blog aku ni popular hingga ke England.

2007 sudah berlalu. Pelbagai kenangan suka dan duka dilalui kita bersama. Macam-macam perkara yang aku berjaya, yang aku gagal lalui sepanjang tahun ni. Dalam tahun 2007 saje, aku dah beli 5 domain baru (Tentang Cinta, Everything About Vista, My Nseries Blog, Blog Aku, Need Backlinks Web Directory). Ish3. Dan hari ini, aku telah beli 2 lagi domain. Satu untuk website Ubuntu dan satu lagi untuk website pengiklanan. Akan aku cerita pasal website pengiklanan tu dalam entri-entri yang akan datang.

Nak baca sambungan dia…