Impak Maksima, Kartun…

3impakmaksima00.jpgSemalam aku gi tengok cerita Impak Maksima. Cerita yang diarahkan oleh Ahmad Idham. Bagi mereka-mereka yang tidak tahu, cerita Impak Maksima ni merupakan sebuah cerita yang berunsurkan sukan perlumbaan kereta Drift dan juga Drag. Tetapi terdapat juga unsur-unsur perlumbaan haram.

Overall, aku bagi 3 bintang untuk cerita ini. Kenapa? Aku kalau boleh nak bagi bintang yang tinggi pada cerita ni tapi disebabkan terdapat beberapa adengan yang macam kartun (gune CG), so aku dengan rela hatinya memberikan 3 bintang.

Jalan cerita dah best dah. Memang best dan lawak pun ada. Macam mana lawaknya, korang gi la tengok sendiri dekat wayang yang berdekatan. Ha3. Tapi memang best. Cuma yang merosakkan cerita apabila aksi-aksi yang best dikartun. Sebagai contoh, drifting yang dibuat ada yang betul dan ada juga yang didubbingkan sampai jelas nampak.

Pada mula-mula aku tengok cerita ni, perkataan ‘Fuyo!’ terkeluar dari mulut aku sebab drift die betul-betul menjadi. Tapi bila sampai part yang orang kata Impak Maksima nye, terus dorang gune computer untuk buat adengan tu. Lagi satu, kalau korang nak rasa spoil lagi, adengan kereta yang tercampak dan terbabas yang korang tengok kat trailer kat TV tu pun kartun jugak. Sebab lepas kereta tu terbabas, kereta tu akan terbakar then meletup. Yang terbakar dan meletup pun sama jugak, kartun. Ish3.

Aku tak tahu nape la banyak sangat kartun dalam cerita ni. Aku tahu dorang boleh buat dengan lebih baik lagi. Kalau taknak gune kereta betul untuk buat letup-letup kereta ni, dorang boleh gune CG tapi jangan la buat CG tu ala kadar je sampai orang boleh detect yang tu memang CG. Mungkin dorang nak cepat siap cerita ni sampai semua yang berkaitan dengan CG tu dorang buat ala kadar. Aku pun tak pasti apa la yang dorang kejar-kejarkan sampai kualiti CG tu teruk sekali. Tak real langsung. Mungkin member-member internet aku yang belajar or sudah grade kat MMU seperti Abah, Epan dan Epin boleh buat yang lebih baik. Mungkin Ahmad Idham boleh upah dorang buat keje-keje grafik nih. Hu3.

Sambil-sambil dikurengkan dengan aksi-aksi kartun tu, aku terhibur dengan lawak-lawak yang dibuat oleh Cat Farrish dan Zul Huzaimy. Dorang ni merupakan pelakon bagi cerita Mat Rempit dulu. Tapi dalam cerita ni, dorang bukan lagi merempit tapi main kereta. Yang buat kecoh satu panggung apabila Cat Farrish ni berbalas-balas pantun dengan Zul Huzaimy. Memang lawak. Ho3. Kire tak rugi gak la tengok cerita ni sebab enjoy jugak la.

So rakan-rakan sekalian, gi la tengok if korang nak tergelak terbahak-bahak dalam panggung. Hak3.

Guna duit zaman dulu,
Gua belah dulu…

ps: Kalau korang peminat cerita ManjaLara, ada seorang pelakon yang korang kenal dan korang tak percaya watak die dalam cerita Impak Maksima ni. Ha3.

Comments

  1. says

    Hmm.. aku pun dah tengok citer ni.. bukan jer jalan citer kureng.. lawak dia pun tak brape sangat.. tang dia tersalah call mak dia je yg aku tergelak :P

    Tapi aku support inisiatif diorg utk perkenalkan jalan citer yg berlainan konsepnya dari ceta cintan-cintun & masalah keluarga jerk.. :d

  2. says

    Hahahhaha, si chypher ni malas nak gi kat cafe internet kat kolej dia la ni… Dah lah murah… Huhuhu… Apapun, sanggup kau tgk impak maksima? Macam tiru tokyo drift….

  3. deena says

    dah tgk jg cite nie…blhla thn bestnyer…lbih kureng ngn cite tokyo drift je…tp lain la sbb malay pnye kan..selang lawak dier pun kire ok la..cume biasela…care hidup warga kota yg melampau dtonjolkan dlm cite nie…neway yg baik amik pngajaran yg buruk jadikan sempadan…:)

  4. says

    x tgk lg.rs mcm x best jerk.tp xleh nak nilai selagi lum tgk.bak kata ko psl CG diorang tu…ntahlah nape diorang wat cikai2 je.malas nak telitikan kot.org kita ni biasanya nak cpt je ;))

  5. says

    :d/ huhuhu semua dok jadi pengkritik :P cerita nih aku tgk dari prevue dah jadi segan nak tgk… tapi ramai juga yang cakap jalan cerita dier nih bagus… nanti ader masa aku try cetak rompak ler.. :P

    nak kata aksi macam tokyo drift tak dapat ler sebab kereta dalam tokyo drift tuh semua ory…. yang malaysia punya silap2 body kit jerk :(

  6. poyo says

    citer sampah cmni ko nak komen…xpayah la..kluar citer org putih or org jepang pasal keta..org kita pn nk tiru psal keta gak..mmg poyo..si Razak mohaideen pun sama..citer ntah ape2..sampah suma tu..

  7. says

    citer ni tah ape2.. aku rasa mcm menyesal lak gi tgk.. mcm cipan je.. terasa mcm diperbodohkan ngan aksi2 kartun yang bangang tuh.. paling tak leh blah si black dlm manjalara bleh jadi polis dlm citer ni.. tak sajak lansung.. haha.. one more, si ahmad idham dah terikut perangai aziz m osman, razak mohaidin… interprem sket2 dlm filem sendiri.. hahaha

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>