1408 - Misteri sebuah bilik

Apakah itu 1408? Tidakkah korang takut dengan 1408? Kalau di New York, dorang sangat takut kalau kita menceritakan mengenai 1408 ini. 1408 bukanlah bermaksud tarikh 14 Ogos tetapi ianya merupakan no bilik di sebuah hotel yang terletak di New York.

Aku sudah merasainye. Begitu juga dengan gf aku. Kitorang sama-sama merasai ketakutan dan keseraman yang berlaku di bilik ini. Kalau korang mempunyai sakit jantung, sakit anak tekak atau sakit buah pinggang, janganlah korang cube2 untuk merasainya. Kerana memang buruk padahnye. Aku tak memain ni. Memang betul. Nak aku cerita apa yang kitorang rasa? Begini ceritanya…

Pada mulanya, keadaan tidaklah seseram mana. Aku, gf aku dan mereka-mereka yang lain yang turut bersama-sama untuk merasai ketakutan itu belum lagi berasa takut atau seriau dengan suasana bilik 1408 itu. Semuanye adalah normal sama seperti life di luar sana. Tetapi, setelah 20 minit berlalu, detik-detik permulaan seram mula berlaku.

Nak baca sambungan dia…

Aku Sudah Pulih

Alhamdulillah… Setelah lama aku menyepi akhirnya dapat aku kembali bernafas seperti sediakala. Bukan sebab aku sakit. Tapi sebab aku sukar untuk mendapatkan udara-udara internet di bilik aku di kampus UTM ini. Tetapi korang nak tahu tak macam mana aku boleh dapat internet nih? He3.

Celcom 3G Broadband

Aku telah dengan sukacitanya melanggan Celcom broadband. Skang ni aku tengah melayari internet dengan menggunakan hanset baru aku iaitu Nokia N73 Music Edition sebagai modem. Dari situ, aku menyambungkan ia ke komputer aku dan aku connect internet melaluinya.

Pada mulanya memang aku tak nak subscribe broadband ni. Tapi setelah fikir begitu lama, akhirnya aku decide untuk melanggan Celcom broadband. Masa aku nak register internet ni, aku ingat nak beli sekali device die yang korang selalu tengok kat iklan Celcom yang kat tv tu. Yang USB modem yang warna putih yang comel-comel gitu. Tapi bila aku tengok harga dia, mak aih… RM1099 sekali dengan bayaran pendaftaran. Fuh! Terus aku cancel and just langgan die punya monthly payment je.

Nak baca sambungan dia…

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007

Apa khabar semua? Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Aku skang ni dah kat umah. Cuti untuk hari raya yang kita semua akan sambut dalam beberapa hari saja lagi. So dapatlah aku bermain internet dan mengupdate website-website aku.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada korang semua. Walaupun ada yang aku kenal, ada yang tidak, tetapi korang semua tetap pengunjung website aku ini. Itulah kebaikan berblog ini. Secara tidak langsung, kita semua dapat berkenalan antara satu sama lain dan dapat mengeratkan hubungan walau di mana kita berada.

Bagi rakan-rakan blogger sekalian, aku mintak maaf sangat-sangat sebab jarang melawat blog korang. Bukannye ape, kat UTM tu aku tidak mempunyai access internet pun sebab bilik aku tak dapat coverage wireless. Nak gi CICT, malas pulak aku. Jauh. Hu3. Tetapi, aku kadang-kadang melawat jugak cuma tak sempat nak berikan komen. So, jangan marah eh. Jangan cakap aku sombong pulak. He3.

Di sini, aku kepilkan bersama sebuah kad raya tahun lepas yang sekarang ini menjadi begitu popular di Friendster. Aku pun tak tahu macam mana la dorang leh guna kad raya aku dan bagi kat orang lain. Aku dapat tahu pun apabila, Kak Eja (baca entri ini) bagitahu aku yang ada orang bagi comment kat die dengan bagi kad raya yang aku buat. Terkejut aku. Tapi femes gak la aku nanti. Tak gitu? He3.

Lama tak update…

Hurm…sudah lama aku tak update website aku nih. Dulu masa ada internet, memang setiap hari aku update website ni sampai tak tahu nak tulis apa. Tapi sekarang ni bila dah takde internet, habis bersawang website aku ni. Nak upah makcik cleaner untuk bersihkan pun, dorang tak tahu macam mana nak buat.

So apa cerita terbaru? Well…aku baru sahaja habis presentation proposal untuk Projek Sarjana Muda (PSM) aku pada minggu lepas. Kalau korang tak tahu PSM tu apa, PSM tu adalah sama saja dengan Final Year Project. Cuma kat UTM kitorang guna nama PSM.

Korang nak tahu tak apa projek untuk PSM aku? Hu3. Projek aku adalah berkaitan dengan bidang security iaitu part Cryptography. Aku kena buat Digital Certificate Generator yang akan run dari Nios Apex board. Kiranya aku buat embedded system la.

Nak baca sambungan dia…