Tak Best - Alien vs Predator 2

Aku baru je balik kuar dengan gf aku nih. Hu3. Gi tengok wayang cite Alien vs Predator 2 dekat Tebrau City. Hurm…bagi aku, aku bagi 2.5 daripada 5 bintang untuk cerita ini. Memang betul cakap kawan aku, cerita ni tak best. Aku ingatkan die saje cakap tak best sebab die memang tak suke tengok cite-cite macam ni. Rupe-rupenye, memang betul tak best. Rugi je tengok.

Alien vs Predator 2 mengisahkan pergaduhan antara Alien dengan Predator. Dan yang sadisnye adalah, dorang jadikan Bumi ni sebagai tempat pertarungan dorang. Apa ke pelik dorang ni. Banyak-banyak tempat, kat Bumi jugak dorang landing. Ish3. Bermula dari terhempasnya kapal angkasa Predator ke Bumi telah menyebabkan spesis-spesis alien membiak dengan banyaknya di sebuah bandar yang bernama Gunnison, Colorado.

[BEGIN: Warning! Kat bawah ni ada spoilers]

Plot jalan cerita ni so, so la tapi boleh la kalau korang nak tengok. Cume yang aku tak puas hati nye kat ending. Macam cerita ni dorang nak habiskan cepat je. Punye la senang dorang nak matikan alien ngan predator tu. Jatuhkan sebijik bom nuklear dengan orang awam sebagai umpan, terus habis cerita. Senang je ek? Nape dorang tak buat masa awal-awal tu?

Tapi kesian la jugak kat mereka-mereka yang menjadi umpan oleh Colonel yang tak berperkemanusiaan tu. Habis satu bandar musnah. Dah la ramai yang mati ke bunuh ngan alien tu. Tambah pula dengan bom nuklear tu. Bagi aku, aku rasa pembunuh sebenar adalah Colonel tu sebab die yang bunuh semua alien tu.

Yang predator tu pulak even die dah kene cucuk dengan alien, tapi die still boleh berlawan. Die still boleh kalahkan semua alien-alien yang ada. Takyah gune bom nuklear. Manusia ni memang pemusnah sejagat. Adoi la…

[END: Warning! Kat bawah ni ada spoilers]

Kesimpulan, if korang nak tengok gak cerita ni, korang tengok la. Tapi aku dah bagi rate, Tak Best. So paham-paham je la. Hu3. Kalau korang tengok and tak puas hati, jangan salahkan aku. Salahkan director cerita tu yang nak cepat habis cerita ni sebab nak tayang time Krismas hari tu.

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

15 Responses to “Tak Best - Alien vs Predator 2”

  1. aku dah tau awal2 movie ni tak best.. member aku gak yg bagitau. pasal ending die a jadi tak best… cam cite anaconda 2. pakai bom je tuk bunuh semua. tak menarik langsung idea [-(

    January 6th, 2008 | 12:01 am | Quote
  2. haha…tapi cite i am legend best walaupun guna bom gak time ending…ekekek…

    January 6th, 2008 | 12:20 am | Quote
  3. #shadow - Hak3. Aku gila setuju dengan pendapat kau. Sape2 yang nak tengok cite ni, takyah la… Better tunggu DVD die kuar. (aku tak cakap DVD pirate hokey).

    #melayubuntu aka syahid :p - I am Legend tu best coz hero die memang akan jadi legend. Lagi pun memang hero die tak kuat. Ni alien lawan ngan predator. Last2 bom gune bom nuklear je, baik tak yah. Hu3.

    January 6th, 2008 | 12:26 am | Quote
  4. Aku tak suka citer ni sejak yang pertama dulu lagi.

    January 6th, 2008 | 1:53 am | Quote
  5. nasib baik aku pulih Anak Halal dari tgh Alien ni…

    January 6th, 2008 | 8:03 am | Quote
  6. :d kesian kat ko erk…yang penting ko tengok jugak dan tidak menyokong cetak rompak

    January 6th, 2008 | 8:05 am | Quote
  7. #mazudi - Betul2 tak suka kau nih. Ish3.

    #Wizurai - Aku cerita melayu jarang tengok kat wayang. Kecuali kalau cite apek berlakon. :D

    #kita - Hu3. Aah. Kesian kat aku kan… Hik3.

    January 6th, 2008 | 10:55 am | Quote
  8. OK..tak jadi nak tgk..hoho..sedut je.. lol

    January 6th, 2008 | 10:44 pm | Quote
  9. hehehe… ko ni laa… minat betul la ngan si apek tu… :d

    January 6th, 2008 | 11:51 pm | Quote
  10. Hohoho, lain kali percayalah diriku inih…. baik tengok Enchanted doploh kali!!!

    January 7th, 2008 | 5:00 pm | Quote
  11. Cik cypher tlg betulkan nama saya di komen sebelum… Takut kena spam lahhh

    January 7th, 2008 | 7:52 pm | Quote
  12. #xero - Tindakan yang bagus tapi kurang tepat.

    #wizurai - Best dowh apek. Hu3.

    #Azhar - Erks! Nak aku tukar semua ke?

    January 7th, 2008 | 10:17 pm | Quote
  13. huhu nasib baik aku pilih National Treasure over AVP2 ni last week heheh

    January 8th, 2008 | 10:17 am | Quote
  14. haha. layan dvd pirate je. malas nak beli yg ori :d

    January 9th, 2008 | 10:24 pm | Quote
  15. memang tak best. sama jugak dgn cite cloverfield yg aku g tgk baru ni. last2 bom jugak. xde ending yg menarik. x berbaloi g cinema huhu

    January 20th, 2008 | 3:14 pm | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »