External Hard Disk la pulak…
Tahun lepas, aku beli monitor baru. Tak lama selepas itu, aku beli graphic card baru. Then tahun ni, aku beli pendrive baru. Tak lama selepas itu, aku beli external hard disk baru. Tapi kali ini, external hard disk tu bukan aku punya, awek aku yang punya.
Seperti biasa, memang aku akan beli barang-barang komputer kat Century. Aku pun tak tahu nape aku suka sangat nak beli barang komputer dekat sana. Mungkin aku kena pukau mungkin. Lagi-kagi sebelum kau masuk ke kedai komputer itu, kau telah disambut dengan patung belon Intel. Dasyat bukan?
Aku beli external hard disk bersaiz 80Gb dengan harga RM189. Awek aku nak guna external ni sebab hard disk laptop dia dah nak penuh dah. Penuh dengan movie-movie yang aku bagi pada dia. Hu3. So inilah dia gambar external hard disk itu.

Biasa saja bukan? Tapi ianya bukan biasa. External ini luar biasa. Kenapa? Sebab casing dia second hand. Siut je! Dah la baru beli, tapi dorang boleh pulak bagi aku casing yang second hand. Tak sampai 5 minit aku sampai bilik, aku kuar balik gi kedai tu.
Sampai-sampai je aku pun sound la Raja (lelaki India yang bekerja di situ).
“Ni you bagi yang second hand ke ape ni?”
“Eh, takde lah. Mana sini kasi tengok.”
“Ni ha casing dia second hand” (sambil aku tunjuk pada tempat cucuk USB tu yang dah bercalar-balar sebab dah digunakan oleh orang sebelum ini)
“Oh, sorry, sorry. Saya kasi yang lain.”
Dia pun bukak almari kaca dan berikan aku casing yang baru.
“Cuba you check dulu. Ni baru punya ni saya rasa. Itu plastik pun belum bukak lagi.”
Kemudian Raja pun bawak casing tu pergi ke kaunter kat belakang sambil tanya pekerja gadis Melayu perihal casing second hand itu. Dan aku pun belek-belek la casing tu.
“Boleh tak bang?”
“Ok, ok. No problem.”
Lalu, aku pun belah balik ke bilik aku. Sampai-sampai je kat bilik, ape lagi. Aku pun bukak la casing baru awek aku tu. Tapi sebelum itu, kita snap satu lagi gambar.

Amacam? Cantik tak itu kaler purple tambi? Banyak cantik. Kemudian, aku pun pasang la external tu. Yang casing baru ni ada screwdriver. Yang sebelum ni takde screwdriver. Siut je dorang ni tipu aku kan…
So ape result die?

Inilah dia external hard disk itu. Yang cantiknya sebab lampu dia berwarna biru. High beam tu LED ni. Smart gile bagi aku. Kire matching la lampu LED dia dengan LED CPU aku tu. Hu3.
Ape? Gambar ni jauh sangat? Ok, ok. Aku close up lagi khas untuk korang.

Ha…itu dia. Shoot dari depan pulak. Amacam? Mau beli ka tambi? Hua3. Selepas je aku tangkap gambar ni, aku pun transfer la movie-movie yang best untuk awek aku. Hu3.
Cerita yang aku bagi pada awek aku adalah cerita “The 10th Kingdom“. Yang pernah kuar kat TV pada tahun 2000 dulu. Sila-sila jamu mata korang dengan intro dia di atas ni.
Owh…sebelum aku terlupa. Hari Sabtu ni aku akan ke Singapore. So nanti-nantikan entri berserta gambar-gambar menarik dari aku ya.
Baca Yang Ni Pulak
- Puasa 2006 Day 20 – Assignment la pulak - Selepas hilang sedikit sengsara, kini aku nak kene siapkan keje...
- Kerianganku disambut dengan Kesedihan - Hari ini merupakan hari keriangan buat diri aku sebab hari...













kalau aku,beli casing yg mobo dia besar…bukan setakat cucuk kat kepala dia je….pengalaman memakai casing yg cucuk kepala je membuatkan aku tak senang duduk + frust + bengang + cuak + memacam lagi…sejak pakai casing mobo besar 3 tahun lalu,aku rase selamat + yakin + bersemangat …hohoho… ko org lame pun boleh dia bagi barang sekend…haha…aku rase,ko salu puji kedai dia sgt,sampai layan ko camtu…pasni ko kene tegas sket kot…..wei…cytech rm180 leh dapat barang same cam ko…hahaha… :p
bilalah aku nak beli satu.
hohoho…tu la orang sekarang meniaga….tak kira apa bangsa…x cilok x sah…hahahaha….Purple tambi ka kaler tu? macam biru je…macthing ape ngan LED die…nampak smart….
Dem! Sebab last haritu aku check harga dorang tak banyak beza. Cytech RM188, Century RM189. Thats why aku gi Century tu. Kau check harga tu bile?
Hari esok la kau beli satu brader. Hu3.
Purple la brader. LED tu je kaler biru.
lepas nih nk gi mane2 leh bawak external HDD plak..hehehe..mmg layan la..:)>-
ingatkan movie apa la ko kasi awek ko tgk… huhuhu… =|
bro ade link nk download cite tu x??? layan dowh cite 2…..:d:d:d
Hu3. Awek aku la yang boleh bawak layan external tu ke mana2. Bukannye aku. Aku just gune pendrive je. 4Gb pun dah cukup besar dah tu.
Heh! Nape pulak brader?
Alamak, aku dah delete dah la brader link die dalam collection aku. Kalau tak leh bagi kau.
xpe2.. gua akan berusaha dengan lebih gigh nk carik movie tu…. :d:d
muvi banyak kasi burn dlm dvd je..
=|