Aku Sudah Pulih

Alhamdulillah… Setelah lama aku menyepi akhirnya dapat aku kembali bernafas seperti sediakala. Bukan sebab aku sakit. Tapi sebab aku sukar untuk mendapatkan udara-udara internet di bilik aku di kampus UTM ini. Tetapi korang nak tahu tak macam mana aku boleh dapat internet nih? He3.

Celcom 3G Broadband

Aku telah dengan sukacitanya melanggan Celcom broadband. Skang ni aku tengah melayari internet dengan menggunakan hanset baru aku iaitu Nokia N73 Music Edition sebagai modem. Dari situ, aku menyambungkan ia ke komputer aku dan aku connect internet melaluinya.

Pada mulanya memang aku tak nak subscribe broadband ni. Tapi setelah fikir begitu lama, akhirnya aku decide untuk melanggan Celcom broadband. Masa aku nak register internet ni, aku ingat nak beli sekali device die yang korang selalu tengok kat iklan Celcom yang kat tv tu. Yang USB modem yang warna putih yang comel-comel gitu. Tapi bila aku tengok harga dia, mak aih… RM1099 sekali dengan bayaran pendaftaran. Fuh! Terus aku cancel and just langgan die punya monthly payment je.

Kat situ die ada tulis bayaran ansuran tapi rupa-rupanya hanya untuk mereka yang berkredit kad. Aku mana la ada kredit kad. Debit kad ada la. Tu pun ada berapa je yang ada dalam akaun aku. Hu3. Nak tak nak, terpaksa la aku gunakan hanset baru aku tu sebagai modem. Tapi leceh dan menyusahkan. Peratusan untuk sim card aku rosak tinggi coz aku guna Maxis. Tapi kalau nak gune internet, aku kene tukar sim card tu dengan sim card 3G Celcom. Kalau banyak kali tukar-tukar, habis la rosak sim card nanti. Tak gitu kawan-kawan?

Then tadi, aku berchatting dengan bos tempat aku buat praktikal dulu. Korang kenal lagi tak En Mizan? Ya, rupa-rupanya die pun jual jugak Celcom punya broadband ni. Then aku tanya dia samada dia ada jual device tak. Tengok-tengok die pun ada jual. So aku pun tanya la berapa harga. Harga dia RM1000. Then aku mintak nak beli dari dia tapi secara ansuran la. Tak mampu aku nak bawak kuar sekali RM1000 gedebuk macam tu. Nak makan apa aku kat UTM ni? Ish3. So aku pun bayar la duit tu. Transfer guna online je. Bulan depan bayar lagi separuh. Harap-harap Isnin ni dapat la aku surf internet dengan lebih laju dan lancar. Ho3.

CypherFS DarkSide

Owh…ya, aku lupa nak bagitahu. Aku ada create theme baru untuk site aku yang kat CypherHackz.Net tu. Korang dah tengok belum? Gi la tengok. Ok tak site baru aku tu? He3. Dah lama dah buat theme tu. Tapi sikit-sikit la coz aku takde masa nak buat masa kat UTM ni. Then semalam, aku baru je upload theme tu. Theme tu aku namakan sebagai CypherFS DarkSide sebab kaler die gelap-gelap gitu. Scary tak? Scary tak?

Kalau tak scary, next entry aku akan publish pulak entri aku yang lagi satu yang mempunyai gambar-gambar hanset aku. Saje je nak berlagak dengan korang semua yang aku ada hanset baru. (Amaran: Adalah tidak elok kita berlagak sesama manusia. Tak dapat apa-apa pun if berlagak) Kalau hanset korang ada yang lebih canggih dari hanset aku, dipersilakan untuk mempublish kat site korang. Kita fight hanset sape lagi canggih. Ha3. Adios!

ps: Kepada kawan-kawan yang belajar dekat MMU Cyberjaya atau UIA atau UKM atau UPM atau UM atau UITM Shah Alam, korang boleh tolong aku tak?

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

16 Responses to “Aku Sudah Pulih”

  1. ingatkan theme darkside tu sempena nama aku. kuang3. hehe. Tak sangka modem celcom tu harga dia RM1099. Baru nak delete streamyx & langgan 3G jer. huhuhu. :-\

    October 26th, 2007 | 4:18 pm | Quote
  2. hak3. takde la aih! aku just letak je nama darkside tu. takde kaitan ngan yang hidup atau yang mati. ho3. :p

    October 26th, 2007 | 4:49 pm | Quote
  3. Huhuhu, saya masih gunakan DiGi Edge. Mungkin selepas dapat Dopod U1000 nak pakai Celcom 3G lah plak…

    Hahahhaha,,, jadi pas nih apdet lah hari-hari.

