post

Gigabyte ATI Radeon HD2600XT milik aku

Beberapa minggu yang lepas, aku baru sahaja beli monitor baru, Monitor LCD Samsung 732N Plus yang berharga RM599. Tapi, mungkin disebabkan PC aku ini teringin sangat untuk merasa graphic card baru, telah menyebabkan kepala aku menjadi runsing. Runsing, pening memikirkan duit aku yang akan keluar lagi. Tak tidur malam aku dibuatnye. Ye lah, duit aku akan keluar mengalir ibarat matahari yang menyinari kebun bunga sayur. Owh…

20071203 03
Kotak dia je dah besar macam motherboard aku

Aku tak tahu dah berapa bulan PC aku ini mengandung sehinggakan dia mengidam untuk mendapatkan graphic card baru. Macam-macam helah yang dia berikan, yang dia tunjukkan pada aku. Konon-kononnya nak aku belikan la tu. Tapi aku buat tak endah sahaja. Bila saja die cuba menunjukkan aksi-aksi yang kurang sopan, aku buat tak tahu je. Buat don’t know kata orang kampung aku. Namun begitu, helah yang ditunjukkan semakin menjadi-jadi. Semakin ketara kan dia nak aku belikan graphic card baru. Dan akhirnya, aku tewas.

20071203 05
Silau mata aku dengan kilauan Colgate itu

Setelah beberapa kali graphic card lama aku ini asyik restart, restart, restart, akhirnya aku terpaksa menggantikan Gigabyte ATI Radeon X600 Pro yang aku beli sekali dengan PC aku ini pada 3 tahun yang lalu dengan Gigabyte ATI Radeon HD2600XT (maklumat tambahan) yang berharga RM420 setelah dapat diskaun RM8. Telah banyak berjasa graphic card lama aku itu. Tapi, apakan daya. PC aku ini mengidam sangat sehinggakan dia teringin nak merasa graphic card baru. Aku terpaksa melayan kerenah dia.

20071203 07
Waktu ni PC aku sedang melonjak keriangan

Dalam suasana petang yang panas dengan matahari yang menyilaukan mata, aku pulang ke bilik aku dengan membawa sekotak graphic card yang bapak besar. Sebesar motherboard aku mungkin. Di dalamnya penuh dengan buku-buku manual yang akan membantu aku dalam memasang graphic card baru ini. Tak dilupakan juga bermacam-macam CD yang diberikan. Mereka-mereka ni suka memberatkan kotak itu ya? Tetapi, Cara memasangnya tidaklah sukar seperti korang memasang enjin kereta tetapi tidaklah sesenang seperti bermain permainan Lego. Korang kene ada teknik dan tektik yang betul supaya korang dapat keluar dari penjara seperti cerita Prison Break itu.

Dalam 15 minit duk berhempas pulas dengan testpen yang kecik lagi menyulitkan itu, aku ketatkan skru di casing CPU aku itu. Keletihan aku bertambah apabila saiz graphic card ini amatlah besar menyebabkan aku terpaksa mengalihkan hard disk aku up satu level ke atas. Berhempas pulas lagi aku dengan testpen kecik yang kecik lagi menyulitkan itu. Apakan daya, benda yang baik, datang dengan cara yang baik…

20071203 08
Gigabyte ATI Radeon HD2600XT sedang beroperasi

Dan akhirnya, setelah beberapa saat berlalu, tercapai jugak hasrat PC aku ni nak merasa graphic card baru. Aku harap, die dah tak la meragam lagi. Janganlah menyusahkan aku lagi. Aku dah berikan apa yang kau nak PC. Kau kasihanilah aku. Janganlah buat hal. Aku dah kering ni PC. Kang aku nak makan apa kalau kau asyik mengidam itu dan ini. Uwaaa… (korang join la aku nangis sekali)

Gears-of-War

Owh ya, sebelum aku lupa. Aku dah test dah graphic card baru aku ini dengan game Gears of War. Apa yang dapat aku katakan, SUPERRRBBBBB!!! Thanks to Manchur sebab memperkenalkan aku pada game ini. Ok, sambung balik nangis. Uwaaa…

Comments

  1. sayang abang =) says:

    ish3 cian bie syg nie..
    btw sape ye hubby PC bie tu..? :-?
    hik3 :p
    jom nanges same2 :( ( :d

  2. hahaha… cun tu gfx kad tu… aku pakai laptop so susah skit nak mengupdate. ape da nangis.. tanak aku join. :d

  3. hihi..grafik card adik-beradik dgn aku tue..ak pki ATI Radeon HD2600 PRO..xtau ape beza..hoho.. :d

  4. huhuhu, siot la, PC bole ngidam pula. Tak pasal2 tuannya kena layan kerenah. huhuhu :d/.

    Apapun mmg coolZ~

  5. [Comment ID #20599 Will Be Quoted Here]

    He3. Noty sangat2. :p

    [Comment ID #20600 Will Be Quoted Here]

    Duh… Join la. Baru kau terasa feeling masa baca artikel aku ni. Hua3.

    [Comment ID #20602 Will Be Quoted Here]

    If nak tahu beza die, jom fight NFS Pro Street. Aku baru je install semalam. Superb beb! :d

    [Comment ID #20605 Will Be Quoted Here]

    Ha3. Yang tu aku tak tahu brader, dah die yang duk ngidam sangat. Aku terpaksa layan. Kang tak leh aku nak buat keje if die merajuk2 nih. :d

  6. hahaha.. takde kojo aku nak join ko nangis.. awek ko leh a join.. :) )

    kalo ko nak belanje makan takpe aku join.. ahhaha

  7. aisey bro,need for speed pro street trial ker pirate?huhu..ak ade NFS carbon jek..mmg cun gambo..

