Jemputan ke pelancaran Intel 45nm
Untuk entri kali ini, aku cuba untuk menaip dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Jadi, diharap kamu, kamu dan kamu jangan mentertawakan aku ya.
Pada dua hari yang lepas, aku telah menerima sepucuk emel (bolehkah aku menggunakan penjodoh bilangan ini Abang Zar ? Ho3.) dari seseorang yang bernama Melissa Tan. Aku sangat terkejut apabila menerima emel tersebut. Email tersebut berbunyi begini:
Hi Fauzi,
On behalf of Intel, I’d like to extend an invitation to you to Intel’s 45nm processor launch. You will find the invitation attached in your gmail. Do hope you’ll be able to make it. See you there.
Thanks!
Melissa Tan
Priority Communications
Dan ini merupakan kad jemputan yang diberikan kepada aku melalui emel.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.
Rupa-rupanya, aku telah dijemput ke majlis pelancaran pemproses Intel 45nm di Megamall Mid Valley pada 13hb November 2007. Aku tersangat gembira tetapi malangnya pada hari tersebut aku mempunyai kertas peperiksaan Kejuruteraan Ekonomi yang wajib aku hadapi. Bukannya senang untuk memperoleh peluang sebegini (dahulu saya pernah berpeluang ke Intel Channel Conference), tetapi peperiksaan lebih penting dari majlis tersebut.
Mahu tidak mahu, aku terpaksa memberitahu Melissa yang aku tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Tetapi sebelum aku menghabiskan ayat-ayat aku, aku sempat memberitahunya yang aku berharap dapat pergi ke majlis-majlis lain yang akan diadakan oleh Intel. Ruginya…
Kepada kawan-kawan dan pembaca sekalian, sekiranya kamu diberi peluang sebegini, adakah kamu sanggup pergi ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melihat bagaimana majlis tersebut diadakan?
Entri Lain Yang Berkaitan
No related posts.
8 Responses to “Jemputan ke pelancaran Intel 45nm”
Leave a Reply


Ahha, sesuka hati jer gunakan Nick spesel tu… nguahahha.. Apapun, rugi woo tak gi…
Peluang keemasan yang terpaksa di lupakan semata-mata kerana adanya peperiksaan. Bak kata orang tua-tua tiada rezeki. Teruskan usaha untuk menulis dengan bahasa melayu yang betul. Bahasa jiwa bangsa.
:d
exam lagi penting lah bro.
yg tu bila2 anytime pun boleh dpt.
Azhar Ahmad – Aku tahu ianya nama femes kau. Ngeh3.
Eizil – Memang peluang keemasan bro. Tapi nak buat macam mana. Dah memang tak dapat nak gi. Hu3.
syuxx – Yup. Exam lagi penting tapi rugi dowh tak dapat gi. Isk3.
huhuh…ish..best nye…..xleh pass kt org len ke jemputan tu..aku nk g jugak la…tp sen xde….arrghh :((:((:((
huhu..nak buat camana kalau dah takde rezeki..:D
sesungguhnya engkau adalah orang yang beruntung
Hu3. Tapi tak dapat pergi. Maybe ada sebabnye kot. Kite pun tak tahu kan…