Guna BlogDesk untuk Berblog

Bagi kepada mereka-mereka yang tegar dalam blogging, aku sarankan korang menggunakan BlogDesk sebagai blog client korang. Dengan BlogDesk, korang akan lebih senang untuk mengupdate blog korang itu. Aku sudah lebih 3 tahun menggunakan BlogDesk. Sudah banyak blogging client yang aku dah cuba dan BlogDesk lah blogging client yang terbaik dan sesuai untuk blogger seperti korang semua.

Kenapa BlogDesk?

BlogDesk adalah percuma. Memang aku tahu ramai di antara kita suka pada benda-benda yang percuma ini. Dan jangan terpengaruh dengan anggapan barang-barang yang percuma selalunya kualiti dia tidak memuaskan. BlogDesk sangat-sangat berbeza. Walaupun ianya percuma, tetapi function yang disediakan oleh BlogDesk memang menepati cita rasa seorang blogger.

blogdesk-01

Interfacenya yang ringkas dan mudah dicapai dengan hanya satu klik sahaja, memang amat memudahkan kerja seorang blogger. Kalau tak, takkan la sampai 3 tahun aku masih menggunakan BlogDesk ni. Tak gitu?

Selain daripada itu, BlogDesk sangat compatible dengan semua blog engine yang ada di dunia ini. Terutama sekali dengan Wordpress. Kalau korang tidak menggunakan Wordpress pun, korang still boleh gunakan BlogDesk untuk blog korang di Blogspot.

Nak baca sambungan dia…

Rahsia Buat Duit dengan Blog

Ramai yang menghantarkan email kepada aku bertanyakan macam mana aku buat duit dengan hanya blog. Disebabkan ramai yang bertanya, so aku terpaksa membuat satu artikel berkenaan dengan rahsia buat duit dengan blog.

Aku tahu, ramai yang teruja apabila dengan hanya blog sahaja, korang sudah boleh mendapat beratus-ratus ringgit sebulan. Ada juga yang tidak kurang hebatnya yang memperoleh beribu-ribu ringgit dalam sebulan. Semuanya itu diperolehi dengan hanya berblog. Memang aku tidak nafikan memang ada orang sedemikian di dunia ini. Tetapi, bagaimana dorang boleh buat duit dengan blog? Mari aku bongkarkan rahsia tersebut.

Blog Contents

First sekali, isi kandungan blog korang mestilah mantap dan unik. Takkan la apa yang visitor boleh baca dekat blog lain korang pun nak jugak tulis benda yang sama? Cuba kasi unik sedikit blog korang itu. Biar spesifik dan korang tahu apa yang korang nak berikan pada visitor. Dengan cara ini, akan lebih ramai visitor yang datang ke blog korang sebab blog korang berbeza dengan blog orang lain.

Cuba jadikan blog-blog yang terkenal di Malaysia dan di luar sana sebagai rujukan. Lihat macam mana gaya penulisan dan gaya pendekatan yang dorang berikan kepada visitor dorang.

Nak baca sambungan dia…

Blogger, Gunalah Wordpress

powered-by-wordpress-01

Bukan aku nak kata yang aku bias atau pun tidak tetapi memang aku sangat-sangat merekemen untuk para blogger yang baru menggunakan sistem enjin Wordpress. Ada beberapa sebab kenapa korang perlu menggunakan Wordpress. Di antaranya adalah…

Percuma

Sudah pasti Wordpress merupakan sistem blog yang percuma. Kalau tidak, masakan aku dapat menggunakan Wordpress pada kesemua blog yang aku ada? Team Wordpress tidak mengenakan sebarang bayaran pun pada mereka yang menggunakannya. Ini kerana mereka pun bloggers seperti kita. Jadi, mereka pun ingin berkongsikan platform yang mereka gunakan kepada kita semua supaya dunia blog ini tidak hanya dimiliki oleh mereka seorang sahaja.

Banyak Themes

Salah satu asset yang menarik dalam Wordpress adalah ia mempunyai pelbagai themes yang boleh korang gunakan. Sekarang ini, banyak website yang menyediakan gallery untuk memilih dan mendownload theme yang cantik-cantik dan memang menarik digunakan. Dah tu pulak, ianya percuma lagik. Selain daripada itu, kaedah untuk membuat theme Wordpress tidaklah sukar. Aku sudah buat beberapa themes untuk Wordpress. Themes blog yang korang sedang tengok ni pun dibuat oleh aku sendiri.

Nak baca sambungan dia…

Prison Break - Season 4

Setelah lama menyepi, akhirnya keluar juga Prison Break season 4 ini. Aku tahu pun selepas terbaca tajuk Prison Break - Time For Revenge dari blog Gie.

prisonbreak4-01

Kepada korang-korang yang masih belum tengok episod yang terbaru ni, korang boleh pergi ke blog Gie. Dia memang suka mengupdate tv series seperti ini. Ucapkan terima kasih pada beliau.

Nak baca sambungan dia…

1 September 2008 != 1 Syaaban 1429

Semasa aku sedang melayari laman web Berita Harian, mata aku terpaku pada sesuatu yang tidak betul. Biasalah manusia, mudah nampak benda yang tidak betul je. So aku pun snap la laman web Berita Harian itu. Cuba korang lihat gambar di bawah ini.

Setahu aku, 1 September 2008 bersamaan dengan 1 Ramadan 1429 sebab hari itu merupakan hari pertama kita umat Islam berpuasa. Tetapi, kenapa tiba-tiba bertukar jadi Syaaban pulak nih. Aku hairan.

Nak baca sambungan dia…