Kerianganku disambut dengan Kesedihan

Hari ini merupakan hari keriangan buat diri aku sebab hari ni aku ada last paper untuk exam aku bagi semester ni. Sekejap je dah habis satu sem ye? Dan sem depan merupakan semester terakhir aku di UTM ni. Setelah berhempas pulas dari 5 November sehinggalah 24 November, akhirnya aku telah berjaya menghabiskan exam-exam aku dengan jayanya.

24112007070
Monitor ku yang banyak jasanya…

Namun begitu, keriangan aku hanyalah sementara sahaja. Setelah habis sahaja exam, aku pergi makan tengahari. Orang kata, untuk berjumba-jumba la katakan. Nak enjoy setelah habis exam. Setelah makan aku pun balik la ke bilik aku. Sampai je di bilik, aku tengok monitor aku yang aku tutup (CPU still on) pagi tadi, masih lagi tertutup (mestilah tertutup kan sebab aku dah tutup suis die tu). Then, jari-jemari aku yang lentik lagi tirus (kalah orang pompuan) ni pun menekan la punat untuk menghidupkan monitor tu. Tekan sekali, tak nyala. Tekan dua kali, tak nyala. Tekan, tekan, tekan, tak nyala jugak. Hurm…kenapa ye?

24112007074
Kalau korang nak tahu, kotak ini amat ringan. Kotak la…

Mungkin monitor aku ni merajuk kot sebab semalam aku pergi tengok harga untuk monitor. Tengok-tengok, hari ni terus monitor tu merajuk. Terus tak nak hidup dah. Aku try jugak bukak dienyer casing die, tapi takde ape pun yang dapat aku buat. Aku bukan la Mac Gyver mahupun Dik Cerdas. So aku just lap-lap la ngan kain buang habuk yang mana ada tu. Shuh! Shuh! Tapi, bile aku pasang balik, still sama jugak tak mau die nak hidup. Nak tak nak, beli baru.

Ya…beli baru. Aku boleh je beli baru tapi masalahnya akan berlaku selepas itu, iaitu di manakah akan aku cari duit untuk membayar hutang aku dengan bos aku. Hu3. Tapi, sebab terpaksa, sebab aku nak gune monitor dan computer, terpaksa la aku beli monitor baru.

24112007076
Monitor LCD baru ku yang baru nak bermanja-manja…

Samsung 732N Plus, LCD version. Harga RM599 dengan 17inci termasuk 3 tahun warranty telah menggantikan monitor ku yang lama itu. Sungguh sedih tapi aku happy jugak. Sebab memang dah lama aku kepingin nak beli LCD monitor. Dan inilah masa nya. Harap-harap, monitor ni tahan lama la. Macam monitor Sony CRT 15inci aku tu yang aku dah gune sejak first ayah aku beli computer untuk kami sekeluarga. Huk3. Banyak kenangan…

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

18 Responses to “Kerianganku disambut dengan Kesedihan”

  1. hehehe… tahniah aa bang… dah abes exam… ciannyer monitor dah merajukkan diri…. ke ko sajer jer nak cari alasan… kekeke…

    btw… samsung good brand untuk monitor… ;) aku nyer TFT pun dah 4 tahun aku guna… stakat ni takder cacat cela aaa… :D siap bawa merata-rata untuk LAN party apa semua… pernah gak jatuh :o huhuu… tapi segalanya masih worait jer… ;)

    selamat bergembira ngan monitor baru… hehehe

    November 24th, 2007 | 8:07 pm | Quote
  2. hu3. ya memang aku tengah gembira. luas mata memandang nak buat kerja. mata pun tak sakit. he3. kepada sapa2 yang nak beli monitor baru tu, beli la samsung. (agak2 aku akan dapat komisen tak if aku promote dorang?) wargh!

    November 25th, 2007 | 11:49 am | Quote
  3. Bat

    Uiyoo..Samsung! Gerenti gambar jadi lawa…Tapi awat tak amik widescreen cypher? Harga monitor aku sama la ngan hang, tapi aku nya cap viewsonic..

