Adsense yang beribu-ribu

Hari ni aku ingat nak cash-out kan Adsense aku. Tapi rasa malas pulak nak gi CIMB walaupun bank tu tak la jauh mana pun. Aku punye earnings takde la sampai beribu-ribu. Sekadar cukup makan je la setiap bulan. Boleh la jugak aku gunakan untuk duit belanja makan minum aku and jalan-jalan dengan awek aku.

Dalam aku merantau-rantau menjenguk website yang ada di Internet, terjumpa beberapa website yang memberitahu earning yang dorang dapat daripada Adsense. Ada yang dapat beratus-ratus Ringgit Malaysia, ada yang dapat beribu-ribu Ringgit Malaysia. Entah bila la aku akan dapat duit sebanyak beribu-ribu tu.

Mana la tau kan. Kalau dah boleh dapat duit sebanyak tu, boleh la duduk rumah je. Tak yah keje and update website je. Tak pun, jadikan blogging ni sebagai part-time bila balik dari kerja. Kalau kerja gaji dapat RM2500 + dengan duit dari Adsense RM2500, dah dapat RM5000 untuk sebulan. Kan best macam tu.

Nak baca sambungan dia…

Bila kau malas nak update…

Aku tak tahu kenapa minggu ni aku malas nak update website-website aku. Sejak balik dari Singapore hari tu, aku takde mood nak menulis and update website. Rasa-rasa korang, korang tahu tak apa sebabnye?

Lepas saje aku balik dari Singapore, aku asyik nak rehat je. Rasa malas je nak update website nih. Mungkin semangat aku tertinggal kat Pulau Sentosa mungkin. Wargh!

Nak kata takde idea, banyak je idea dalam kepala aku ni. Dalam draft Blogdesk pun berlambak point-point yang aku dah tulis. Cuma nak mengarang je yang aku takde mood lagi. Just taip tajuk, point-point sikit, dah. Tu je. Isi-isi nye, takde lagi.

Korang pernah tak alami masalah seperti aku ni? Atau aku sorang je yang ada masalah macam ni. Tapi memang betul, kita mesti ada mood untuk melakukan sesuatu. Bile ada mood tu, baru la rajin je nak menulis ni ha. Ni pun aku saja-saja nak bagitahu korang yang aku takde mood nak update website selepas aku berhepi-hepi tengok cerita Warlords. Korang dah tengok? Best gak la cerita ni..

Cirit or Die?

Disebabkan aku takde mood lagi nak buat entri pasal trip aku ke Singapore hari tu, so mari kite berhibur dengan video kat bawah ni. Hak3. Video ni buat aku tergelak giler. Sampai menangis aku tengok video ni.

Thanks to groupmate aku, Mat, Anas, Ayep and Hakim (walaupun kau takde masa tu) sebab dorang ni la yang tunjukkan pada aku pasal video ni. Enjoy…

Owh, cirit or die? :-?

External Hard Disk la pulak…

Tahun lepas, aku beli monitor baru. Tak lama selepas itu, aku beli graphic card baru. Then tahun ni, aku beli pendrive baru. Tak lama selepas itu, aku beli external hard disk baru. Tapi kali ini, external hard disk tu bukan aku punya, awek aku yang punya.

Seperti biasa, memang aku akan beli barang-barang komputer kat Century. Aku pun tak tahu nape aku suka sangat nak beli barang komputer dekat sana. Mungkin aku kena pukau mungkin. Lagi-kagi sebelum kau masuk ke kedai komputer itu, kau telah disambut dengan patung belon Intel. Dasyat bukan?

Aku beli external hard disk bersaiz 80Gb dengan harga RM189. Awek aku nak guna external ni sebab hard disk laptop dia dah nak penuh dah. Penuh dengan movie-movie yang aku bagi pada dia. Hu3. So inilah dia gambar external hard disk itu.

16012008004

Biasa saja bukan? Tapi ianya bukan biasa. External ini luar biasa. Kenapa? Sebab casing dia second hand. Siut je! Dah la baru beli, tapi dorang boleh pulak bagi aku casing yang second hand. Tak sampai 5 minit aku sampai bilik, aku kuar balik gi kedai tu.

Nak baca sambungan dia…

Bagaimana untuk memulakan blog?

Ramai yang tanya aku macam mana aku boleh handle blog yang banyak. Aku bukannya ada satu, dua atau tiga, tapi aku ada 6 blog. Aku tahu, ada orang yang mempunyai lagi banyak blog dari aku tapi dorang pun macam aku. Ada cara tersendiri bagaimana untuk handle blog-blog yang banyak tu. Lain orang, lain caranya. Tapi, itu bukan tujuan utama untuk entri kali ini. Entri ini aku nak berkongsi dengan korang semua bagaimana untuk memulakan blog.

Zaman sekarang ni ada lagi ke yang tak tahu apa itu blog? Atau juga dikenali sebagai weblog? Kalau korang tak tahu blog tu apa, blog tu seperti yang korang lihat sekarang ni la. Sebuah platform di mana korang boleh kongsikan segala idea, pendapat, perasaan, pengetahuan, isu terbaru dan segala-galanyanya yang korang nak sampaikan kepada orang lain. Mungkin ada yang berkata buat blog ni bukan bagus pun, menceritakan hal peribadi pada orang lain. Memang betul pun, ada blog yang sangat-sangat personal. Ada blog yang menceritakan hal peribadi sendiri, tapi biarlah dia. Dia nak menceritakan dan berkongsikan kisah hidup dia. Tak salah kan? Mana la tau nanti pada suatu ketika nanti, dia dah takde. Boleh la korang membaca kisah kehidupan dia sepanjang dia hidup.

1. Percuma atau host sendiri?

So berbalik kepada topik kita. Bagaimana untuk memulakan blog? Well, ianya tidaklah sesusah mana pun. Terdapat pelbagai service yang disediakan di Internet. Yang utama dan yang selalu orang pakai pada zaman sekarang ni adalah, Wordpress.com dan Blogspot.com. Kedua-duanya mempunyai rating yang baik pada ketika ini. Tapi bagi aku, korang pilih yang Wordpress sebab ianya lagi mudah, fleksibel, banyak themes dan stucture yang kemas.

Tetapi, kalau nak best lagi, korang beli la hosting dan domain sendiri. Lagi best. Lagi senang korang nak handle blog korang sebab korang bebas untuk melakukan apa saja apa blog korang tu. Kalau gunakan servis-servis percuma ni, selalunya pergerakan kita terhad dan tak boleh nak buat macam-macam. Lagiun, sekarang ni hosting dan domain dah murah dah. Korang boleh dapatkan domain serendah RM28 setahun dan hosting pakej 5Gb dengan harga RM68 setahun. Dah murah sangat-sangat dah tu. Setahun, tak sampai pun RM100 korang bayar. Kalau sehari simpan duit RM1 x 5 hari x 4 minggu x 12 bulan, korang dah boleh kumpul duit sebanyak RM240. Ha, lebih dari RM100 tu… Takkan la tak boleh nak beli hosting ngan domain sendiri.

Nak baca sambungan dia…