Dairi LI Day 37 - Misteri Lif

Office Mercumaya terletak di tingkat empat, bangunan Diamond Square di Jalan Gombak. Untuk naik ke tingkat empat, aku, mereka, dan mereka akan menggunakan lif yang telah disediakan di situ. Tetapi, lif ini bukan lif yang biasa yang seperti korang selalu gunakan. Terdapat satu misteri yang masih sekarang tiada siapa yang dapat selesaikannya.

Apabila aku bertanya kepada mereka yang telah lama menggunakan lif tersebut akan berkata, “Biasala…”. Hurm…jawapan seperti itu merupakan jawapan yang menjadi persoalan. Kenapa mereka menjawab “biasalah…”?

Kemusykilan aku bertambah lagi apabila aku pernah mendengar suatu bunyi yang datang dari lif tersebut. Even aku duduk dalam office, tetapi, aku, mereka dan mereka akan dapat mendengar bunyi tersebut.

20070622 01
Lif menunjukkan tanda ke atas walaupun aku sudah tiba di tingkat 4

Pernah pada suatu hari, lif itu berbunyi lagi. Aku cuba melihat apa yang berlaku dan apabila aku membuka pintu office dan pergi ke lif tersebut, ianya senyap. Bunyi yang aku dengar sebentar tadi, tidak kedengaran. Aku musykil. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang lain apabila aku menceritakan kepada mereka apa yang aku lalui tadi.

Disebabkan aku takut ingin tahu mengenai lif tersebut, akhirnya, pada tanggal 22 Jun 2007, hari Jumaat, kejadian misteri lif tersebut berlaku kepada diri aku sendiri.

Nak baca sambungan dia…

Dairi LI Day 36 - Hampir Eksiden

Yeah!!! Kali ini aku ingin menceritakan apa yang berlaku pada dua hari yang lepas. Hu3. Saje je nak menceritakan bende yang lepas dan ianya berlaku pada aku. Iaitu, hampir eksiden (hampir ke?).

Masa tu aku dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Masa tu aku baru je lepas turun MRR2 (Gombak ke Damansara) and masa tu jugak jalan tengah jem. Masa dalam aku tengah baik punya cilok dekat celah-celah kereta, then aku nampak lori treller Abu di depan aku. Dan di sebelah kanan die ada lori treller jugak, Awang.

Mase tu aku dah nak mencelah dah coz lori-lori tu pun aku tengok macam ok je. Jalan masa tu pun tengah jem tapi masi bergerak la setiap kenderaan. Dalam masa aku tengah nak pecut mencelah tu (masa tu aku dah kat sebelah ekor treller Abu dah), tibe-tibe kepala lori Abu tu bergerak masuk ke kanan secara mengejut, mengelak sesuatu. Hampir-hampir kepala lori Abu mencium badan lori treller Awang. Aku pun mengelak jugak secara mengejut ke kanan.

Nak baca sambungan dia…

Dairi LI Day 35 - CypherFS Greeny


Demo | With Adsense

Just nak bagitau yang aku dah release new theme untuk Wordpress. Nama theme ini adalah CypherFS Greeny yang diambil bersempena dengan warna hijau yang menjadi warna tema untuk theme ini.

CypherFS Greeny ni merupakan theme yang valid XHTML dan juga CSS. Selain daripada itu, theme ini juga mempunyai satu keistimewaan di mana, ianya terdapat Adsense Spot untuk korang meletakkan code adsense korang. Disebabkan ia terletak di atas sekali, so ia dapat mengenerate klik yang tinggi.

Nak baca sambungan dia…

Dairi LI Day 34 - Gadis yang sombong

Aku nak berlagak sekejap nih. Hu3. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang sedang membaca perkataan-perkataan ini, saya dengan bangga dan kembangnya ingin mengumumkan bahawa entri ini dipublish dari internet dekat rumah saya.

Tapi, apa maknanya? Takde maknanya… Huahuahuahua… =)) Kalau korang tak faham kenapa, mungkin korang telah ketinggalan atau buat-buat lupa pasal entri aku sebelum ini. Ish3. Takpe-takpe, sebab aku ni baik and pemurah hati, so aku bagi korang masa sekejap untuk baca entri ini. Gi la baca. Gi la…

Ok, berbalik kepada topik kita pada hari ini, iaitu gadis yang sombong. Cerita die macam ni…

Nak baca sambungan dia…

Dairi LI Day 33 - Tmnet or Tmnut?

Hurm…masalah aku berkaitan dengan internet dial-up kat rumah masih dalam tahap yang membimbangkan. Disebabkan ketiadaan internet kat rumah, bisnes aku boleh lingkup. Boleh gulung tikar and bawak tikar tu gi berkelah dekat Ulu Yam.

Aku tanya Azurt, tapi die tanya aku balik pasal hal lain dekat shoutbox aku. Ade ke patut? Tak patut… (bak kata Madnilk dalam entri ini) Kesimpulannya, aku masih tidak dapat menggunakan internet kat rumah. So aku hanya dapat menghupdate dan menghupload dekat office je.

Aku pun tak tahu apa la masalah sangat ngan Tmnet ini. Nak kata tak bayar, aku dah bayar dah. Kat bil tu die suruh aku bayar sebelum 10 Jun. Tapi aku bayar 9 Jun iaitu sehari sebelum tarikh keramat bil tersebut. Namun, setelah seminggu gune tanpa sebarang apa-apa masalah dari tarikh pembayaran di buat, tibe-tibe, internet aku tidak boleh digunakan. Ada ke patut? Tak patut… (bak kata Madnilk dalam entri aku itu lagi).

Nak baca sambungan dia…