Domain Aku Beranak-pinak

Korang ada baca entri aku terdahulu pasal aku Giler Domain? Ya, aku sekarang ni tengah mendevelop satu project lagi baru. Project yang aku buat sebagai menyibukkan diri aku yang sibuk ni. Disebabkan nak mendevelop project ini, aku telah beli lagi satu domain. Ini telah membuatkan koleksi domain aku bertambah menjadi 6 buah. Muhahaha…

Hanya certain-certain orang je yang dah tahu dan dah tengok project aku tu. Sebab aku mintak dorang jadi beta tester. Tak susah pun dorang nak test. Senang je. Semua info dorang ada. Dorang just buat je.

Kepada korang yang tak tahu tu, bukan aku tak nak pilih korang jadi beta tester. Aku cume send invitation untuk jadi beta tester pun hanya pada mereka-mereka yang online di YM pada pukul 4, 5 petang tadi. Sape yang online je aku send. Sape yang tak tu, tak dapat la. Ngeh3.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton - I Am Legend

Semalam pukul 5 petang ketika aku sedang duduk bermain internet dengan syoknye, tibe-tibe hanset aku berbunyi “Incoming transmission!” (voice yang korang selalu dengar masa permulaan game Command & Conquer tu). Bunyi itu menandakan ada mesej yang baru masuk. Then aku pun baca mesej yang baru sampai tu. Rupa-rupanya, kawan aku, Waheda ajak gi tengok wayang. Apa mimpi dia ajak aku tibe-tibe ni? Tapi aku layankan je.

Aku gi bertiga. Kalau korang kata “Berdua Lebih Baik”, oh…tidak… Aku ajak member aku lagi sorang, Faiz namanya. Tempat tujuan kami sudah semestinya Tebrau City. Dah alang-alang nak membuang masa la katakan.

Sampai-sampai je kitorang terus gi tingkat atas sekali. Dalam kepala semua tak tahu nak tengok cite ape. Last-last aku yang decide nak tengok cite I Am Legend . Sebab aku nampak poster I Am Legend tu. Lagi-lagi Will Smith yang berlakon. Aku memang suke tengok cerita-cerita dia. Kalau nak tunggu budak-budak ni decide, memang tak tengok wayang la namanya. Dah beli tiket kitorang pun berjalan-jalan la dulu sementara nak tunggu pukul 7.40 petang.

Nak baca sambungan dia…

CypherFS-Redelicious - Theme baru lagik!

Aku dah lama nak buat theme untuk website My Nseries Blog aku tu. Tapi disebabkan takde idea dengan kemalasan yang melanda menyebabkan aku terpaksa hold mendesign untuk beberapa kalinya.

Namun begitu, kemalasan itu dapat aku bendung setelah aku bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa dan akhirnya masa bosan itu aku telah mendesign theme untuk blog aku tu. Aku tidak tahu apa yang terjadi dengan aku pada ketika ini. Aku tidak balik ke rumah sebab aku bercadang hendak menyiapkan projek tahun akhir aku. Tetapi bende lain yang aku buat. Projek aku tu takde progress pun setakat ni. Ouch!

Berbalik kepada tajuk asal. Tema untuk theme ni adalah merah. Sebab itu aku namakan theme ini sebagai CypherFS-Redelicious. Aku rasa tak berapa sesuai warna merah dengan untuk Nseries. Tapi aku layankan ajer. Semuanya siap dalam satu hari. Dari segi mendesign sehinggalah part aku nak menguploadkan theme ni ke server.

cypherfs-redelicious

Cume satu bende je yang aku tinggalkan. Website tu tidak mempunyai logo tersendiri. Aku takde idea sebenarnye nak mereka-reka logo nih. If korang ada idea or korang boleh buatkan satu logo untuk aku, aku amat mengalu-alukan. Ada la habuannye nanti. Hu3.

Nak baca sambungan dia…

Kepoweran!!! Entri Tak Hengat!!!

Ya! Entri kali ni memang tak hengat kepoweran graphic card baru aku. Korang mesti ternanti-nanti entri terbaru aku ni bukan? Mesti korang makan tak kenyang, mandi tak basah sebab menanti entri terbaru aku ni.

Jadi, di sini aku ingin menjamukan korang dengan screenshot yang aku amik semasa aku main game Need For Speed ProStreet. Dan ada jugak la screenshot yang aku mintak orang lain tolong amikkan. Sebab masa tu aku tengah race kan… Jadi, saksikanlah…!!!

Iklan: Kalau korang nak tengok paparan yang lagi best, click je pada gambar. Aku bagi korang gambar yang lagi besar dari ni. Muahahahahaha… Gelak, gelak… Muahahahahaha…

nfsProStreet005-thumb
Di selekoh yang tajam aku mencelah…

nfsProStreet009-thumb
Berhenti jap aku turun dari kete dan snap lagi satu gambar…

Nak baca sambungan dia…

Bandung Cincau Coklat

Aku ada soalan cepumas untuk korang. Korang pernah minum tak air bandung cincau? Ye, air yang sedap lagi menyedapkan tu. Korang tahu tak macam mana cara nak buatnye? Ho3. Mari-mari aku citekan.

Cara dia senang je. Mula-mula, korang buat air bandung. Ala…just masukkan sirap, tuangkan susu pekat manis tu then kacau-kacau sikit ngan air masak. Bile warna dia dah jadi macam warna pink tu, korang masukkan la cincau. Dah jadi air bandung cincau. Hua3. Senang bukan?

Tapi…tengahari tadi aku punye air bandung cincau bukan warna pink or merah-merah tu. Die warna coklat. Korang nak tahu macam mana kisah die? Kisah die berbunyi macam ni…

Nak baca sambungan dia…