Diari LI Day 38 - Gambar aku masa kecil
Aku telah ditag oleh saudari Azlina atau lebih suke dengan nama manjanya Ikoko. Manja ke? Entah lewr… Korang kene tanya empunya badan. Hu3.

Owh…sungguh comel budak ini… Siapakah dia?
Mungkin disebabkan masa aku kecil, aku merupakan seorang yang comel (lihat gambar di atas) menyebabkan Ikoko tidak puas hati dan mentag aku. Aku tahu memang aku lebih comel dari kau ye Cik Ikoko. Hu3. Ataupun kau ingin membuat koleksi peribadi gambar-gambar kecomelan aku ini. Jangan… ![]()
Disebabkan aku telah ditag, so aku pun menjawab la tag dia. Aku harap Ikoko dan korang sekalian berpuas hati dengan ilustrasi-ilustrasi yang terpapar di sini.

Mari berjoget… Lalalala…
Semasa aku kecil, aku sudah pandai menyanyi. Korang sekalian jangan main-main dengan aku kerana, aku sudah mempunyai band sendiri pada ketika usia yang masih muda. Lihatlah gambar di atas ini. Pada ketika itu, aku sedang jamming dengan sepupu aku, Aizat, yang tua setahun dari aku. Pada ketika itu, hanyalah raket mainan yang kami gunakan sebagai gitar. Tidakkah kami kreatif? Disebabkan kekreatifan itulah aku berjaya mencipta lagu ABC. Kamu mahu liriknya?

Senyum, senyum… Kasi nampak gusi…
Pada usia yang kecil juga, aku sudah pandai memberikan senyuman yang manis pada lensa kamera. Bagi mereka-mereka yang ingin bergambar denganku tetapi tidak mahu senyum, akan aku tarik dagu mereka agar kelihatan tersengih seperti sepupu aku ini, Midi. Basikal biru di belakang sana merupakan basikal yang selalu aku gunakan untuk bermain di sekitar rumahnya. Owh…sungguh rindu aku pada suasana kampung…

Ni kalau kita buat tinggi-tinggi, kalah KLCC.
Maaf jika gambar ini kelihatan keterlaluan. Tetapi itulah aku, yang separuh naked itu. Sejak kecil, aku sudah pandai memberikan posing maut. Kalau boleh, mahu saja aku baring di lantai itu sambil bermain mainan Lego. Sambil memberikan posing-posing yang lebih mengancam lagi sehingga para wartawan ingin meletakkan gambar aku itu sebagai cover majalah URTV. Tidak lupa juga, di sebelah itu merupakan sepupu aku yang sebaya dengan ku. Din namanya.

Aku, diriku dan sentiasa aku…
Itu saja sedikit sebanyak gambar dari aku. Ada banyak lagi tetapi aku tak scan pun gambar-gambar itu. So, berakhirlah sudah tag aku untuk kali ini. Sebelum aku akhiri tag ini, aku telah letakkan sekeping lagi gambar untuk tatapan korang sekalian betapa manjanya diriku ini. Cuba korang lihat gambar di atas. Dengan renungan mata yang jauh, sejauh mata memandang. Dengan gaya seorang manja, tetapi macho. Itulah aku, diriku dan sentiasa aku.. [tags]latihan industri, tag[/tags]
Mangsa seterusnya:
- Azurt - jangan ngada-ngada taknak jawab
- ZeMMs - Azurt tak dapat nak tag ZeMMs. hua3.
- Madnilk - aku ada tugasan cepumas untuk kau nih
- Manchurr - kau dah graduatekan? ha..buat ni pulak
- Darkz - kau rasa kau comel?
Baca Yang Ni Pulak
wei wei.. aku takde gambar masa kecik… minta maaf.. ehehe.. tag anda terpaksa di tolak..
ahakz.. nanti aku scan sok, aku post! hahaha
hehehe… game ape ni.. kene belek balik album2 lama
ah…aku dah agak dah. takde2. kau carik jugak gambar kau masa kau kucik2 dulu. tak pun kau buat2 la macam budak kecik then snap gambar kau.
bereh bosh…
hak3. belek jangan tak belek… kui3.
cewahhh.. paling comey seya. ehehe
he3.. nasib abg dah besar.. kalo abg kecik lg,syg rase nk je cubit pipi chubby abg tau..hik3

very the thank u sebab sudi buat tag ituh~
wei..kan dah ditag oleh ikoko.xkan kena buat lagi kot..
sib baik aku tk ditag…aku pn tatau camner rupa aku time kecik2 dulu…takder memori pn..tau tau jer dah besar dah…cam kyle xy ler plaks…huhu
cypher.. gantikan si fahmi ngan si azmie je cypher.. hohoho~
Olololo comeinyergh…pelbagai aksi si manja kita ni..huwahuwahuwa
Btw, ko mengingatkan aku kepada tag yg aku kena buat!
Neway, sori aku luper untuk menge-linkkan ko….so skang dah settle..sori yek. Nasib baik bagitahu!
avatar aku masuk ngan color scheme ngan tempat letak avatar ko ni *larikkkk
poyo eh? hamek kau aku tag kamu. huahuahuahua…
eleh… nanti ada orang tu cubit jugak. die noty!
very the welcome yo… hu3.
takpe2. anda terlepas dari masalah ini. ngeh3.
erks! kau nak kene tag ke? sudah bersedia dengan gambar2 nye?
aku dah bagi kat darkz. nanti darkz attack kau pulak azmie.
warf! kau post la tag tu kasi aku tengok sikit gambar sape lagi comel. milahahahaha…
aku tahu kau saja. aku benci! benci! benci! (saje ngada2 nak tukar colour scheme lain) hua3.
wey. sorry ar. kena hold on dulu. album aku ade kat umah awek aku la. kat melaka. hehe.
tggu aku free la pegi CC nanti. baru aku jawab tag tu. PC rosak ni.. huwaaaa
[...] sume.. sblm aku tdo ni.. aku nak jawab tagged dari CypherHackz.. mula2 igt x nak wat tagged ni, sbb album photo aku kat Atikah la.. so xdpt la nak scan gamba2 aku [...]
ahahah no thank you…kalu aku ditag pn takder gambar yg nak dibubuh ler…
hua3. bereh bosh… takdo gapo.
ala…kau carik je la gambar kat dalam stor tu. mana la ada kot2 tersimpan dalam kotak ke ape ke. rugi beb if takde gambar masa kecik2. mana la tau kot2 nanti dah fofuler, leh tunjuk gambar masa kucik2.
Siapa Adinda?
Klik pada imej di atas untuk mengetahui siapa Adinda.
…
mengapa? mengapa ada incoming links dari page nih? huuu misteri
haloo
pehhh…comey siot!!!
skang ni comey g x?
still lagi comel. cute. macho…
aku lagi comel msa kecik2 dlu tau!!!