Aku masih hidup

Tu je nak cakap. Coz skang ni tengah busy. Hu3.

Dairi LI Day 47- Buhbye Mercumaya

Ok, seperti yang dijanjikan semalam, entri untuk kali ini adalah eksklusif untuk korang dan aku sendiri. Tetapi, event dah last day, Dairi LI aku ini mesti diteruskan. So aku akan memulakan mengenai apa yang aku buat pada hari last day aku ini.

Setibanya aku di tempat parking moto di Diamond Square itu, aku telah menangkap sekeping gambar untuk kenang-kenangan. Ye la, pasni aku dah tak parking dah moto aku kat situ. So dengan gambar ni dapat la aku mengenang kembali saat-saat ketika setiap pagi aku park moto aku itu. Hu3.

20070706 01
Cuba teka mana satu moto aku?

Dah puas tangkap gambar, aku pun naik la ke office. Yang hanya di office itu adalah En Saufi (kawan kepada En Mizan). Tu pun die dah nak kuar dah coz nak jumpe member die. Nak taknak, keseorangan la aku kat situ. Tapi tak lama kemudian, Kak Eja dan Kak Noor datang. Tak la sunyi sangat office ni bile dorang ada.

Nak baca sambungan dia…

Dairi LI Day 46 - Esok last day

Esok merupakan hari terakhir aku akan berada di Mercumaya. Hurm…sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung dah Latihan Industri aku nih. Dan esok, aku akan buat entri khas untuk korang semua. Korang tunggu dan nantikan wokeh?

Di antara yang akan aku paparkan adalah, keadaan office Mercumaya, gadis-gadis disebalik Mercumaya, tempat aku main internet tanpa henti di Mercumaya, dan pelbagai lagi. Tetapi yang eksklusif adalah, di mana esok aku akan membongkarkan tempat kejadian seorang pemuda disaksikan menunggu seorang diri di tangga. Takut tak? Ho3.

Aku malas nak tulis panjang-panjang hari ni coz esok nak tulis panjang-panjang. Macam pelik pulak ayat dia. Lagi pun aku busy sebab tengah develop theme baru untuk website CypherHackz.Net. Skang ni dalam peringkat coding. Aku ingat nak gunakan sistem K2. He3. Jangan marah ha brader-brader K2.

Tetapi walauapapun, korang nantikan entri eksklusif dari aku untuk korang semua… Nantikan tau. Layan…

Dairi LI Day 45 - Pakej hosting murah!!!

Petang tadi aku telah diajak oleh En Mizan untuk berbincang atau lebih professional dikatakan sebagai meeting. Kitorang meeting sambil minum-minum di restoran yang terletak di hadapan office. Tetapi kenapa aku seorang sahaja yang dipanggil? Kenapa tidak dua orang staff Mercumaya itu? Aku tidak pasti.

Meeting kali ini fokus untuk menetapkan harga. Harga untuk pakej-pakej hosting. Harga yang kitorang decide, memang gempak punya. Tak siapa boleh lawan. Ha3. Aku rasa kalau korang tahu harga untuk satu pakej 5Gb space dengan 50Gb bandwitdh , korang mesti terkejut punya. Tetapi aku tidak boleh la bagitahu berapa harga dia. Biar la kasi suspen sikit. Ho3.

Walau apepun, harga die memang gempak. Kalau aku yang takde hosting pun, musti akan beli dari Malaysia Web Hosting nih. Tidak ramai orang Melayu yang membuat bisnes hosting ni, tetapi En Mizan tak kisah. Yang penting, service yang diberikan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Nak baca sambungan dia…

Dairi LI Day 44 - SEOkan Website

Untuk tugasan pada hari ini, aku telah diminta oleh En Mizan untuk menSEOkan website dorang. Bukan website yang sekarang ni. Tetapi website yang akan dilancarkan tidak berapa lama lagi. Website itu mempunyai interface yang futuristik . Korang mesti cakap, “Uwaaa…” punya. Tak caya, korang tunggu je lah nanti.

Kerja-kerja untuk menSEOkan website ini memang tak terkandung dalam pelajaran aku di dalam kelas. Jurusan computer engineering dengan mengoptimizekan website memang dua dunia yang berbeza. Tetapi kenapa aku boleh menSEOkan website? Semuanye dari pengalaman.

Pengalaman merupakan guru kita yang sebenarnya. Dengan pengalaman dalam mengendalikan empat buah website dan mengoptimizekan keempat-empat website ini memudahkan aku bagaimana untuk menaikkan website Malaysia Web Hosting ini dalam search engine. Caranya tidak boleh aku kongsikan di sini kerana tidak sesuai untuk diberitahu. Aku akan buat entri khusus untuk bagaimana korang boleh mengoptimizekan website korang.

Nak baca sambungan dia…