Dairi LI Day 31 - Mercumaya DDoS Attack

Korang jangan main-main, Mercumaya baru-baru ini baru sahaja kene DDoS (Distributed Denial of Service) attack. Tapi bukan server dorang la yang kene. Cume kene kat network kitorang je.

Tapi korang tahu tak apa itu DDoS? Erm…dari apa yang aku tahu, mengikut kamus Dewan Bahasa jilid ke 9 (aku tipu nih), DDoS tu merupakan satu kaedah yang digunakan oleh hacker-hacker yang tak bertauliah untuk membunuh server atau PC seseorang. Kaedahnya adalah dengan menghantar packet-packet file yang besar ke sesebuah komputer secara bertalu-talu dan banyak sangat-sangat sehinggalah komputer tersebut tidak dapat menampungnya. Dan apabila tidak tertampung, maka boleh musnah la komputer tersebut.

Yang jadi masalahnya, DDoS yang berlaku di Mercumaya ini bukan disebabkan oleh orang luar. Tetapi oleh pekerja-pekerja Mercumaya itu sendiri (termasuk aku ler tu). Disebabkan kitorang ni bosan and geek sangat (macam poyo jek), kitorang pun menDDoS antara satu sama lain. Hu3.

Korang tidak percaya? Saksikan pic di bawah ini.

ddoss.jpg
Klik gambar untuk besarkan

Ngeh3. Bukan la DDoS sangat tetapi budak perempuan tiga orang ni, Noor, Fairuz ngan Rafi ni sebab dah bosan tahap 6 pada skala Ritcher telah menghantar Audible pada aku secara serentak. Dan akibatnya, aku tidak mampu menampung Audible yang sebanyak itu. Tak larat deh nak attack dorang. 3 lawan 1. Confirm aku kene teruk. Hu3.

Setelah lama kene attack, last-last, Windows bawak kuar warning. Error berlaku pada Yahoo Messenger aku. Hu3. Terpaksa aku close YM aku tu. Adeh…

Kejadian ini berlaku pada waktu petang. Dah nak balik dah waktu tu. So kiranye boleh la juga dikatakan bahawa “Sepetang dengan DDoS”.

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

9 Responses to “Dairi LI Day 31 - Mercumaya DDoS Attack”

  1. huhuh…aku igat hapa…ermm..wehh..camna nk halang spam dari masok kt dlm shoutbox …aku boring ar..nk buh wordspew bt camna..

    June 15th, 2007 | 4:51 pm | Quote
  2. tu 3 window baru bukak dah crash.. 100 window mau kejung pc
    adib, buang benda shoutbox tu… pastu hiduplah dengan aman damai tanpa spam :)

    June 15th, 2007 | 5:15 pm | Quote
  3. huhu3 ader jua orang yang tak bleh hidup dgn shoutbox yerk… :P sama ler kita

    shoutbox nih convenience tapi kena ader protection skit :P hurm, cyper ajar ler cikit nak buat protection shout?

    June 17th, 2007 | 11:09 am | Quote
  4. adeh.. dia buat lagi…

    June 17th, 2007 | 3:35 pm | Quote
  5. kalo camnie, boleh ar set reramai, attack hang ari-ari.. :))

    June 17th, 2007 | 7:28 pm | Quote
  6. adib. on June 15, 2007 at 4:51 pm said:

    huhuh…aku igat hapa…ermm..wehh..camna nk halang spam dari masok kt dlm shoutbox …aku boring ar..nk buh wordspew bt camna..

    aku pun ingat nak buang jugak shoutbox tu coz aku tak gune sangat. ngeh3. kalau kau nak kurangkan spam, kau gune la shoutmix. setakat ini ok lagi la.

    novatech on June 15, 2007 at 5:15 pm said:

    tu 3 window baru bukak dah crash.. 100 window mau kejung pc
    adib, buang benda shoutbox tu… pastu hiduplah dengan aman damai tanpa spam :)

    jom test 100 ym dalam satu masa jom! :d

    madnilk on June 17, 2007 at 11:09 am said:

    huhu3 ader jua orang yang tak bleh hidup dgn shoutbox yerk… :P sama ler kita

    shoutbox nih convenience tapi kena ader protection skit :P hurm, cyper ajar ler cikit nak buat protection shout?

    protection die kite perlukan 5 biji delima hijau, 10 batang kayu balak dan 7 gelang permata biru. hu3. :p

    mohdismail on June 17, 2007 at 3:35 pm said:

    adeh.. dia buat lagi…

    erks! buat ape sheh?

    aman on June 17, 2007 at 7:28 pm said:

    kalo camnie, boleh ar set reramai, attack hang ari-ari.. :))

    mai mai mai… satgi cek katoq! :p

    June 19th, 2007 | 10:40 am | Quote
  7. hahahaha bagus gak cadangan tu wey… hm, oi tuan blog.. mati2 aku igt DDos betul2 :P

    June 19th, 2007 | 10:43 pm | Quote
  8. miahahaha… sapa suh hang ingat betui2. aku kasi gempaq skek. :p

    June 19th, 2007 | 10:56 pm | Quote
  9. lightto

    kirim ke mail aku cara gunain YM Attack

    December 19th, 2007 | 12:15 pm | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »