Kenapa korang patut gune Celcom broadband?

Zaman sekarang ni kalau takde internet, korang seperti hidup di zaman yang takde internet. (aku dah start merapu dah…) Tanpa internet, sudah semestinya korang tak dapat nak masuk blog aku yang baru serba kehijuan. Segar mata memandang. Sejuk je bile membaca entri-entri yang aku tulis ni. Betul tak kawan-kawan? “Betul…” Bagus korang ni. Tepuk-tepuk untuk diri sendiri.

Ok berbalik pada isu yang aku nak sampaikan ni, iaitu kenapa korang patut gune Celcom broadband. Di sini, bukanlah aku nak promote Celcom broadband ni dan juga aku bukanlah nak jatuhkan pesaing-pesaing die, tetapi aku just ingin berkongsi dengan korang perihal Celcom broadband ni. Seperti yang kita tahu, di Malaysia ni ada dua kompeni besar yang sedang bersaing hebat dalam mempromosikan perkhidmatan broadband dorang. Iaitu Celcom dan juga Maxis.

Coverage yang meluas
Bagi aku, korang patut pilih Celcom kerana, coverage die yang meluas. Maksud aku di sini bukan coverage hanset korang tu, tapi coverage untuk broadband ni. Sebagai contoh, di Universiti Teknologi Malaysia (universiti aku ni), pihak Celcom telah mengupgrade network dorang ke HSDPA network. Korang tahu apa itu HSDPA? HSDPA atau lebih dikenali sebagai 3.5G (bukan Gigahertz seperti yang tercatat dalam artikel Abang Zar kita nih), merupakan network yang membenarkan korang untuk surf internet sehingga boleh mencapai 3.6Mbps. Kalau 3G biasa, kita hanya boleh capai dalam lingkungan 384kbps sahaja. Slow banyak berbanding dengan HSDPA. So dengan speed selaju 3.6Mbps aku pasti rambut korang akan serabai disebabkan kelajuan yang tahap melampau. Nak dibandingkan dengan Maxis, ada sesetengah kolej di UTM, bukan sahaja tidak dapat HSDPA, 3G pun tak dapat. Tak ke sedih tu.

Takde kontrak 18 bulan
Salah satu lagi kelebihan Celcom broadband ni adalah, korang tak terikat dengan mana-mana kontrak pun. Maksudnye, kalau korang tak suka pas gune Celcom broadband tu, korang boleh unsubscribe bile-bile masa pun. Orang tak marah korang punya sebab tu kan duit kau. Kalau Maxis? Hurm…bayar la korang tiap-tiap bulan RM68 atau RM138 even korang tak gune internet. Sebabnye, kalau ngan Maxis, korang wajib dan mesti kene bayar sehinggalah tamat kontrak selama 18 bulan. Banyak tu…

Nak baca sambungan dia…

Website dan Portal Melayu Sengal!

sengal1Aku sangat tidak suka dengan sesetengah website dan portal komuniti yang dibangunkan di Malaysia, terutama yang dibangunkan oleh orang Melayu. Rata-rata semuanya mengarut dan cuba untuk mendapat keuntungan yang cepat tetapi menyusahkan orang lain. Kepada sesiapa yang baca entri ini dan terasa die ada melakukannya, better korang betulkan kesilapan korang itu.

Sebelum itu, korang tahu apa itu Adsense? Tahu apa itu Advertlets? Tahu apa itu Nuffnang? Semua itu merupakan service pengiklanan yang disediakan untuk para blogger dan pembangun laman web untuk menjana kewangan di website atau blog mereka. Tetapi terdapat sesetengah orang Melayu yang SENGAL yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dengan menyuruh ahli komuniti dorang untuk klik pada iklan-iklan tersebut.

Korang tahu tak apa kesilapan korang, ha SENGAL? Aku tahu korang boleh dapat duit dengan cepat kalau ahli korang klik, klik dan klik iklan-iklan tu. Tapi korang tak tahu, yang korang boleh di-ban even bukan korang yang klik pada iklan tersebut. Ye, memang betul. Kalau korang kene ban, aku peduli apa. Tapi bagaimana kalau banyak sangat website-website dan portal-portal di Malaysia ni yang ikut cara korang dan kene ban? Makin buruklah nama Malaysia disebabkan keSENGALan korang tu.