  8. nfs street aku dah beli cd die tapi tak main lagi… malas lak nak main.. :d

  9. chis! aku x buleh nak tukar graphic card lagi sebab aku pakai AGP nye motherboard.kalau nak tukar kepada yang superb aku kena tukar mobo ke PCI dan tukar segala macam seperti RAM dan lain2..sedey

  10. mantap sey….hehe…beli pc lagi sebijik la camni…wakakaka…

  11. he he..PCIE eh grafik kad ni? :) nmpak mantap.. boleh rembat sebijik:-l

  12. :( (:((:(( aku lg laa kene tompang sedih..cuz mmg xde duit..sungguh2…arrrghh…tekanan…GC nih same ngan nV7900 ke??atau yg nih power lg..

  13. wuhuuu….geram siot tgk..ape kate ko campak kan screenshot game tuh sket tgk.. hohoho

  14. [Comment ID #20618 Will Be Quoted Here]

    ces! dari belanja kau makan lebih baik aku belanja awek aku makan. hua3. :d

    [Comment ID #20622 Will Be Quoted Here]

    aku nyer yang pirate. shhh…jangan cakap kuat2. kite cakap under table je. gambar die memang superb. aku dah high kan semua details die. memang lawo gambar die.

    [Comment ID #20625 Will Be Quoted Here]

    main la dowh. best gile. gerenti kau happy maksima.

    [Comment ID #20626 Will Be Quoted Here]

    AGP pun bukan ada yang power ke berada? tapi payah la nak dapat. mahal pulak tu if tak silap aku la.

    [Comment ID #20635 Will Be Quoted Here]

    hak3. tu dalam perancangan lagi brader. rilek2 dulu. kumpul duit. he3.

    [Comment ID #20641 Will Be Quoted Here]

    jangan rembat aku punye sudah. kang aku sekeh kau kan mael. :-l

    [Comment ID #20684 Will Be Quoted Here]

    aku tak tahu pulak yang tu. geforce ni aku tak check sangat. aku selalu follow up radeon je.

  15. [Comment ID #20691 Will Be Quoted Here]

    nanti bile2 aku free aku campakkan screenshot ku itu. jangan meleleh sudah la brader. :d

  16. bukan ke harge dia mmg rm420 kat cytect,,,diskaun 8 inggit..kedai mane tu…?save gile…8 inggit je bagi..kene beli gf8800gtx ni…aku nyer,7300gt je..ok la wat render2,men gem sket…janji support…hua hua..skang tgh takde duit..jgn citer pasal nak beli baru..kang majuk pc ni,payah plak nak wat kerje..he

  17. aku malas beli kat cytech. ramai dah yang aku dengar kene tipu je ngan cytech. barang cepat rosak. lagi pun aku dah compare dah harga dekat cerntury dengan cytech. kesimpulannye, century lagi murah. dan yang besh nye, century dah kenal aku.

    mana tak nye, dah madah aku asyik gi kedai die je kan… hak3.

  18. owh..ye ke..haha…aku pun bukan beli kat cytect…aku beli dvd je je kat sane..hahaha..setakat ni tak rosak lagi dvd aku beli :-l ..port aku plak kat meadow system…kedai dia standard..user lain cam mahal sket,tapi,kalo aku,mmg kaw nyer murah…yang tak tahannyer,pernah dulu aku beli hdd 160GB,dia terkasi 300GB..lepas aku check kat bilik 300GB,minggu depannye aku datang kedai dia..cakap dia tersalah bagi…pastu,dia cakap “owh..ye ke..betul..?..erm..takpela..jgn kasitau org lain..”…malas nak buka resit agaknyer…aku nyer pc,siap hutang dia rm30,aku cakap halal je la.. :p

  19. kau rasa kalau aku buat cara macam kau lepas tak? aku ingat nak sebat 320Gb punye. tapi aku buat2 mintak 120Gb. mana tahu kot2 die terbagi 320Gb. muhahahaha…

  20. [Comment ID #20692 Will Be Quoted Here]

    HD2600 tu lebey kurang ngan NV 7600GT je.. yg bezanya HD2600 tu pakai direct x10.. huhu technology baru je.. aku pun igt nak upgrade.. lame dah pakai 7300GT.. tp maybe tunggu 8800 jatuh gler2 hahaha sbb skrg ni ok lagi main game.. cung2 je..

  21. muahaha ati2600xt? xnk wat crossfire ke? benchmark guna 3dmark06 dpt brapa? nk tau gak..aku xder member yg guna ati..puas ati guna? game crysis buleh full suma x? betol2 full details punya? ada lagging x kalo main full spec? :d

  22. aku tak main game sangat. aku just beli je yang gempak2. tapi tak pun main game. hu3. malas dowh nak main game.

  23. owh ok xpo tny jer..nk tau performance jerk :d

  24. Nice reading. Like your site design as well. continue your good work.

Trackbacks

  1. [...] lepas, aku beli monitor baru. Tak lama selepas itu, aku beli graphic card baru. Then tahun ni, aku beli pendrive baru. Tak lama selepas itu, aku beli external hard disk baru. [...]

  2. [...] lagi barang PC aku sambar…walaupun ia tidak sehebat GC Cypher , aku berpuas hati dengan dia….aku lebih gemar Nvidia berbanding Ati …mungkin sebab ijau [...]

Speak Your Mind

*