BlogAku.Net berubah wajah

Yosh! Setelah adanya domain baru, kite mesti mempunyai theme baru betul tak? Kalau korang sokong cakap aku, korang cakap Yay!. “Yay!” Ha…bagus, bagus, bagus. Korang memang sporting.

Theme CypherFS-DSP

So semalam selepas sahaja habis exam Digital Signal Processing (DSP), aku pun dengan rajinnya membuka photoshop aku dan design theme yang korang sedang tengok sekarang ni. Theme yang aku tengah gune ni la. Memang takde plan langsung pun nak buat theme baru. Tapi bile dah tangan tu mencapai photoshop dan alang-alang nak buang masa pas habis exam, aku pun mula la mereka structure dan susunan untuk theme aku ni.

blogaku
Theme baru untuk BlogAku.Net

Theme ni aku namakan sebagai CypherFS-DSP. Takde nama lain yang aku terpikir masa tu. Last-last, aku letakkan aje nama CypherFS-DSP bersempena dengan exam DSP aku tu. Warna tema die seperti yang korang lihat adalah warna hijau dan juga biru. Saling tak tumpah seperti theme yang digunakan oleh saudara Azmie kite. Memang aku amik idea warna dari blog die pun. Hu3.

Ada la satu petang aku menghabiskan masa mengcoret-coret dekat aku punyer Photoshop tu. Dan satu malam aku menyiapkan coding dan edit-edit apa-apa yang perlu. Dan hasilnya, seperti apa yang korang lihat sekarang ini. Tepuk, tepuk, tepuk. Ah, tapi aku ingat nak tukar logo website aku tu. Tapi skang ni takde idea lagi. Ada sape2 yang ingin bantu?

Nak baca sambungan dia…

Selamat Tinggal myCypherHackz.Net

Setelah setahun menggunakan subdomain my.cypherhackz.net, akhirnya aku bercadang untuk menukar nama serta membeli domain yang khusus untuk blog ini. Nama yang aku berikan adalah, BlogAku.Net. Ya, kamu semua boleh melawat blog aku ini dengan hanya manaip www.blogaku.net diruang address bar di browser korang. Sila-sila update link anda. Kalau taknak update pun takpe sebab aku akan letak redirect ke domain yang baru ni jap lagi.

byebye
myCypherHackz.Net tinggal kenangan…

Kenangan myCypherHackz.Net
Dulu setiap kali korang masuk ke blog ini, korang akan dapat perhatikan bertapa gah nya perkataan myCypherHackz.Net terpampang di bahagian atas header theme ini. Tetapi kini ianya sudah berubah menjadi BlogAku.Net. Sob3. Korang janganlah bersedih. Bersabarlah… Walaupun title dan domainnya berbeza tetapi entrinya tetap sama dan orangnya masih sama. Aku ler tu.

Pada mulanya, memang berat aku nak tukar nama blog aku ini. Tetapi, apakan daya. Adakalanya kita perlu berubah. Adakalanya kita perlu mengambil risiko. Aku harapkan dengan nama baru dan domain baru ini, ianya dapat membawa blog aku ini lebih jauh ke hadapan. Lebih dikenali, lebih diingati. Siapa kata blogger tak punyai wawasan?

Pada tanggal 3 September 2006, blog ini dilahirkan. Macam-macam yang aku ceritakan di dalam entri sulung aku itu. Segala sebab munasab, semuanya aku ceritakan. Tetapi kini, blog ini dilahirkan untuk kali keduanya. Jadi, mari kita sambut kelahiran blog aku ini.

Nak baca sambungan dia…

My Name Is Earl - Season 3

Wah…kalau korang dah pernah tengok cerita My Name is Earl season satu dan dua, mesti korang nak tengok cerita ni jugak. Memang best dan enjoy. Tak menyesal kalau korang download. He3.

mynameisearl2

Tapi, aku paling suka lagu “Bad Boys” tu. Yang masa Earl ngan Randy masuk TV.

Bad boys, bad boys
Watcha gonna do whatcha gonna do
When they come for you
Bad boys, bad boys
Watcha gonna do whatcha gonna do
When they come for you

Memang best lagu tu. Aku siap carik lagi lagu tu and jadikan die sebagai ringtone kat hanset. Bad boys, bad boys, watcha gonna do, watcha gonna do. He3.

Earl-cast1
Dari kiri: Catalina, Earl, Randy, Joy, dan Crab Man

Nak baca sambungan dia…

Jemputan ke pelancaran Intel 45nm

Untuk entri kali ini, aku cuba untuk menaip dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Jadi, diharap kamu, kamu dan kamu jangan mentertawakan aku ya.

Pada dua hari yang lepas, aku telah menerima sepucuk emel (bolehkah aku menggunakan penjodoh bilangan ini Abang Zar ? Ho3.) dari seseorang yang bernama Melissa Tan. Aku sangat terkejut apabila menerima emel tersebut. Email tersebut berbunyi begini:

Hi Fauzi,

On behalf of Intel, I’d like to extend an invitation to you to Intel’s 45nm processor launch. You will find the invitation attached in your gmail. Do hope you’ll be able to make it. See you there.

Thanks!
Melissa Tan
Priority Communications

Dan ini merupakan kad jemputan yang diberikan kepada aku melalui emel.

intel invitation
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Rupa-rupanya, aku telah dijemput ke majlis pelancaran pemproses Intel 45nm di Megamall Mid Valley pada 13hb November 2007. Aku tersangat gembira tetapi malangnya pada hari tersebut aku mempunyai kertas peperiksaan Kejuruteraan Ekonomi yang wajib aku hadapi. Bukannya senang untuk memperoleh peluang sebegini (dahulu saya pernah berpeluang ke Intel Channel Conference), tetapi peperiksaan lebih penting dari majlis tersebut.

Mahu tidak mahu, aku terpaksa memberitahu Melissa yang aku tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Tetapi sebelum aku menghabiskan ayat-ayat aku, aku sempat memberitahunya yang aku berharap dapat pergi ke majlis-majlis lain yang akan diadakan oleh Intel. Ruginya…

Kepada kawan-kawan dan pembaca sekalian, sekiranya kamu diberi peluang sebegini, adakah kamu sanggup pergi ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melihat bagaimana majlis tersebut diadakan?

Pagiku bersama-sama blogku

Hari ini sangat indah kerana pagi-pagi lagi hariku telah dijamu dengan hiburan yang menarik. Dua episod Prison Break yang aku download semalaman telah aku layan. Korang dah tengok belum Prison Break episod 6 ngan 7? Semakin episod, semakin menarik.

prison-break

Kalau korang nak download, korang boleh gune link ni:

Prison Break Episod 6 | Prison Break Episod 7

Link-link kat atas tu aku sebat dari blog Epin tanpa permisi. Termasuk la gambarnye. Takpe kan Epin kan? Tak kene ape-ape bayaran kan? Kui3.

Pas habis aku layan Prison Break, aku terus mengupdate website-website aku. Mahu jugak la habis 2 jam mengadap Blogdesk aku ni duk mengarang ayat. Tapi aku just update 4 website aku je. Termasuk la website ni. Website My Nseries Blog, masih dalam proccess pembinaan sebab aku tengah nak decide kategori-kategori yang patut untuk aku letakkan kat website tu. Korang ada apa-apa cadangan?

Nak baca sambungan dia…