Nak baca sambungan dia…

Kerianganku disambut dengan Kesedihan

Hari ini merupakan hari keriangan buat diri aku sebab hari ni aku ada last paper untuk exam aku bagi semester ni. Sekejap je dah habis satu sem ye? Dan sem depan merupakan semester terakhir aku di UTM ni. Setelah berhempas pulas dari 5 November sehinggalah 24 November, akhirnya aku telah berjaya menghabiskan exam-exam aku dengan jayanya.

24112007070
Monitor ku yang banyak jasanya…

Namun begitu, keriangan aku hanyalah sementara sahaja. Setelah habis sahaja exam, aku pergi makan tengahari. Orang kata, untuk berjumba-jumba la katakan. Nak enjoy setelah habis exam. Setelah makan aku pun balik la ke bilik aku. Sampai je di bilik, aku tengok monitor aku yang aku tutup (CPU still on) pagi tadi, masih lagi tertutup (mestilah tertutup kan sebab aku dah tutup suis die tu). Then, jari-jemari aku yang lentik lagi tirus (kalah orang pompuan) ni pun menekan la punat untuk menghidupkan monitor tu. Tekan sekali, tak nyala. Tekan dua kali, tak nyala. Tekan, tekan, tekan, tak nyala jugak. Hurm…kenapa ye?

24112007074
Kalau korang nak tahu, kotak ini amat ringan. Kotak la…

Mungkin monitor aku ni merajuk kot sebab semalam aku pergi tengok harga untuk monitor. Tengok-tengok, hari ni terus monitor tu merajuk. Terus tak nak hidup dah. Aku try jugak bukak dienyer casing die, tapi takde ape pun yang dapat aku buat. Aku bukan la Mac Gyver mahupun Dik Cerdas. So aku just lap-lap la ngan kain buang habuk yang mana ada tu. Shuh! Shuh! Tapi, bile aku pasang balik, still sama jugak tak mau die nak hidup. Nak tak nak, beli baru.

Nak baca sambungan dia…

Gempar! Aspalela penciplak!

Aku pun tak pasti samada perkara ni betul atau tidak. Mengikut seperti apa yang diwar-warkan dan komen yang diberikan oleh Emma, lagu Aspalela yang korang selalu dengar tu, yang korang syok sangat layan kat radio tu merupakan lagu yang diciplak dari lagu kanak-kanak Indonesia.

Kebenarannya masih belum dibuktikan lagi sebab memang ritma lagu tu sama dengan lagu kanak-kanak tersebut tetapi berkemungkinan juga komposer asal lagu kanak-kanak itu telah bersetuju dengan Saiful Apek untuk menggunakan ritma lagunya. Kalau sudah mendapat kebenaran atau dalam bahasa penjajahnya, permission, sudah pasti ianya bukan suatu kesalahan kan? So tak perlu la kite nak bangkitkan isu ni. Tapi kalau ianya tidak mendapat kebenaran, sudah pasti ianya memalukan nama Malaysia.

Aku tahu korang pun nak tahu apa yang aku tahu apa yang korang tak tahu. Ergh! Aku pening jap. Ok2, kalau korang nak dengar lagu tu, sila-sila. Klik je butang Play video youtube ni. Dan korang akan saksikan seorang kanak-kanak Indonesia menyanyikan lagu Bintang Kejora. Ritmanya memang seakan-akan dengan lagu Aspalela – Saiful Apek yang didakwa menciplak lagu orang lain.

So ape pendapat korang? Sama kan ritma lagu tu dengan lagu Aspalela? Lewr…korang tak dengar lagi ke lagu tu? Korang ni jangan la malu-malu. Ngan aku pun nak segan-segan. Macam budak-budak la korang ni. Klik je button Play tu. Buat la macam blog sendiri even blog ni blog aku.. Huahuahua…

Nak baca sambungan dia…

Daging B*bi Yang Halal

Owh…korang pernah tak tengok bende yang haram menjadi halal? Aku pun terkejut jugak. Setelah aku membaca entri pasal bende-bende yang haram dekat blog Azmie (Azmie lagi? Femes betul kau ni ye?), tadi aku terima gambar dari kawan aku. Gambar pek daging b*bi yang mempunyai tanda halal.

halalpork-b

Apa pendapat korang? Agak-agak sapa yang bersalah? Orang yang menjual bende alah ni ke atau pengeluar sendiri yang sengal suka-suka hati je letak tanda halal?