    October 27th, 2007 | 2:55 am | Quote
  4. Ooo… tak mahal ke nak subscribe celcom 3g ni? monthly brape ek?

    October 27th, 2007 | 7:55 am | Quote
  5. rafi

    celcom, digi n maxis broadband mana lg best n murah??? hang bodek en. mizan yer… :-w
    hp aku lagi canggih.. color dia itam putih je.. sound pun dh rosak.. screen kejap2 blank… :((

    October 27th, 2007 | 5:08 pm | Quote
  6. Azhar Ahmad on October 27, 2007 at 2:55 am said:

    Huhuhu, saya masih gunakan DiGi Edge. Mungkin selepas dapat Dopod U1000 nak pakai Celcom 3G lah plak…

    Hahahhaha,,, jadi pas nih apdet lah hari-hari.

    hemoh hemoh hemoh… memang pasni dapat update site setiap hari. tapi memang akan banyak buang masa la dengan internet ni nanti. hu3.

    azurt on October 27, 2007 at 7:55 am said:

    Ooo… tak mahal ke nak subscribe celcom 3g ni? monthly brape ek?

    RM68 untuk sebulan. aku amik pakej 384kbps. ada yang unlimited nyer. HSDPA, RM120 sebulan. he3.

    rafi on October 27, 2007 at 5:08 pm said:

    celcom, digi n maxis broadband mana lg best n murah??? hang bodek en. mizan yer… :-w
    hp aku lagi canggih.. color dia itam putih je.. sound pun dh rosak.. screen kejap2 blank… :((

    ha3. aku mana la nak tau. dah die bagi aku bayar ansuran kat die. he3. aku pun beli la kat die. kau nak tak beli celcom broadband nih?

    October 27th, 2007 | 8:57 pm | Quote
  7. bestlah bleh surf ari2 nanti. kat blok aku dh seminggu psg AP tp x on2 lg. apekehey. nak online pun kena turun lab comp. x canggih langsung [-(

    October 28th, 2007 | 4:56 pm | Quote
  8. hak3. tau pun betapa tak bestnyer update website kat lab comp atau dengan erti kata lain, bukan bilik kite.

    October 29th, 2007 | 9:14 pm | Quote
  9. Ayo bro..Aku nak tanyer sikit kot2 hang boleh bagi jawapan.. Aku nih dok kampung so aku rase signal 3G takder lagi kot dekat sini.. So kalau aku nak pakai celcom brodband nih boleh ker.. :d

    October 30th, 2007 | 12:05 am | Quote
  10. kalau tempat tu takde 3g, die akan gune gprs. tapi gprs ni memang lambat berbanding 3g. :)

    October 30th, 2007 | 7:35 am | Quote
  11. yg 1000 lebih tue mende tue dgn pendaftaran ke? wajib beli ka? xde ke die kasi kontrak cm maxis broadband tue?? aku gune maxis. nak tau gak psl celcom 3g gak.

    November 3rd, 2007 | 9:09 pm | Quote
  12. yang 1000 tu sekali dengan pembayaran. tak wajib beli tapi aku rasa memang kene beli sebab kalau tidak, takleh la nak main internet kecuali kau ada phone 3g. pasal kontrak, aku tak tahu pulak. tak silap aku, setahun je kot.

    November 6th, 2007 | 12:54 am | Quote
  13. ina

    mane ade kontrak..
    byar trus jd hak milik.. :d

    November 8th, 2007 | 4:06 pm | Quote
  14. :d huhuhu aku guna Maxis wireless broadband. berbaloi la skit dari celcom, bab aku maxis dapat skali ngn modem..huahuahua:d

    December 16th, 2007 | 10:36 pm | Quote
  15. #ina - Aah lewr… Takde contract. Besh, besh! :D

    #mt-ramadhan - Tapi die nyer sim hanya boleh gune kat modem je kan? Tak boleh kat hanset? :-|

    December 17th, 2007 | 1:59 am | Quote
  16. ~ cypherhakzz :-? ye ker…aku Rasa Leh kOt..NAnti KAu tNye Ngn Amoi Maxis tu. BOle k X..Huhuhuhu:d

    December 18th, 2007 | 5:19 pm | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »