Blog Aku

Dari seorang Blogger kepada seorang Entrepreneur dan Investor

A Malaysian blogger, photographer and entrepreneur.

About / Archives / Contact

  • Facebook
  • Google+
  • RSS
  • Twitter

Part of CypherFS Network.

Archives for December 2007

Undian untuk website Ubuntu

December 28, 2007 by Fauzi Mohd Darus

Edit: Aku dah buat dah website untuk Ubuntu tu. Untuk maklumat lanjut boleh baca entri ini.

Aku bercadang untuk buat website khas yang akan fokus kepada Ubuntu. Seperti yang kita tahu, memang dah banyak website Ubuntu yang berbahasa Inggeris. So aku pun ingat nak buat website Ubuntu yang focus untuk rakyat Malaysia. Kirenye lebih kepada blog la. Segala apa yang aku belajar dan yang aku buat dengan Ubuntu, akan aku kongsikan bersama di website Ubuntu tu.

Kat Malaysia ni yang buat website khas menceritakan Ubuntu adalah, melayubuntu.blogspot.com, ubuntubm.wordpress.com dan ejon.wordpress.com. Ketiga-tiga website ni memfokuskan Ubuntu kepada rakyat Malaysia. Yang aktif, hanyalah website melayubuntu.blogspot.com itu yang dimanage oleh saudara Syahid Ali.

{democracy:1}

So aku pun nak tanya korang la kan, korang rasa elok aku buat website Ubuntu dalam BM atau BI? BI memang dah banyak yang ada kat internet ni. Cume yang BM je yang kurang. Tapi kalau buat website dalam BI, leh la aku letak Adsense untuk generate income. Hu3.

[Read more…]

Filed Under: Projek

Celcom Broadband 3.6Mbps hanya RM98 sahaja

December 27, 2007 by Fauzi Mohd Darus

Ye! Korang semua mesti tidak percaya kan? Tapi itulah yang sebenarnye. Pada hari Sabtu yang lalu, aku telah check website Celcom. Saje-saje melawat website Celcom tu. Then bukak la page Celcom Broadband. Mata aku tertarik dekat satu bende ni. Pakej broadband 3.6Mbps tu skang ni hanya RM98 sahaja. Sebelum ni harga die adalah RM120. Sangat-sangat berpatutan bagi aku. Sebab still under budget aku, RM100.

celcom-d98

So tadi, aku pun pergi la ke Celcom kat JB ni. Tengok-tengok, dah tutup dah Celcom Center kat Taman Tasek tu. Dorang dah pindah tempat kat mana tah, aku tak tahu. Tapi die ada tunjuk peta la macam mana nak ke sana.

Aku gi Celcom Center pun just nak upgrade broadband aku ni ke pakej 3.6Mbps tu. Sebab UTM ni dapat HSDPA coverage. Thats why aku nak upgrade pakej tu. Cume masalahnye bile aku balik rumah nanti. Kat rumah aku tak dapat HSDPA network. Tapi aku dah bagitahu kat Celcom suruh dorang upgrade network kat kawasan rumah aku. Wah…macam manager pulak kan aku ni? Main suruh-suruh je. Korang mana berani. Wargh!

Filed Under: Artikel

Ubuntu Milik Aku

December 25, 2007 by Fauzi Mohd Darus

Memang dah lama aku teringin sangat untuk menggunakan Ubuntu. Sebelum ni just bermain dengan Live CD je. Tak best sangat kalau guna Live CD sebab korang takkan merasa ke-feel-an die.

Setiap kali keluar je version baru, aku akan mintak dorang hantarkan CD ke rumah aku. Yang terbaru untuk Ubuntu version 7.10 Gutsy Gibbon, aku telah mintak sebanyak 20 keping. Habis setiap kali ada je budak yang datang bilik aku, aku akan bagi satu. Dorang hairan kenapa aku bermurah hati nak bagi CD Ubuntu tu.

Screenshot-thumb
Image 1 – Kena run bende ni setiap kali aku nak gune Celcom Broadband

Namun begitu, pada tengahari semalam aku telah keluar ke Taman U untuk beli hard disk Western Digital Sata II 320Gb dan RAM DDRII 1Gb. Misi aku beli barang-barang ni adalah untuk install Ubuntu. Yeah!

[Read more…]

Filed Under: Projek

Selamat Hari Raya Aidiladha 2007

December 20, 2007 by Fauzi Mohd Darus

Selamat Hari Raya Aidiladha 2007

Kepada rakan-rakan sekalian, saya – Fauzi Bin Mohd Darus atau juga dikenali dengan gelaran CypherHackz ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2007. Maaf zahir dan batin. (Apa? Korang ingat Hari Raya Aidilfitri je ke leh mintak maaf?)

So kepada mereka-mereka yang balik kampung tu, aku ucapkan berhati-hati semasa memandu. Bawak kenderaan elok-elok. Jangan lupa pakai seat-belt. Even aku tahu kalau aku nasihat pun bukan korang nak dengar. Tapi aku bagi la jugak nasihat ni kan… Hu3.

Nanti dah habis beraya ni, jangan lupa datang website aku lagi. Mana la tau kot-kot aku ada entri yang best nak bagitau korang. Whatever pun, semoga korang happy di samping keluarga yang tersayang. 😉

Filed Under: Kehidupan

Ni la project nye…

December 17, 2007 by Fauzi Mohd Darus

Seperti yang aku janjikan, aku akan announce pasal projek aku tu. Projek tu takde la besar sangat pun. Just suka-suka je nak buat. Projek itu adalah… (bunyik dram sket)

Need Backlinks Web DirectoryNeed Backlinks Web Directory merupakan sebuah web directory yang berasaskan script PHP Link Directory yang aku beli beberapa hari yang lepas. Guna web directory ni adalah untuk meningkatkan pagerank website korang dan juga untuk menambahkan backlinks. Jadi, kalau korang nak naikkan PR, sila-sila, hantarkan korang nye link ke web directory aku tu.

Sekarang ni aku tengah buat promosi. So korang boleh submit link secara percuma. Tidak dikenakan bayaran satu sen pun dan tidak mempunyai hidden charge. Tetapi, promosi ni hanya valid sampai 31hb Disember 2007 ni je. Start tahun depan, caj akan dikenakan untuk setiap link yang dihantar. Tapi, takde la mahal pun. Murah je aku bagi.

[Read more…]

Filed Under: Projek

  • 1
  • 2
  • 3
  • Next Page »