    November 26th, 2007 | 3:11 am | Quote
  4. bukan aku tak nak amik brader tapi kang kalau aku nak buat design macam flash or website kang tak menjadi. die jadi strech macam tu. tak lawa. jadi pecah2. hu3. :d

    November 26th, 2007 | 8:32 am | Quote
  5. akunye LCD Acer AL1717..harga pun sama cam samsung ko. dulu xyah beli speaker..dh ada kat LCD. tp x best ah xde bass. aku beli sonic gear evo 5. pueh hati den hahaha. aku x suka widescreen. nati mata aku pun jd wide huhu

    November 27th, 2007 | 7:18 am | Quote
  6. hu3. aku gune sony punyer speaker. dari dulu lagi aku gune speaker tu. still elok dan mantap. no hal la kalau aku nak bagi budak sebelah biiik aku dengar. satu blok pun boleh. hua3.

    November 27th, 2007 | 9:59 am | Quote
  7. perghh..best gle…camne dh try ke maen games gune monitor nih..mesti best kan…heheheh

    November 27th, 2007 | 3:35 pm | Quote
  8. tak leh nak main game sebab grafic card aku rosak pulak. ni tengah duk berbalas2 email dengan orang ATI-Radeon nak troubleshoot masalah grafik card aku nih. huk3.

    November 27th, 2007 | 11:22 pm | Quote
  9. hoho..samsung centek nyer monitor… grafic card tuh pun nak suruh beli baru tuh..hahaha..baru ngam ngan monitor..hehehe

    November 27th, 2007 | 11:42 pm | Quote
  10. yerp yerp….aku prefer samsung antara sumer brand monitor yg ader kat pasaran…dulu masa aku memula pakai pc pakai samsung ler…yg CRT nyer version (betul ker term tu…da tak igt da…hehe) ader lar pakai dlm 3-4 tahun gak…:d/

    November 28th, 2007 | 6:06 am | Quote
  11. dr.xero on November 27, 2007 at 11:42 pm said:

    hoho..samsung centek nyer monitor… grafic card tuh pun nak suruh beli baru tuh..hahaha..baru ngam ngan monitor..hehehe

    hu3. aku terngah kering dowh. tak leh nak beli graphic card pulak. if kau nak support separuh, leh je aku nak gi beli xero oi… :p

    azmie on November 28, 2007 at 6:06 am said:

    yerp yerp….aku prefer samsung antara sumer brand monitor yg ader kat pasaran…dulu masa aku memula pakai pc pakai samsung ler…yg CRT nyer version (betul ker term tu…da tak igt da…hehe) ader lar pakai dlm 3-4 tahun gak…:d/

    betul apa yang kau katakan tu mie. CRT - Catod Ray Tube. aku pun balun je. betul ke tak perkataan penuh die tu.

    November 28th, 2007 | 9:07 am | Quote
  12. ni yang tangan aku gatal nak korek duit tabung ni..huhu:)>-

    November 29th, 2007 | 12:21 am | Quote
  13. sticker ubuntu yg kt monitor lama tu mana ko amek ar..cepat bg aku satu …aku nk jugak la..

    November 29th, 2007 | 4:26 am | Quote
  14. Fahmishah on November 29, 2007 at 12:21 am said:

    ni yang tangan aku gatal nak korek duit tabung ni..huhu:)>-

    korek brader. jangan tak korek. :-l

    adib. on November 29, 2007 at 4:26 am said:

    sticker ubuntu yg kt monitor lama tu mana ko amek ar..cepat bg aku satu …aku nk jugak la..

    stiker tu aku dapat pree je. ubuntu yang bagi kat aku. kau boleh request kat http://shipit.ubuntu.com

    November 29th, 2007 | 9:31 am | Quote
  15. salam… uik, dah tukar url… pergh sungguh pantas ko menukar yerk… aku baru tak masu sebulan dah tukar memacam, siap monitor baru lagi tuh :P

    weldone2.

    December 3rd, 2007 | 7:08 pm | Quote
  16. [...] minggu yang lepas, aku baru sahaja beli monitor baru, Monitor LCD Samsung 732N Plus yang berharga RM599. Tapi, [...]

    December 4th, 2007 | 3:36 pm | Quote
  17. [...] lepas, aku beli monitor baru. Tak lama selepas itu, aku beli graphic card baru. Then tahun ni, aku beli pendrive baru. Tak lama [...]

    January 18th, 2008 | 1:10 am | Quote
  18. Saya juga baru beli 732N Plus. Cuma dudukannya (kakinya) susah benar dipasang ya. Selain itu, nggak bisa dirotate ke depan sedikit. Posisinya harus miring 10 degree. Selain itu sih oke.

    February 6th, 2008 | 10:42 am | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »